a.navigation {background: #3333ff ;color: #ffffff;margin: 1px;padding: 2px;border-width: 0;text-transform: uppercase;text-decoration: none;font-weight: bold;}a.navigation:hover {background: #333333;color: #ffffff;text-decoration: none;}

encik iklan

Sunday, 27 September 2015

Kisah Dari Seminar Jom Kurus 1 malaysia #5

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ..

Cikdewi rasa rindu pula dengan blog ni ..
Minta maaf kalau cikdewi dah lama tak update new info untuk awak semua ye.
Bukan sengaja, kadang kala bila cuti tu, masa habis untuk aktiviti lain pula. huhu

Hari ini cikdewi nak share sikit dengan awak semua. Minggu lepas, cikdewi ada join satu seminar yang memang berbaloi juga, walaupun kena bayar, cikdewi dengan kawan cikdewi ni sanggup juga pergi untuk timba ilmu dari Kevin Zahri which is nama seminar ni adalah Jom Kurus 1 Malaysia #5.
Waaa... ya, memang agak excited tau you all.hihihi


Seminar ini berlangsung di Le Grandeur Golf Resort di Senai, Johor which is tak jauh  juga dari rumah cikdewi, setengah jam perjalanan saja lah.
Aturcara program ni bermula dengan ucapan aluan dan mereka memperkenalkan team leader yang Kevin Zahri dah lantik.

Macam mana pun, ia dimulakan dengan ucapan dari salah seorang team leader mereka iaitu Aizat, di mana dia seorang peserta Jom Kurus 1 Malaysia dari musim pertama lagi.
Macam mana pun, kisah encik Aizat ni boleh dijadikan sebagai pembakar semangat ye. Sebab apa ? Encik Aizat ni dahulunya berat beliau adalah 220kg. Macam mana beliau boleh nekad mahu turunkan berat badan ? Ini ceritanya.

Semasa berat beliau masih lagi 220kg, beliau pernah berusaha untuk menurunkan berat badan tapi tidak berjaya. Waktu itu, beliau masih lagi belajar di mana  tu, cikdewi lupa lah pula. Tapi macam-macam juga cara beliau cuba untuk menurunkan berat badan, tapi seringkali gagal. Bila jadi macam tu, beliau jadi bosan dan malas lagi dah. Senang ceritanya beliau give up dan teruskan hidup dengan berat badannya itu seperti biasa. 

Ibu beliau sering juga menasihatkan beliau, ya lah, ibu mana yang tidak risau bila anaknya dari zaman student sampailah dah bekerja masih tidak berubah, dan adakalanya hati ibunya runsing dengan umur anaknya semakin lanjut dan tidak mempunyai teman wanita lagi. Apa yang beliau mampu lakukan hanya diam.

Beliau pernah diet, tidak makan nasi selama seminggu sebab mengikut diet yang salah. Tapi, macam mana pun, tidak berjaya sebab beliau masih lagi makan kentang goreng Mc Donald. Macam mana tu ?hihihihi. Diet yang salah, di tambah dengan diet yang tidak sihat. Memang tiada penyelesaian. hihi


Macam mana pun, pada suatu hari, beliau agak sentap bila ibunya menyatakan sesuatu yang buat beliau rasa beliau perlu melakukan sesuatu untuk ibunya. Bermula dari saat itu, beliau nekad dan berusaha sebaik mungkin untuk menurunkan berat badan.

Perjuangan bermula pada 2014, di mana beliau bermula perlahan-lahan dan akhirnya dalam tempoh 6 bulan beliau dapat menurunkan berat hampir separuh dari berat yang sedia ada.
Kemudian beliau meneruskan lagi perjuangan dan akhirnya pada 2015 beliau dapat menurunkan berat badannya sehingga berat sekarang adalah 95kg.
Alhamdulillah

Agak-agak tersentap tak ? Pada pendapat cikdewi macam mana pun, kalau kita nak turunkan berat badan perlu diingat, senaman yang betul dan diet yang betul sangat perlu.
Jadi, kalau perlu rujuk pada dietian jika awak semua mahu mendapatkan rujukan tentang diet yang betul.


Cikdewi harap entri kali ini agak membantu. Macam mana pun, jadi sihat itu lebih penting daripada jadi kurus untuk tampil cantik.

Sunday, 6 September 2015

Senaman Terbaik Untuk Hilangkan Lemak di Belakang Badan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada hari ini cikdewi akan berkongsi lagi tips-tips dan info yang berguna kepada awak semua.
Pernah tak rasa bila memakai pakaian dalam tu rasa ada bonggol kat belakang badan ?
Apakah sebabnya ?Pasti itu soalan yang bermain di fikiran awak semua kan ?
Sebenarnya itu ialah lemak kita sendiri yang berlebihan dan menyebabkan ianya timbul dibahagian belakang badan kita.

Jadi, macam mana nak kurangkan lemak tu ?
Baiklah, mari cikdewi cerita sikit macam mana caranya.



Mulakan dengan berjalan selama 30 minit, tak kira lah berjalan mahupun berjoging kemudian lakukan aktviti di bawah ini sekurang-kurangnya 2-3 set.

1. 10-15 reps Rowing exercise

2. 8-10 reps Lower Back Extension

3. 15-20 reps Russian Twist

4. 8-10 reps Bridges (tahan selama 10-15 saat)

5. 15-20 reps Leg Extensions

6. 10-15 reps Cat and Camels (tahan selama 5 saat untuk setiap gerakan)
*reps = ulangan

Ok, setakat ini, cubalah dulu senaman di atas ni. Sebenarnya senaman ni bolehlah awak semua lakukan selepas 2 atau 3 round jogging atau jalan-jalan kat taman tu kan. Lepas tu ulang je 2-3 set.
Apa-apa pun, semua ni terpulang pada diri awak semua kalau awak betul-betul mahu untuk tampil cantik dan sihat. Buang semua alasan, dan cari jalan !
Cikdewi harap dapat membantu lagi kali ni ..