a.navigation {background: #3333ff ;color: #ffffff;margin: 1px;padding: 2px;border-width: 0;text-transform: uppercase;text-decoration: none;font-weight: bold;}a.navigation:hover {background: #333333;color: #ffffff;text-decoration: none;}

encik iklan

Monday, 22 June 2015

5 Sebab Bagaimana Boleh Dapat 'Cankles'

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Topik hari ni agak rare sikit, sebab apa ?Sebab hari ni cikdewi nak borak sikit pasal perkara yang kita sendiri tak pernah sedar ataupun tak pernah ambil kisah dan juga tak perasan. Banyak betul 'tak'nya tu kan
Sebelum tu, apa tu 'cankles' ?Apa tu ?Betul tak tahu ?
Ok, cankles adalah lemak yang berada di kaki kita di bahagian pergelangan kaki. Ada pernah perasan tak ?Kau rasa ? Ok, ini antara sebab macam mana awak boleh dapat cankles.



Naik berat badan.
Apabila berat badan meningkat, semestinya lemak pada bahagian kaki turut bertambah !Perasan atau tidak, sememangnya cankles adalah disebabkan tarikan graviti ke atas lemak tersebut di mana ia menarik lemak yang berada pada otot kaki ke bawah sama ada pergelangan kaki atau bahagian betis.

Cara menangani : Berusaha lah untuk mendapatkan berat yang ideal dengan diet yang sihat dan juga senaman yang kerap. Cikdewi mencadangkan lakukan senaman total-body fat booster, lebih-lebih pada otot betis. Cubalah bermain skipping ataupun lari pecut.


Genetics.
Jika salah seorang ibu atau bapa awak mempunyai pergelangan kaki yang besar, ia mungkin salah satu faktor bagaimana awak pun boleh terjebak sama. Sesetengah wanita, mempunyai pergelangan kaki yang agak lebar, atau betis yang kecil, ataupun kedua-duanya sekali.

Cara menangani : Kita tidak boleh mengubah genetics, namun, awak boleh fokuskan senaman pada otot betis iaitu otot yang lebih fit. Cubalah lakukan senaman ini agar dapat membentuk kaki yang cantik juga.


Fluid retention (cecair tersekat)
Kehilangan bentuk pada pergelangan kaki adakalanya disebabkan cecair yang tersekat atau bahasa yang lebih mudah, membengkak, adakalanya di alami oleh ibu mengandung ataupun pengambilan garam berlebihan. Pengambilan garam yang berlebihan akan menyebabkan badan akan menggantung air atau tidak membenarkan cecair keluar dari badan dan akhirnya tersimpan di tempat yang tidak sepatutnya. Manakala, ibu mengandung juga adakalanya kerap juga mengalami bengkak pada pergelangan kaki.

Cara menangani : Pakailah compression socks yang ada dijual di farmasi. Ianya membantu mengurangkan bengkak dan melancarkan peredaran darah. Selain itu, kawal diet awak ye, kurangkanlah pengambilan garam dalam masakan. Buat rugi badan je.


Medications.
Antidepressions, ubat darah tinggi, dan hormons (seperti estrogen di dalam pil perancang) akan menyebabkan kaki bengkak.

Cara menangani : Sekiranya awak mengalami bengkak kaki semasa permulaan rawatan, rujuk dengan doktor tentang kesannya ok.

Penyakit.
Cankles juga disebabkan oleh penyakit kronik seperti sakit buah pinggang, kegagalan fungsi hati, jantung, dan juga penyakit lain. Di mana, ia akan meningkatkan pembengkakan pada pergelangan kaki.

Cara menangani : Jika awak mengalami simptom-simptom seperti, pening kepala, cepat penat, sesak nafas, perubahan air kencing, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.

Adakalanya, kita perlu berhati-hati. Badan kita akan memberi petanda atau signal pada kita sekiranya kita mempunyai masalah dengannya. Jagalah tubuh badan kita dengan mengamalkan pemakan yang sihat dan senaman yang teratur. Hope post kali ni membantu ye.

No comments:

Post a Comment