a.navigation {background: #3333ff ;color: #ffffff;margin: 1px;padding: 2px;border-width: 0;text-transform: uppercase;text-decoration: none;font-weight: bold;}a.navigation:hover {background: #333333;color: #ffffff;text-decoration: none;}

encik iklan

Friday, 25 March 2016

10 Sebab Kenapa Mesti Best friend dengan Fisioterapi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Hope you guys dalam keadaan yang sihat sejahtera hendaknya. Mesti dalam kalangan you all semua mesti ada terbaca tentang isu kat Facebook mengenai nurse cun post pasal 10 sebab kena ambil nurse sebagai isteri. Alhamdulillah, sangat panjang dan berguna sungguh.

Ok, kat sini cikdewi nak share sikit 10 sebab kenapa you all kena kenal Fisioterapi.

I miss them all.

1. We all peramah.
Cuba lepak dengan dia orang ni sehari, walaupun baru kenal, boleh terus jadi best friend. Tak percaya, cubalah.
Siap dia orang ni boleh share tips macam mana nak sado bahagian lengan, macam mana nak kurus, macam mana nak bagi besar bahagian ini, itu dan sebagainya.


2. A good listener.
They all dah di train untuk mendengar segala keluhan dan sakit yang pesakit alami, walaupun tau ianya hanya propa je. Tapi, dia orang tetap memberikan anda layanan yang terbaik. Kalau you all nak tanya apa-apa pun dia orang ni akan cuba jawab. Mesej untuk tanya masalah pun dia orang akan cuba imagine apa jenis masalah yang you all tengah hadapi. (Mostly, mesti pasal injury)


3. Tak pernah kisah.
Walaupun pagi-pagi dah bersiap cantik, nak pergi kerja nanti tengah hari kau orang tengok lah dah comot sana sini. Sebab rawat patient. Kadang-kadang keluar shopping pun pakai simple-simple je. Pakai tshirt dengan jeans pun jalan je.
Kalau nampak vogue sikit tu, maknanya tengah lebih rajin sikit daripada biasa. Haha


4. Tak memilih.
Apa yang ada, dia orang ni belasah je. Tak memilih dan terima apa adanya. Kalau bab berkawan, kalau orang tu boleh masuk kepala, tak sombong memang boleh terus ngam. Kalau bab makan, sedap, halal dan buat meleleh air liur. Boleh habis berpinggan. Haha


5. Lean body.
Kalau dah setiap hari berjalan ke ward sana sini, dah buat exercise cardio free-free je. Lepas tu buat exercise kat patient dan diri sendiri. Buat senaman weight gunakan badan patient, ye la, kena tolong pesakit transfer pergi wheel chair lagi kalau patient tu, tak kuat silap-silap memang kena angkat (memang selalu macam tu pun). Kalau you all ada pengalaman tengok Fisioterapis buat kerja, you all akan faham macam mana susahnya diorang berpeluh dan bersungguh-sungguh nak turunkan patient ke wheel chair.


6. Boleh bergerak seorang.
Kalau you all tinggalkan dia orang ni buat kerja sorang-sorang pun dia orang boleh handle. Apa tidaknya, kalau setiap waf-wad disiplin tu seorang je yang incharge. So, dia orang ni belajar berdikari sendiri.


7. Dah biasa kena maki.
Kalau dah setiap kali datang tau nak suruh patient buat itu dan ini, ada orang memang tak suka. Menganggu ketenteraman katanya, tapi kami hanya menjalankan tugas yang hakiki. Maka, jika dimarah oleh pesakit pun kami cool je. Dan cuba pujuk patient. Kalau tak jalan juga, dengarlah tazkirah percuma dari dia orang ni. Hihi


8. Boleh jadi partner workout atau pun di workout kan.
Most of them, kalau bab senaman dia orang tau apa yang patut buat, macam mana nak kurangkan sakit and so on. Kalau you all rasa nak workout tapi ta ada kawan, cari mereka ni. Well, macam mana pun setiap dari mereka ada kelebihan masing-masing. Kalau dapat yang boleh train you all tu, grab the chance!


9. Boleh bergelak sakan tanpa peduli dunia sekeliling.
Cuba try lepak dengan dia orang ni kat satu tempat. Kalau tak bising, memang tak sah. Kalau tak menyakat, memang tak sah. Yang penting, no offended!
Kat mana-mana mesti yang paling meriah adalah group fisioterapi (ni kalau kat terlibat dalam society hospital). Maybe sebab mereka ni born to be a physiotherapist la kot, sentiasa ceria dan follow instinct.

Ni kawan nurse cikdewi yang cun melecun, berapa kali tegur terus boleh ngam. Sayang lia :)

10. Always be happy and positive
Walaupun macam-macam masalah dan jenis complain yang datang. They all tetap cheer and relax. Kadang kala, setiap kali rawat patient tu memberi kesedaran pada kami, untuk lebih beringat dan beramal. We all pun bergabung dengan cik cik misi yang ada kat hospital tak kira lah klinik atau pun wad. Apa yang penting, kerjasama!

Wednesday, 23 March 2016

Vertical run 2016 !!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua !

Apa khabar anda semua? Cikdewi harapkan yang baik-baik saja lah hendaknya. Ok, pada entri kali ni, cikdewi  nak share sikit mengenai pengalaman cikdewi join vertical run atau vertical challenge pada 19 Mac hari tu. So far, feedbacknya memang lah positif dari side cikdewi, sebab belum pernah try lagi challenge yang macam ni kan. Tapi macam mana pun, persediaan untuk melalui hari yang mencabar ni juga penting sangat-sangat untuk elakkan sebarang kecederaan atau kebarangkalian yang bakal berlaku.


