Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni ada selingan sedikit ye.
Cikdewi tak cerita pasal kesihatan, fitness mahupun senaman sekarang ni.
Apa yang cikdewi nak ceritakan adalah, pasal perasaan dan kegembiraan.
Hari ni sepatutnya hari cuti, tetapi cikdewi kena kerja sebab on call. Tak kisah lah semua tu, yang penting ikhlaskan hati, barulah berkat kerja yang kita lakukan ni. Lepas habis buat semua pesakit dekat ward yang ditentukan, cikdewi pun berjalan-jalan atau lebih tepat singgah kat ward yang cikdewi incharge sekarang, ye lah nak tunggu waktu kerja habis kan sampai pukul 1 petang.
Bila sampai sana, cikdewi pun tegurlah kawan-kawan kat sana, dan mereka semua cerita bahawa mereka akan berbuka puasa dan semua on their boss !
Siap ada jadual dan tarikh lagi tau. Seriously, i'm impressed gilerr. That boss is one of neuro specialist dan memang cikdewi tau dia seorang yang baik.
Bila kita memberi makan kepada orang berpuasa, ganjarangnya adalah seperti orang yang berpuasa juga. Waaa, best kan ?
After that, cikdewi pun balik.
Balik, ye. Tapi bukan ke rumah, cikdewi melencong pula ke Plaza Angsana, Jb. hihihi
Niat di hati nak berjalan-jalan je, tapi tak ada pula yang menarik, jadi cikdewi singgah jumpa kawan saja lah kan.
Bila sampai mereka tegur cikdewi dengan cara yang baik dan alhamdulillah mereka sihat. Sambil-sambil tu, ambil peluang belajar menganyam ketupat. hihihi
Mula-mula memang susah nak ajar orang yang langsung tidak tahu nak menganyam ketupat, tapi cikdewi cuba untuk fikirkan cara yang mudah bagaimana nak mudahkan mereka ingat setiap selok-belok anyaman ketupat tu. Alhamdulillah, berjaya !!
Apa yang buat cikdewi rasa lega sangat, adalah hari ni cikdewi dapat membuat orang gembira. Rasa bersyukur sangat. Alhamdulillah.
Kadang-kala, Allah menduga kita dengan sesuatu yang tidak kita suka, namun Dia memberi sesuatu yang sangat bernilai untuk kita dan mungkin sesuatu itu bukan untuk kita, tetapi kita rasa puas dengannya.
Maaf ye, entri kali ni bukan pasal kesihatan. Tapi insha Allah cikdewi akan update info-info kesihatan nanti ye. Mungkin melalui kejadian yang berlaku pada cikdewi hari ni dapat memberi sesuatu kepada awak-awak semua? hihi

No comments:
Post a Comment