a.navigation {background: #3333ff ;color: #ffffff;margin: 1px;padding: 2px;border-width: 0;text-transform: uppercase;text-decoration: none;font-weight: bold;}a.navigation:hover {background: #333333;color: #ffffff;text-decoration: none;}

encik iklan

Friday, 21 August 2015

Program Obesity untuk warga Johor Bahru !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !!

Hari ini cikdewi nak buat satu iklan untuk kakak-kakak dan abang-abang di dalam area Johor Bahru yang sedang berusaha untuk mengurangkan berat badan pada tahap yang ideal.

Saya mencari peserta yang berminat untuk menyertai saya dalam Program Obesity !!
Memerlukan seramai 100 peserta di kawasan Johor Bahru !!


- Hanya rm6/seminggu
- Percuma check up (BP,RBS,BMI)
- Senaman aerobic 3x/seminggu (40minit)
- Ceramah 3x (diet, senaman, gaya hidup sihat)
- Kaunseling makanan 2x

Syarat-syarat penyertaan :
- Lelaki dan perempuan
- Anda perlukan 6 bulan commitment
- BMI haruslah lebih dari 23
- Target kami 5% penurunan berat badan

Anda berminat ?
Bole hubungi 0137357074

Benda ni cikdewi dah pun advertisekan di Facebook dan juga Instagram. Program ini kami akan mula pada bulan 10/2015 nanti. Jika ada di antara awak semua yang berminat untuk join, boleh hubungi nombor yang tertera di atas tu ye.

Memang target kami untuk penurunan berat badan sebanyak 5% tapi, jika peserta boleh mendapat lebih itu adalah bonus untuk awak semua ok !

Apa yang penting, awak semua akan dipantau dari masa ke semasa dan check up akan diberikan secara percuma dan awak semua boleh lakukannya pada bila-bila masa.

Jika ada kawan-kawan yang berminat dengan program ini sila pastikan awak semua menepati syarat-syarat di atas ye. Macam mana pun, ini adalah usaha kami Fisioterapi di Johor untuk membantu awak-awak semua !

Monday, 17 August 2015

Kejohanan Futsal Fisoterapi Peringkat Kebangsaan di Penang !

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !

Alhamdulillah, sekali lagi Allah mengizinkan cikdewi berkongsi info lagi dengan awak semua !
Sepanjang minggu lepas cikdewi sangat sibuk dengan latihan futsal yang akan berlangsung di Penang. Mula-mula macam teruja sangat-sangat, kami pun dah prepare dengan training walaupun nak kumpulkan team yang datang dari jauh macam dari Muar tu kan. By the way, kami wakil untuk Fisioterapi negeri Johor memang berkobar nak buat yang terbaik.

Latihan dilakukan setiap hujung minggu sama ada pagi atau petang, bergantunglah pada mereka yang datang dari jauh tu. Biasanya kami akan training sejam atau sejam lebih lah, mulakan dengan warm up dan latihan sepak bola, pass bola dan menjaringkan gol. Dalam masa sejam sahaja, berapa banyak kalori akan di bakar. Sebab tu cikdewi selalu sangat cadangkan supaya awak semua libatkan diri dengan sukan-sukan yang banyak bergerak sepert ini, kerana banyak kalori yang dapat dibakar dalam satu masa.

Ok, kami bergerak ke Penang pada khamis malam selepas isyak, maklumlah di Johor, hari jumaat cuti, jadi kami pun bergerak pada khamis malam tu.
Sampai di Permatang Pauh pada keesokan harinya, game mula pada hari sabtu, kami pun apa lagi, alang-alang dah sampai berjalan sakan lah sampai penat.


