Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah kerana cikdewi masih diberi peluang untuk share sedikit ilmu dan juga tips yang bermanfaat kepada awak semua. Apa yang cikdewi harap semua entri-entri yang cikdewi share dapat membantu awak semua.
Hari ni cikdewi nak share sedikit kebaikan yang ada di dalam avocado.
Awak semua pernah tak makan buah yang berwarna hijau ni? Isinya rasa lemak-lemak berkrim gitu. Pada cikdewi rasanya agak sedap juga sebab dia rasa macam lemak-lemak sikit.
Sebenarnya, lemak monounsaturated atau lemak tidak tepu yang terkandung di dalam buah avocado ini sangat bagus untuk memperbaiki tona kulit yang tidak sekata. Mereka mampu mengekalkan tahap kelembapan pada lapisan epidermal kulit yang akan menjadikan kulit kita lembut dan sihat. Lemak Omega-9 yang ada di dalam buah ini membantu mengurangkan kemerahan pada kulit atau eczema dan juga kegatalan pada kulit serta membantu dalam memperbaiki kulit yang rosak.
So, jika awak mengalami masalah kulit boleh amalkan memakan buah avocado ni.
Selain itu, ianya adalah slow burning energy yang mampu membuat kita rasa kenyang dan perut rasa penuh bila makan. Malah, buat kita rasa kurang rasa lapar dan kurangkan selera makan yang membuak-buak tu. hihi
Avocado mengandungi Vitamin B6 dan Acid Folic yang membantu mengawal paras homocysteine. Jika paras homocycteine ini tinggi, akan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit jantung. Ia juga mengandungi Vitamin E, glutathione dan lemak tidak tepu yang membantu untuk mengekalkan jantung sihat.
Avocado juga kaya dengan folate, di mana Vitamin B yang dikenali sebagai Asid Folic. 1 cawan avocado memberi awak 23% is recommended daily value of folate. Jika lebih banyak pengambilan folate ini boleh mengelakkan kecacatan kelahiran seperti neural tube defect dan juga spina bifida.
Seharusnya awak semua patut tahu, spina bifida dan neural defect adalah kecacatan kekal yang akan di alami bayi yang baru lahir.
Sebaiknya, asid folic di ambil pada peringkat awal supaya nutrient dalam badan dapat memberi zat yang cukup untuk kandungan. Makanan ini tidak semestinya khas untuk ibu mengandung saja, malah kita-kita yang belum berkahwin juga bagus consume avocado atau folic acid.
Macam mana? Rasa teruja tak dengan khasiat yang ada dalam buah avocado ni ?Cikdewi pun sangat teruja. Rasa dia sedap dan boleh juga dibuat jus kalau ada di antara kita yang tak pandai makan avocado ni.
Selain itu, banyak juga kebaikan buah ini kan. Sememangnya, ciptaan Allah itu sangat hebat.

By the way, cikdewi nak kongsi sedikit macam mana nak memilih buah avocado kalau tiba-tiba terjumpa di pasar raya.
Kalau warna hijau pekat, yang tu masih muda lagi,kalau rasa nak makan terus, pilih buah yang warnanya agak kecoklatan atau lebih gelap. Kerana buah tu memang dah masak dan dah boleh di makan terus. Kalau kita genggam sedikit buah tu memang rasa sedikit lembut.
Tapi jika awak semua tak pasti nak memilih untuk pertama kali membelinya, pilih saja dan biarkan selama 2 hingga 3 hari. Warna avocado akan menjadi coklat dan boleh terus di makan.
Hati-hati jangan sampai ia busuk ye ..sayang je.
Apa-apa pun, i hope it's help !
No comments:
Post a Comment