a.navigation {background: #3333ff ;color: #ffffff;margin: 1px;padding: 2px;border-width: 0;text-transform: uppercase;text-decoration: none;font-weight: bold;}a.navigation:hover {background: #333333;color: #ffffff;text-decoration: none;}

encik iklan

Tuesday, 16 June 2015

Macam Mana Nak Bakar Lemak Di Perut ?!

Assalamualaikum dan salam sejahtera ..

Kalau dulu, cikdewi selalu sangat ingat dengan buat sit up banyak kali, boleh kempiskan perut. Jadi, masa jadi student dulu, hampir setiap malam cikdewi buat sit-up. Actually dari zaman PLKN lagi, sampai semua kawan-kawan kat dalam dorm tu, dah faham sangat aktiviti cikdewi before tidur. Masa tu, memang obses giler nak kurus and slim melim. hihihi

Tapi sebenarnya ada pelbagai variety yang awak semua boleh buat untuk dapatkan perut yang kempis dan kuat. Kenapa cikdewi kata kuat? Sebab, bila abdominal muscle kita weak, tu yang senang kena mechanical back pain tu. Salah gerak sikit, dah sakit belakang. So, dengan beberapa jenis senaman dan tips boleh membantu untuk menguatkan otot perut kita di samping mengurangkan risiko sakit belakang.

BURN THE FAT !
Cara yang pertama yang paling bagus adalah lakukan lebih banyak senaman kardio. Antara senaman itu adalah :
Berjalan
Berjoging
Berenang
Aerobics
Berbasikal
Dan juga beberapa aktviti yang high-intensity seperti badminton, tennis, ataupun basketball. Apa saja aktiviti yang akan meningkatkan kadar degupan jantung semasa training dan lakukan selama 20 minit, jantung awak akan berdegup pantas dan membakar lemak.


Sekurang-kurangnya lemak pada bahagian subcutaneous atau pada lapisan paling dekat dengan kulit, kulit awak akan menjadi lebih tegang. Apabila, lemak pada bahagian otot semakin berkurang, awak semua akan mendapati otot menjadi lebih pejal atau toned dan mengurangkan 'flabby'. Perkara pertama yang harus dilakukan adalah kardio. Lakukan sekurang-kurangnya 5 kali seminggu !

BERJALAN sebenarnya mengunakan hampir keseluruhan otot perut untuk bekerja. Pastikan awak semua swing your arms, dan kempiskan sedikit perut semasa berjalan. Tapi, jangan sampai tahan nafas pula ye. Hanya tahan perut tu saja bagi tak kembung ke depan semula, tapi tetap bernafas seperti biasa, kalau tengah baca tu, cuba buat sekejap sambil baca post ni. hihi
Berjalanlah lebih kurang dalam 30 minit, seolah-olah mencapai kesan seperti aerobics. Pastikan mengambil banyak air ye.


WEIGHT TRAINING bukan hanya untuk meningkatkan metabolisma saja, malah turut membantu untuk menguatkan otot dan juga tulang. Kita perlu tahu ye bahawa osteoporosis banyak terjadi pada kaum wanita bila sudah mencapai monopause ye sebabnya kurang lagi rembesan hormon oestrogen yang membantu untuk menguatkan tulang ye. Jadi, kepada wanita comel yang mengamalkan angkat berat (yang minimum) kurang berisiko mendapat osteoporosis dengan cepat. Jangan percaya pada mitos, kononya lakukan senaman weight ni nanti takut badan jadi besar macam abang-abang sado tu. Tidak, ianya lebih kepada membakar lemak dengan lebih cepat, malah mampu membentuk badan kita dengan lebih cantik lagi gituuu. 


YOGA pula, fungsi dia samalah juga macam untuk lebih menambah kekuatan pada otot kita lebih-lebih lagi otot perut dan juga belakang kita. Ianya mampu membetulkan posture badan kita secara tidak langsung. Pilates dan juga sebarang aktiviti mat-based ni adalah salah satu alternatif yang sangat bagus untuk membakar lemak pada perut ye. Paling penting, pilihlah senaman yang awak semua suka supaya awak-awak suka untuk lakukan senaman dan stick pada senaman tu ye.


Sebenarnya yoga atau pilates ni nampak je macam pose dan pose dan pose tapi agak penat kot dan kalau cikdewi yang buat memang confirm sangat berpeluh bagai plus ianya lebih kepada breathing dan relax. Tapi seronok tauuu.
Cuma cikdewi harap awak semua suka ye dengan post kali ni, harap membantu !

No comments:

Post a Comment