Kami ke Penang Street Art yang memang agak besar, berjalan semata-mata untuk ambil gambar yang unik pada dinding-dinding yang dilukis dengan pelbagai design grafik. Memang menang berjalan je lah, walaupun panas dan memang terasa penat dia sampai melecet kaki kami semua. mau tidaknya, dah macam walkathon dah jalan kat Street Art ni pakai selipar dan sandal pulak tu masing-masing. 
Kalau awak semua nak tahu, dengan berjalan saja mampu membakar 200-300 kalori dalam masa sejam. Kami berjalan pun lebih kurang sejam lebih juga lah.
Penat dia, kami je lah yang tanggung. hihi








Pada hari perlawanan, game memang non stop, gap masa kami hanya jarak satu perlawanan saja, kemudian kena masuk ke gelanggang semula. Jadi, selepas satu game, kami warm up dan stretching, kemudian masuk semula ke gelanggang sehingga lah kami layak ke semi final dan akhirnya ke final. Untuk makluman, warm up dan stretching penting dilakukan sebelum sesuatu perlawanan untuk mengelakkan kecederaan pada otot ataupun ligament. Sekurang-kurangnya kita ada prevention lah sikit kan. hihi





Final, kami berjumpa dengan pasukan dari Melaka, permainan agak sengit sikit sebab payah betul nak gol. Memang rasa seronok, tapi penat sebabnya kami main di gelanggang Fifa yang paling besar tu. Huh ~~
Tapi macam mana pun, sampai habis masa, kami seri 0-0. Lastly, memang penalti lah jawabnya. Macam manapun, pasukan Melaka yang menang, mungkin bukan rezeki Johor untuk menang kali ni, apa-apa pun kami kalah bermaruah dan game sangat memuaskan. Alhamdulillah, perlawanan kali ni memang puas hati yang penting dapat tebus semula kekalahan yang lepas yang tak masuk akal. Eh ?







Cikdewi cuma nak kongsikan pengalaman cikdewi je. Macam mana pun, harap awak semua boleh manfaatkan apa yang cikdewi ada bagitahu info di atas tadi ye. peace !
Stay active and be healthy !

Monday, 3 August 2015

7 tips Untuk Menyingkirkan Selulit Dengan Cepat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni, cikdewi nak berkongsi sedikit tips yang cikdewi pasti semua orang akan suka. Bagaimana nak hilangkan selulit yang ada ni ?
Tahukah awak semua, yang selulit ni bukan mudah nak hilang ia ambil masa sekurang-kurangnya dua minggu untuk kita nampak hasilnya. Oleh itu, apa yang awak semua perlu lakukan adalah dengan cara ini ....

1. Berus kulit anda dengan kerap.
Hanya dengan memberus kering kulit awak tu dengan berus badan yang akan membuang sel kulit mati secara semulajadi. Mulakan dari tapak kaki dan berus secara bulatan dan perlahan-lahan naik ke atas anggota badan yang lain. Lakukan dengan perlahan dan dengan pusingan bulatan.


2. Urutan anti-selulit.
Urutan dengan minyak bijan yang dicampur dengan campuran herba dan garam haruslah dilakukan dengan sesi 'steam' atau sauna. Cara ini mampu membuang toksik dan memperbaiki perjalanan darah dengan lancar. Urutan yang betul mampu memberikan kesan selepas 2-3 kali sesi urutan.


3. Skrub dengan kopi.
Campurkan serbuk kopi dengan air panas dan urutkan secara bulatan pada bahagian kaki dan perut selama 10 minit dua kali seminggu, kemudian mandi seperti biasa. Apabila selesai, sapukan minyak kelapa agar kulit tidak kering.


4. Bersihkan dalaman anda dengan Jus Lemon.
Hanya tambahkan 1 sudu cayenne pepper ke dalam jus lemon. Jadikan ianya fresh. Jangan lupa untuk mengamalkan minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 8-12 cawan untuk mengelakkan sakit ulu hati mahupun acidity.

5. Diet Anti-selulit 
Amalkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuantiti yang lebih, tambahkan halia yang lebih, kayu manis, dan black pepper dalam diet awak ye.

6. Jangan memakai pakaian yang ketat.
Pakai pakaian yang sedikit longgar untuk membantu peredaran darah yang bagus.

7. Senaman = Kardio + Kekuatan + Regangan
Senaman 45 minit dalam 3 kali seminggu, termasuk kombinasi rutin kardio dan senaman kekuatan boleh memberikan result yang awak inginkan. Termasuk squat dan lunges adalah yang paling terbaik dalam rutin senaman awak. Lakukan crunches, leg raises, calf raises, half squat, dan sebagainya mampu membantu awak semua untuk menyingkirkan selulit.


