Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar awak semua? Harap berada dalam keadaan yang sihat hendaknya.
Apa yang awak semua faham tentang senaman kardio ?
Yang kita semua faham senaman kardio hanya lah joging, berlari di atas treadmill dan sebagainya yang tidak mengangkat berat.
Namun, tahukah awak semua tentang kebaikan senaman ini dan kepentingannya ?
Mari, cikdewi tunjuk sikit kebaikan yang terdapat dalam senaman ini yang membuatkan cikdewi suka sangat.

1. Meningkatkan kesihatan jantung.
Yang paling utama, iaitu menjaga kesihatan jantung kita. Otot jantung juga sama seperti otot yang lain dan ia juga perlu menjadi kuat untuk bekerja. Untuk mendapatkan jantung berdegup dengan lebih baik, seharusnya kita harus memastikan ianya berada di dalam keadaan yang sihat dan kuat.
2. Meningkatkan metabolisma.
Salah satu sebab mengapa kita harus lakukan senaman kardio adalah untuk mendapatkan kesan peningkatan metabolisma. Selain meningkatkan kadar degupan jantung,senaman kardiovaskular juga akan meningkatkan proses kimia yang berlaku di dalam badan kita, dan ia dipanggil metabolisma.
Secara tidak langsung, semakin tinggi sesi kardio dilakukan, awak akan dapat lihat peningkatan di dalam kadar metabolik. Intense Interval Sprints atau HIITpeningkatan metabolisma badan akan meningkatkan lagi proses yang kita panggil EPOC (Excess Post-exercise Oxygen Consumption).
3. Melancarkan perubahan hormon.
Melakukan senaman kardio juga membantu dalam mengubah hormon di dalam badan kita secara teratur. Ia akan melepaskan hormon yang 'selesa' yang membantu mengurangkan kemurungan dan juga penat serta mengurangkan selera makan.
4. Memperbaiki keupayaan dalam pemulihan.
Ada beberapa jenis senaman kardio dan biasanya tahap rendah, tahap yang sederhana, mampu mengurangkan masa untuk pemulihan.
5. Penjagaan untuk diabetes.
Akhir sekali, kepada mereka yang menghidap penyakit diabetes atau kencing manis, senaman kardio sangat membantu dalam penjagaan kesihatan penyakit ini.
Lakukan senaman kardio dan tingkatkan keupayaan otot awak !
Jika awak baru saja bermula, perkara pertama ialah fokus dengan aktiviti yang dapat membuatkan awak bergerak serta meningkatkan kadar degupan jantung.
Terdapat dua kunci utama untuk senaman kardio, sebarang jenis senaman boleh jadi seperti jogging atau berbasikal atau sebagainya.
Sekiranya awak mampu lakukan 30-45 minit 3-5 kali seminggu, kemudian langkah kepada fasa yang lebih tinggi. Lebih baik lakukan peningkatan dari segi intensiti senaman ini berbanding volume.
Apabila kita semakin tinggi intensiti, jantung kita akan semakin kuat dan mampu bertahan lebih lama berbanding semasa awal kita lakukan senaman kardio ini.
Cikdewi harap, perkongsian kali ini dapat membantu awak-awak semua !!





























