a.navigation {background: #3333ff ;color: #ffffff;margin: 1px;padding: 2px;border-width: 0;text-transform: uppercase;text-decoration: none;font-weight: bold;}a.navigation:hover {background: #333333;color: #ffffff;text-decoration: none;}

encik iklan

Friday, 19 June 2015

Kelebihan Bersenam Yang Tidak Disangkakan !

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Senaman seringkali dikaitkan dengan mereka yang mahu kelihatan kurus ataupun berisi ataupun mahukan badan ala-ala abang sado gituu. Namun, di samping untuk kita jadi cantik ataupun menarik pada tatapan umum, terdapat kesan yang lebih baik dari apa yang kita fikirkan.

Senaman mampu mengurangkan tekanan, mengelakkan anxiety ataupun depression, mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit, insha Allah, malah mampu memberikan awak semua kualiti tidur yang terbaik. Sila teruskan pembacaan awak-awak semua untuk mengetahui apakah magicnya senaman yang kita lakukan selama ni.

Dengan sedikit pergerakan yang mudah ianya mampu memberikan power kepada otak kita. Tak perlu bersusah payah pergi ke gym, hanya lakukan senaman berjalan kaki juga mampu lakukan perkara yang sama.


Meningkatkan daya ingatan.
Tidak semestinya dengan senaman yang boleh membuatkan awak semua menjadi solid bentuk badan, malah ia juga membantu awak mengingat semua maklumat dan memperbaiki skill yang lebih baik. Satu kajian telah mendapati bahawa senaman mampu memperbaiki skill dalam jangka masa 24 jam sehingga 7 hari kemudian selepas work out.
Masa study dulu cikdewi setiap hari pergi joging lepas balik kelas semata-mata untuk kurangkan stress ataupun tengah fikirkan sesuatu. Kadang-kadang nak cari idea pun masa tengah joging. So, memang benda ni betul.


Meningkatkan kreativiti anda !
Jika awak-awak tercari-cari idea apa untuk dikemukakan pada bos di tempat kerja mahupun sebagai pelajar. Sila keluarkan peluh tu !Ia adalah salah satu cara macam mana nak perah otak kita ni selain dari duduk dan berfikir memanjang. Kajian terbaru yang dilakukan di Frontier in Human Neuroscience telah mendapati bahawa senaman yang biasa dilakukan mampu meningkat kreativiti seseorang. Seorang peserta yang aktif lakukan senaman mempunyai tahap berfikir(divergent) yang tinggi (mempunyai pelbagai cara penyelesaian masalah) begitu juga cara berfikir untuk mencari penyelesaian yang betul (convergent).


Meningkatkan produktiviti kerja !
Pastinya sangat bosan dengan paper work yang serabut duduk kat atas meja kan? Macam mana nak spend masa untuk bersenam dan sebagainya. Satu kajian telah mendapati seorang pekerja yang rajin bersenam mampu menyiapkan sesuatu kerja dengan lebih cepat, malah mempunyai masa untuk melakukan senaman juga. Nampak tak ? Walaupun awak tu seorang pekerja biasa pun mampu meluangkan masa untuk bersenam. Sekarang dah tak ada alasan lagi untuk tidak bersenam ok. Senaman ini membantu awak malah memudahkan kehidupan awak seharian tau.

So, cikdewi harap dalam bulan puasa ni, ambillah kesempatan untuk jadi lebih sihat dan cantik malah lebih pandai dan bijak mengawal keadaan ok. Hope entry for today will help all of you.

2 comments:

  1. Betul admin, i setuju dgn post u kali ni. kalau tk lari seminggu, mesti i akan moody. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

    >>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

    ReplyDelete