Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sempena bulan ramadhan yang bakal tiba ni, apa lagi rebutlah peluang untuk amalkan gaya hidup yang sihat selain memperbanyakkan ibadah kepada Allah. Insha Allah, jika badan sihat dan cergas pasti mudah untuk kita lakukan ibadah pada Allah. Amin.
Ok, hari ni cikdewi nak kongsi lah sikit resepi yang sihat dan boleh di lakukan oleh awak semua. Sebaiknya, kita masak sendiri apa yang kita nak makan. Daripada beli kat luar, kita tak tau berapa banyak garam yang di tabur, gula yang ditambah dan minyak yang di curah ?
Tak kan nak tanya kat mak cik kedai tu kan ?
Jadi, cara yang mudah baik kita masak sendiri, sesekali nak sihat kena lah masak sendiri. Masak pun senaman juga kan. Heeee
Jadi resepi yang pertama cikdewi nak share adalah, ubi keledek bersama bayam dan udang.
bahan-bahannya :
2 sudu minyak zaiton
1/2 cawan bawang merah, di potong dadu
Untuk perisa boleh gunakan black pepper atau red pepper
2 ulas bawang putih
2 cawan ubi keledek, di potong dadu
2 cawan udang segar (yang kecil-kecil - shrimp)
3 cawan sayur bayam yang di potong
Cara-caranya :
Letakkan minyak zaiton di dalam kuali yang sudah separuh panas,
Kemudian letakkan bawang merah dan black pepper.
Masakkan dia sehingga kekuningan.
Masukkan bawang putih dan masakkan sekejap
Selepas itu, masukkan ubi keledek dan masakkan sehingga lembut (10-15 min)
Awak boleh tuangkan sedikit air untuk bagi ubi keledek cepat lembut.
Masukkan udang dan gaulkan bersama dalam 2-3 minit atau sehingga udang menjadi kemerahan.
Kecilkan api, masukkan bayam dan gaulkan semuanya sehingga masak.
Akhir sekali barulah taburkan sedikit garam atau black pepper sebagai perasa.
Kemudian, tutupkan api.
Jika awak semua nak buat untuk sahur, masak malam tu jangan tabur garam dulu, nabi pesan. Bila nak makan masa sahur baru letakkan bila panaskan.
Sebab tak nak bagi basi cepat.
Bagus kan.
Hope sangat post kali ni membantu.
No comments:
Post a Comment