Assalamualaikum dan salam ramadhan semua !
Dah lama sangat dah cikdewi tak update berita kat blog ni kan. Bukan apa keyboard laptop cikdewi not function well, so memang agak payah nak update apa-apa. Ni dah tukar baru baru feel sikit tulis blog compare to write in the phone.
By the way, dah lama tak ada idea nak update blog ni. But suddenly, bila chat dekat group SMULE i all. Boleh open cerita pasal nak kurus pula. hihihi
Mostly, setiap wanita nak nampak cantik dan berusaha untuk kuruskan badan dan ambil peluang dalam bulan puasa ni untuk loose weight.
Tapi persoalannya, boleh ke ?
Boleh sebenarnya. Tapi sebaiknya adalah kita start dari sebelum puasa lagi, barulah kesannya kita akan lebih nampak dan lebih semangat nak teruskan rutin senaman yang kita dah mulakan. Siapa setuju ?
Ok, cikdewi akan share sikit beberapa senaman dan amalan yang boleh anda semua lakukan. Insha Allah. =)
1. Sahur.
Sahur ni penting sangat. Selain dari kita akan dapat keberkatan sahur ni, kita juga boleh elakkan dari terjadinya dehydration dalam badan kita.
Antara makanan yang sangat sesuai di ambil sewaktu bersahur adalah,
i. Secawan susu
ii. Bijirin
iii. Kurma (seharusnya)
iv. Air masak
v. Roti wholemeal
* kalau rasa nak makan nasi, jangan ambil terlalu berat, kerana ia akan buat anda cepat lapar.
2. Senaman ringan selepas subuh.
Buatlah senaman regangan sikit untuk melegakan otot-otot kita. Selain dari tu, bila tengah gosok gigi dalam bilik air tu, try lah buat squating. At least, it something than nothing.
Lepas tu, boleh buat dhuha dah.
3. Plank sebelum berbuka.
Balik kerja je, kita akan mandi dan terus ke dapur. lepas habis masak tu. Hidang dulu makanan. Lepas tu, tutup lah makanan tu. Ambil masa dalam 1 minit. Buatlah plank, bagi panas sikit badan tu. Sekurang-kurangnya perut kita ready nk bakar apa yang bakal kita makan nanti.

4. Solat dan terawih.
Kita pun tahu solat adalah senaman yang baik untuk kita, sebabnya pergerakan dalam solat tu sendiri. So, kat sini cikdewi boleh tambah sikit satu elemen yang agak menarik, iaitu cuba kempiskan perut anda semasa sedang rukuk atau sedang sujud. Kalau rasa nak buat masa berdiri pun boleh. Tapi........ JANGAN TAHAN NAFAS ye. Anda hanya perlu kempiskan perut dan tahan perut tu je. bernafas seperti biasa. Tak biasa, boleh cuba dulu lama-lama nanti mesti boleh. =)
![]() |
| Senaman ni, kat mana-mana pun boleh buat, nak perut kempis trylah buat. |
Well, nak kurus bukan sesuatu yang mudah. Kita kena korbankan banyak perkara. Antaranya adalah nafsu makan kita sendiri. Bagaimanapun, jangan bersedih selagi anda tahu apa yang anda mahukan, teruskan sampai habis dan cikdewi harap perkara ini akan berterusan walaupun dah habis raya. Bukan masa raya tu boleh stop ye, hihihi
Harap dapat membantu. Bye !
