Assalamualaikum da salam sejahtera.
Salam 1 ramadhan awak semua !
Ada satu soalan cikdewi nak tanya. Adakah cuka mampu membantu mengurangkan berat badan awak-awak semua ?
Seriously ??
Ada beberapa kajian yang telah dilakukan untuk mengetahui keberkesanan cuka terhadap kesihatan dan berat badan.
Pada tahun 2004, kajian telah dilakukan di Arizona State University, untuk melakukan ujian cuka terhadap kandungan kolesterol dalam badan. Namun, cuka tidak berkesan ke atas kandungan kolesterol, namun kajian telah mendapati mereka yang mengambil 2 sudu cuka buah sebelum makan tengah hari dan makan malam telah turun berat badan mereka lebih kurang 2 pounds dalam masa 4 minggu.
Sangat tidak sangka kan ?
Namun, mengamalkan cuka ni pun sunnah nabi sebenarnya. Lebih-lebih lagi, sekarang ni dah banyak cuka-cuka buah yang terdapat di pasaran seperti cuka epal, cuka anggur dan cuka kurma. Ianya memang bagus untuk kesihatan. Cuma, kita tidak boleh mengambilnya dalam kuantiti yang berlebihan dalam satu masa kerana ianya mempunyai kandungan asid yang agak tinggi.

Agak menarik di sini sebenarnya, cikdewi tertarik kerana orang yang membuat kajian ini adalah orang bukan muslim. Banyak sebenarnya mereka mengamalkan makanan sihat dengan cara sunnah seperti mengamalkan cuka buah ini dan juga madu. Kita juga patut ikut cara sunnah ni yang sememangnya membantu sangat.
Sharing kali ni pendek saja. Cikdewi harap dapat membantu awak semua kali ni. Semoga dipermudahkan research cikdewi untuk mengamalkan senaman yang mudah dan diet yang seimbang. Amin.
No comments:
Post a Comment