Awak semua adalah digalakkan untuk mengikut tips-tips di atas ataupun lakukan mana yang boleh dan mudah pada awak semua. Namun, apa pun cikdewi nak highlight kan yang senaman, awak semua memang tak boleh skip ok. Macam yang cikdewi pernah bagitahu, kalau dalam toilet pun cikdewi boleh buat half squat, tak kan awak tak boleh kan?
Hope dapat membantu..

Sunday, 2 August 2015

21 Sebab Mengapa Berat Badan Anda Tidak Turun

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernah tak awak semua mengalami masalah di mana awak dah lakukan senaman, diet dan amalkan gaya hidup sihat, tetapi berat badan masih juga tidak turun? Malah, lebih teruk lagi ada yang bertambah berat badan dari berat yang asal.

Bagaimanapun, ada segelintir dari kita berjaya mengatasi masalah tersebut dengan jayanya, dan ada pula yang tidak. Ada beberapa perkara yang awak-awak perlu tahu mengapa berat badan tidak mahu turun dan apakah punca-puncanya.

1. ANDA TIDAK MINUM AIR SECUKUPNYA.
Beberapa kajian menyatakan bahawa minum air yang sejuk boleh membantu mempercepatkan metabolisma dan membantutkan rasa ingin minum air yang bergula seperti soda dan jus (air kotak). Sekarang, inilah sebab mengapa awak perlu minum air !


2. ANDA MERASAKAN CUKUP DENGAN SEKADAR BERJALAN.
Awak semua perlu keluar dari zon selesa, dan lakukan sekurang-kurangnya 30 minit senaman kardio seperti berlari atau pun berenang.

3. TERLEBIH MAKAN MAKANAN YANG SIHAT.
Kekacang, avocado, pasta, minyak zaitun, dan juga dark chocolate sememangnya makanan yang natural dan sihat. Namun, mereka juga mempunyai kalori dan perlu di jaga untuk setiap pengambilannya walaupun ianya makanan sihat.

4. ANDA HANYA LAKUKAN KARDIO
Senaman kekuatan bukan saja untuk mengelakkan kecederaan pada sendi, ia juga mampu menguatkan otot dan meningkatkan kadar metabolic.


5. ANDA LAKUKAN SENAMAN DENGAN PERUT YANG KOSONG.
Jika awak semua biasa lakukan senaman dengan perut yang kosong. Sila rujuk semula, kerana kajian menyatakan jika senaman dilakukan dengan perut yang kosong, kalori yang di bakar di ambil dari otot dan bukan lemak.

6. PARTNER ANDA BUKAN PENGAMAL GAYA HIDUP SIHAT.

7. TINGGALKAN KESEMUA KUMPULAN MAKANAN.
Tinggalkan karbohidrat dan fokus dengan bijirin, tetapi harus diingatkan kawal portion dalam pengambilan makanan.

8. ANDA TIDAK CUKUP TIDUR.


9. ANDA TIDAK CUKUP MAKAN SAYUR-SAYURAN.

10. ANDA MAKAN SAMBIL BERDIRI.

11. ANDA MEMAKAI PAKAIAN YANG TERLALU BESAR.

12. ANDA SEDANG BERDIET. JADI, ...

13. ANDA GEMARKAN PERASA TAMBAHAN DAN TOPPING.
Salad adalah salah satu makanan yang sihat yang awak boleh amalkan, akan tetapi bila awak tambahkan makanan-makanan seperti mayonis, keju, kekacang, buah-buahan kering dan sebagainya. Awak akan menambahkan lagi kalori yang sedia ada.

14. ANDA TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI.
Perlu diingatkan bahawa mereka yang mengambil sarapan pagi kebiasaannya akan mudah mengurangkan berat badan.


15. TIDAK PRAKTIKKAN MENGAWAL PORTION MAKANAN.
Belajar untuk mengukur cawan dan sudu dengan tangan untuk memastikan awak semua mengambil saiz hidangan yang betul. Belajar bagaimana untuk memberikan signal "i'm full' pada badan awak semua, untuk meletakkan sudu dan garfu awak pada masanya dan terus memulakan hari awak-awak semua.

