a.navigation {background: #3333ff ;color: #ffffff;margin: 1px;padding: 2px;border-width: 0;text-transform: uppercase;text-decoration: none;font-weight: bold;}a.navigation:hover {background: #333333;color: #ffffff;text-decoration: none;}

encik iklan

Saturday, 6 June 2015

Bagaimana Mahu Membuang 'Back Fat' ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramai antara kita agak tidak berpuas hati bila berpakaian yang agak mengikut tubuh pasti ada bahagian yang tertonjol di bahagian belakang pinggang.
Oh back fat ! Please go away !
Pelbagai cara nak hilangkannya tetapi masih juga tidak berhasil. Namun, mungkin cara ini dapat membantu awak-awak semua sedikit sebanyak.


Bump Up Your Cardio !
Jika awak semua sangat serious untuk membuang lemak dibahagian badan, awak semua juga haruslah ambil berat tentang aktiviti kardio awak ye. Senaman kardio yang perlu dilakukan sekurang-kurangnya 60 minit = 1jam untuk satu sesi sekurang-kurangnya 5 kali seminggu untuk hasil yang lebih berkesan. 
Untuk intensiti yang lebih untuk senaman kardio, pilihan untuk interval training (latihan dan rehat) adalah ubahan antara masa awak memaksa badan untuk melakukan latihan dan juga masa untuk awak recovery, ia akan menjadi 'afterburn effect'. 'Afterburn' bermaksud selepas awak semua melakukan senaman, badan masih boleh membakar kalori di dalam badan, - lebihan 200 kalori dalam satu hari walaupun semasa rehat mahupun tidur - kemudian awak haruslah menyelaraskan latihan yang awak semua dah pun lakukan.


Tone It Up !
Tambahkan pergerakan untuk membentuk bahagian belakang, bahu serta oblique pada bahagian pinggang untuk menjadikan otot-otot pada bahagian itu mnjadi kuat. Ianya juga bermanfaat dalam membetulkan posture badan malah lebih baik lagi. Contoh yang boleh diberikan ialah :
- back exercise with medicine ball
- five minute back workout
- body-balancing back exercise


Go For Yoga!
Kunci utama ialah latihan kekuatan dan kardio yang berkualiti, akan tetapi yoga juga membantu dalam membakar back fat juga.


Eat Right !
Tambah intensiti kardio awak dan program latihan kekuata awak semua adalah permulaan yang sangat bagus bilamana awak memang betul-betul nak membakar lemak !
Pemilihan pemakanan yang sihat juga memasak resepi yang 'bersih' adalah penting untuk menyerang semula bonggolan di belakang pinggang awak !


Pastikan awak mengenakan saiz yang sesuai jika sememangnya awak benar-benar mengambil berat tentang bonggolan disekeliling dada atau muffin top, kemungkinan awak harus berubah kepada saiz pakaian dalam atau seluar yang lebih besar.
Pemilihan pakaian yang sesuai akan membuatkan awak semua lebih yakin tanpa stress mahupun ketidakstabilan emosi. 
Selain itu, sentiasa fokus dengan pemilihan pemakaian yang sesuai untuk tampil bergaya mengikut tempat dan keadaan.

Macam mana ? Cara yang sangat mudah bukan, apa yang awa-awak semua perlu lakukan adalah senaman dan pemakanan yang sihat. Memang tidak pernah lari dari perkara ini. So far, ada antara kawan cikdewi yang dah pun mencuba beberapa petua yang cikdewi berikan, alhamdulillah ada juga kesannya. Insha allah, tak lama lagi mesti boleh dapat kekalkan badan yang fit dan sihat.
Cikdewi harap entri kali ni dapat membantu.

No comments:

Post a Comment