Apa yang cikdewi lakukan semasa proses training sebelum tibanya hari vertical challenge ni, cikdewi dan kak mai akan plan hari untuk training. Kami akan peruntukan lebih kurang sejam lebih hingga dua jam untuk training.

Mula-mula sekali, stretching dulu yelah takut cramp bila habis training nanti. Hihi
Next, kami akan jogging sama2. Maximum cikdewi akan lari sebanyak lima pusingan Taman Setia Tropika tu, cuma ada ketika tu, cikdewi ada sedikit injury kat kaki selepas naik gunung pulai tu.

Ok, selepas habis lari, kami akan ambil masa sedikit untuk teruskan latihan mendaki tangga yang ada kat taman tu. 
Macam mana pun, percubaan pertama kami dapat achieve 600 anak tangga, dan sejak tu kami akan maintainkan 600 anak tangga setiap kali training. Ini adalah persediaan.


So, hari yang dinanti dah pun tiba. Kami sampai ngam-ngam masa orang tengah berzumba untuk warm up dan senaman regangan. Eh, lupa pulak nak cerita kami ambil bahagian dalam kategori public iaitu 2km larian, dengan 916 anak tangga.

Ok, selepas habis warm up tu kami diberi taklimat yang di mana kami akan berlari menaiki tangga di dalam sebuah bangunan pejabat tidak jauh dari tempat kami berkumpul. And then untuk kategori kitorang ni cuma lari 2km and lari 20 tingkat anak tangga je. Hihi
So far cikdewi dapat habiskan dalam masa 20minit hingga sampai ke garisan penamat. Alhamdulillah.


Macam mana pun, cikdewi sangat teruja bila jumpa dengan orang-orang yang hebat dan lari memang laju gila! Haha
Apa-apa pun, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kalau nak lakukan sesuatu mesti bersungguh!


So, sampai sini dulu story cikdewi ye .. Jumpa lagi !

Tuesday, 8 March 2016

Let's build fitness!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Its been so long that i haven't write my blog. Mungkin dah bersawang pun sekarang ni. So, hari ni kita bersihkan sikit dengan satu aktiviti yang cikdewi nak syorkan pada u all semua!

Sebelum ni, cikdewi ada suggest kat u all untuk lakukan senaman di gym, untuk workout dan aktif dalam studio class, ataupun di taman permainan untuk jogging ataupun melakukan aktiviti workout juga untuk slim down atau bakar kalori. Why not, kita tambah sikit kelainan pada rutin kita tu. Barulah badan tak merasa bosan.


Salah satu cara cikdewi, cikdewi suka join open running atau public running yang melibatkan orang awam untuk turut serta berlari. Biasanya ia dipanggil charity run atau nama komersial yang lain oleh penganjur. Baru-baru ni, cikdewi ada join satu nightrun di UTM, Skudai di Johor. Biasanya cikdewi join charity run ni di waktu pagi, ini kali pertama join nightrun. Pada pandangan cikdewi ianya agak mencabar juga. 


Sebabnya ia diadakan pada waktu malam yang memerlukan fokus dan untuk elakkan sebarang kecederaan. Jadi kita akan banyak menggunakan proprioception, balance dan coordination. Dan apa yang paling penting, tak panas so tak ada lah muka kita ni nanti burn dek terik matahari (sengih).


Jadi, lepas habis lari, balik ke rumah, mandi dan terus tidur. Waktu tu, badan kita akan rehat dan tidur kita lebih berkualiti dan tak akan terganggu (senyum).

Another option, u all boleh try hiking. Seronok sebenarnya tengok keindahan alam sambil kita tengah bernafas kuda kerana nak mendaki gunung.


So far, cikdewi boleh suggest untuk beginner macam cikdewi ni, kalau kat JB bole try Gunung Pulai. Yang dekat hutan rekreasi tu. Dekat situ, memang ada trek tersedia untuk kita daki. Jalan pun jalan tar. Memang seronok lah. Jauh perjalanan mendaki tu lebih kurang 4km lebih. 


Sepanjang perjalanan nak naik ke puncak tu, memang pokok saja lah. Lepas tu boleh dengar bunyi air terjun. Kat situ memang ada tempat mandi air terjun.

Selain dari tu, dengan hiking ni boleh train kita punya fitness dan senaman yang bagus untuk jantung kita.


Kalau ikut pengalaman cikdewi, masa kita nak naik ke atas tu, kita akan nampak uncle-uncle and auntie-auntie dah nak turun dah pun. Agak-agak? Mereka ni boleh dikatakan hampir setiap pagi akan mendaki Gunung Pulai tu. Memang rasa tercabar juga lah kan sebab mereka lagi tua dari kita tapi masih lagi fit untuk mendaki gunung. Terbaik.


Kalau ikutkan nak masuk Gunung Pulai ni free je, cuma parking je la berbayar. Dan ada kemudahan tandas awam dan juga berbayar (sengih).


So, the point is kalau nak seribu daya, tak nak macam-macam alasan boleh di bagi. Cabar badan kita supaya tidak berada di zon selesa yang mungkin akan menyebabkan plato (badan tak ada perubahan) yang disebabkan rutin yang sama. Badan kita perlu di cabar supaya ia mampu bekerja dan membakar kalori dengan lebih banyak. Sebab tu senaman perlu di selangi dengan proses recovery untuk badan berehat.


Agak-agak boleh faham apa yang cikdewi nak sampaikan? Kalau rasa ada  pertanyaan, boleh comment di bawah la ye (sengih). Semoga dapat membantu.

Keyword : fitness, hiking, running