16. ANDA MAKAN TANPA BERFIKIR.

17. ANDA TIDAK 'cut' PEMAKANAN ANDA

18. ANDA MASIH LAGI MENGAMBIL MINUMAN MANIS.

19. ANDA MENYEKAT MAKAN.

20. ANDA TERLEBIH AMBIL MAKANAN RENDAH LEMAK.


21. ANDA MENGAMBIL MAKANAN YANG SALAH SELEPAS WORKOUT.


Mungkin antara 21 sebab di atas ada kaitan dengan awak-awak kat luar tu. Macam mana pun, cikdewi harap awak semua dapat mengubah cara diet awak semua. Untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat, perlulah lakukan dengan cara yang betul. 

Macam mana pun, cikdewi berharap dapat memberikan info yang dapat membantu awak semua. Insha Allah.

Saturday, 1 August 2015

Bagaimana Kegemukan Menyebabkan Sakit Lutut

Assalamualaikum dan salam sejahtera awak-awak semua !!
Cikdewi harap semuanya sihat-sihat selalu ye.

Dalam beberapa hari ni, cikdewi sangat sibuk dengan latihan futsal untuk tournament Fisioterapi Malaysia yang akan di adakan di Pulau Pinang pada 15 Ogos ini. Sajalah nak share kat sini. hihihi
Macam mana sibuk pun cikdewi, cikdewi akan cuba untuk update info-info yang berguna untuk awak-awak semua ye!


Tahukah awak semua bahawa kegemukan ataupun obesity boleh menyebabkan masalah pada sendi. Hal ini, tidak terkecuali dengan sendi lutut, di mana ia adalah sendi yang menampung berat badan kita. Bagaimanapun, bukan hanya berat badan yang berlebihan yang boleh menyebabkan kerosakkan pada sendi kita ye. Haa, lemak adalah salah satu tisu aktif  di mana ia mereka dan melepaskan bahan kimia, dan hasilnya adalah keradangan.


Walaupun hanya mengurangkan 10% dari berat badan awak semua mampu membantu mengurangkan risiko masalah pada sendi lutut. Bagaimanapun, kegemukan adalah salah satu faktor yang terbesar yang menjadi penyebab kepada masalah osteoarthritis kerana ia akan mempercepatkan lagi penggeseran pada tulang rawan pada lutut kita.

Setiap pound berat yang bertambah adalah lebih kurang 4 pound tekanan pada sendi lutut. Jika seseorang adalah 10 pound lebih berat badan, mempunyai 40 pound tekanan pada lutut mereka, dan jika seseorang mempunyai 100 pound lebih berat badan maka, 400 pound tekanan pada sendi lutut mereka.

" So, if you think about all the steps you take in a day, you can see why it would lead to premature damage in weight-bearing joints " says Dr. Matteson 


Jadi, disebabkan inilah mengapa mereka yang mempunyai masalah kegemukan mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat osteoarthritis. Sekali seseorang itu mempunyai masalah sendi, berat yang bertambah akan menyebabkan lebih banyak masalah ke atas sendi yang sudah bermasalah.

Kembali aktif.
Untuk mengekalkan otot, sendi dan tendon sentiasa sihat, kita harus menggerakkan tubuh badan kita. Senaman yang teratur mampu menguatkan sendi lutut dan otot pada bahagian peha serta memberi sokongan pada anggota badan bahagian bawah.


Senaman impak rendah adalah aktiviti paling sesuai untuk dilakukan kerana ianya tidak memberi tekanan kepada lutut.Sesiapa saja boleh berjalan, jangan berlari kerana ia akan memberi tekanan lagi pada sendi lutut. Awak-awak boleh lakukan aktiviti seperti berenang ataupun workout di dalam air, yoga, berbasikal, dan juga rowing. Sekiranya awak-awak semua tidak pasti senaman macam mana yang sesuai untuk awak-awak semua, boleh rujuk pada cikdewi ataupun fisioterapis yang berdekatan dengan awak ye.


Macam mana pun, senaman untuk mereka yang sakit lutut adalah yang paling mudah dan tidak memberi tekanan pada sendi lutut. Cikdewi harap entri kali ni dapat memberi info yang berguna untuk awak semua !