Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Cikdewi nak minta maaf sangat-sangat sebab dah berapa hari tak mengupdate tips-tips terbaik untuk awak semua.
Mesti rasa bosan menunggu kan ?
Minta maaf la ye.
Ok, hari ni. Ada satu topik yang sangat bermanfaat dan cikdewi berharap dapat membantu awak semua.
Macam mana nak kurangkan makan makanan manis ni ?
Semestinya, kalau makan mesti nak air manis, lepas tu kek mesti nak ada rasa manis, kemudian ada juga yang bila memasak mesti nak letak gula bagi ada rasa.
Aiyarkkkkk !!
Macam mana tu ? Banyaknya kegunaan gula yang kita ambil dalam kehidupan seharian hidup kita.
Cuba kita ubah dengan mengambil banyak sayuran dalam seharian tu. Sayur-sayuran mengandungi serat, di mana dapat membantu dalam sistem penghadaman. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kadar metabolisma badan serta membuatkan kita rasa kenyang. Kalau cikdewi memang ini lah kegemaran. hihihi
Minum banyak air, sebab apa kalau kita minum banyak air, kan akan rasa kenyang kita akan rasa perut kita penuh. Kerana apa, jika kita di dalam keadaan dehydration, kemungkinan untuk kita rasa lapar dan asyik nak makan tu, memang ada. Kalau dah asyik nak makan, lepas tu kurang minum air, sistem penghadaman kita pun malas nak bekerja, sebab apa? Sebab kita tak bantu mereka untuk memudahkan kerja mereka. Cuba fikirkan.
Kalau memang teringin sangat nak makan benda yang manis, cubalah puding coklat berprotein. Inilah salah satu cara untuk sesuatu yang manis dan tidak merosakkan diet awak. Cubalah,
1 skop susu coklat berprotein (whey)
2 sudu teh minyak yang di campurkan dengan 1 cawan air.
Ini untuk bagi lebih pekat sedikit puding untuk membantu semasa kelaparan.
Selepas menikmati puding yang sedap tu, minum lah air sebanyak 2 cawan air, awak akan rasa kenyang sekenyangnya.
Cari makanan yang mengandungi protein untuk membantu mengatasi rasa lapar selain dapat membantu awak untuk cepat rasa kenyang, serta badan awak tidak memerlukan kerja yang lebih untuk hadam.
| macam mana pun tidak digalakkan makan organ dalaman ye .. |
Jauhkan diri dari makanan yang tinggi fructose seperti sirap jagung. Sememangnya, jauhkan kerana kandungan makanan yang tinggi fructose ini akan membuat enzim neutral dan menghantar maklumat ke otak menyatakan awak sudah kenyang, tetapi mengakibatkan awak berasa lapar dan meningkatkan selera makan dalam seharian.
Kalau dulu, cikdewi sangat suka makan cup corn yang jual kat shopping complex atau pasar malam. Favourite sangat lah tu. Tapi, bila cikdewi kaji balik dan cari diet mengikut jenis darah, OMG, cikdewi memang kena elakkan makan makanan tu. Dan bila cikdewi kurangkan alhamdulillah memang ada perubahan. Ok, untuk next post, cikdewi akan share sikit pasal diet mengikut jenis darah pula. I'm sure it's quite interesting. Insha Allah.
Hope post kali ni membantu !
No comments:
Post a Comment