Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selain dari sit-up yang cikdewi sangat suka buat masa zaman kolej dulu adalah planks. Kenapa? Entahlah sebabnya cikdewi ada terbaca dalam satu article yang menyatakan planks ni adalah senaman yang melibatkan whole body contraction. Tu yang menyebabkan cikdewi gian buat benda ni. Tapi paling maximum dapat buat pun 2 minit je. Alahai...
Tapi, tak apa lah kan. Sekurang-kurangnya ada lah juga usaha keras kat situ ye dak?
hihihi
Macam mana pun, sememangnya melakukan planks ni mempunyai banyak kelebihannya. Ianya lebih dikenali sebagai senaman untuk otot perut, selain itu ianya untuk kekuatan otot perut juga. Ia bekerja dengan lebih banyak otot kerana melibatkan beberapa kumpulan otot perut secara serentak.
Jumlah kita usha sedikit apalah agaknya kebaikan senaman posing ni kan.
Meng'tone' kan perut semasa plank membantu membentuk deep inner core muscle di mana membantu untuk membentuk six-packs. Semakin kuat otot perut awak tu, bahagian tengah perut tu akan jadi lebih tegang dan kuat. Macam mana pun, untuk mendapat six-packs, awak haruslah singkirkan lemak yang ada. Barulah dapat six-packs yang mantap sikit, tetapi untuk perempuan agak susah sikit untuk mendapat betul-betul six-packs. hihi
Mengurangkan back pain, planks berkesan untuk mengurangkan back pain, kerana ia menguatkan otot perut awak, di mana mempunyai side effects iaitu mengurangkan sakit belakang. Selain itu, ia juga mampu menguatkan otot di bahagian belakang badan lebih-lebih lagi upper back.
Kadang kala, ada sesetengah orang berasa sakit bila lakukan planks ini, kebanyakkannya sakit belakang, kemungkinan besar mereka melakukan cara yang salah. Cikdewi ada share video dari kevin zahri dalam page facebook, bolehlah tengok ye.
Meningkatkan fleksibiliti semasa menguatkan otot, planks juga membantu meningkatkan fleksibiliti pada bahagian belakang badan serta menguatkan otot hamstrings dan menyamaratakan arch dari ibu jari kaki sehingga telapak kaki. Jika awak lakukan side planks sebenarnya ia mampu meningkatkan fleksibiliti pada bahagian pinggang.
Membantu membetulkan mood. Setiap jenis senaman mampu membangkitkan mood dan planks adalah salah satu jenis senaman yang membantu membangkitkan mood. Planks adalah senaman yang unik, macam mana pun, ia membantu untuk meregangkan otot yang menjadi tegang atau tense kesan dari duduk yang lama. Planks akan membantu untuk release the tense.
Membantu membetulkan balance dan posture. Mestilah lakukan planks dengan cara yang betul, awak mestilah pastikan badan dan perut berada di dalam keadaan yang tegak. Side planks ataupun planks dengan gabungan pergerakan lain mampu untuk meningkatkan tahap keseimbangan. Ia boleh juga di lakukan dengan menggunakan bola fitball. Cuba lakukan planks dengan mengangkat sebelah kaki kanan dan tangan kiri, kira dalam beberapa saat, kemudian tukar untuk bahagian sebelah lagi.
So, tak ada lah planks ini jadi bosan kan. hihii
Seronok sebenarnya buat aktiiviti planks ni, serta kebaikan yang ketara adalah otot perut pun kuat serta mengurangkan sakit belakang. Cikdewi harap post kali ni dapat membantu.
No comments:
Post a Comment