a.navigation {background: #3333ff ;color: #ffffff;margin: 1px;padding: 2px;border-width: 0;text-transform: uppercase;text-decoration: none;font-weight: bold;}a.navigation:hover {background: #333333;color: #ffffff;text-decoration: none;}

encik iklan

Sunday, 11 December 2016

TEAMi : Kelebihan Rosehip



Assalamualaikum dan salam sejahtera =)


Kali ni nak share sikit pasal ROSEHIP ..


APA ITU ROSEHIP
Merupakan buah dari tanaman bunga mawar / buah bunga mawar. Terhasil dari kelopak bunga mawar yang gugur. Dikenali Sebagai Raja segala Vitamin C ( Mempunyai kandungan VITAMIN C YANG TINGGI berbanding OREN iaitu terdiri daripada 80% lemak essential serta Vitamin A & B )


Baik untuk penurunan berat badan.

Teh ini mempunyai hanya 0. 7% daripada keperluan harian gula. Membantu mengurangkan kalori berlebihan. Juga menjadi antara pilihan yang baik untuk penghidap kencing manis.

Mempunyai sifat anti-radang. Kandungan askorbik, asid malic dan sitrik mampu memberikan kelegaan daripada kembung, kekejangan perut, ulser dan CYSTITIS ( SEJENIS KERADANGAN PADA SALURAN KENCING ).

Sedatif ringan dan sifat antidepressant membantu dalam melegakan keletihan dan tekanan juga menggalakkan tidur malam yang lena.


Mengurangkan kadar kolesterol

Kandungan yang tinggi pektin ( SEJENIS ZAT YANG TERDAPAT PADA DINDING @ KULIT TUMBUHAN TERUTAMANYA BUAH-BUAHAN ) membantu dalam menghapuskan lemak dan kolesterol sebelum diserap ke dalam darah. Oleh itu, selain daripada mengurangkan karbohidrat yang berlebihan, ia juga membantu dalam mengawal tekanan darah.

Kajian juga telah menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai obesiti menyaksikan pengurangan yang ketara dalam paras kolesterol dan tahap tekanan darah mereka dalam mengamalkan meminum air rebusan serbuk rosehip setiap hari selama enam minggu.


Anti kanser

Mengandungi antioksidan seperti polifenol, flavonoid, karotenoid, catechin dan leucoanthocyanin. Meminum rendaman rosehip juga dapat membantu memerangi radikal bebas dalam badan kita. Mengurangkan risiko kanser tertentu, terutamanya kanser prostat. Seperti rosehip, teh bunga raya juga mempunyai banyak sifat pencegahan anti kanser. Oleh itu, campuran kedua-dua tumbuhan ini mungkin memberi lebih keberkesanan dalam memerangi sel-sel malignan ( SEJENIS TUMOR ).


Melegakan sakit haid
Jumlah tinggi daripada zat besi yang hadir dalam teh bebas kafein ini membuatkan ia berkesan dalam memberi tenaga akibat kehilangan darah semasa kitaran haid. Pengambilan teh ini juga dapat membantu mengawal tahap hormon dan melegakan gejala pra-haid tertentu seperti sakit dan kekejangan perut.


Baik untuk rambut
Amalan mencuci rambut dengan teh rose hip akan membuat rambut kelihatan lebih bersinar dan lembut teralun. Ia juga boleh digunakan sebagai pewarna rambut untuk menaikkan lagi seri warna rambut agar terlihat kemerahan semula jadi.

HIGHLIGHT DAN ANTARA KELEBIHAN LAIN YANG TERDAPAT DALAM ROSEHIP 


MANFAAT PADA KULIT

- Mempunyai kandungan Vitamin A yang tinggi
- Merangsang penghasilan sel-sel kulit yang baru
- Memperbaiki parut dan luka
- Menjadikan kulit ANJAL & AWET MUDA
- Mencegah @ memperlambat KEDUTAN
- Mencantikkan tekstur kulit
- Menghilangkan bengkak pada mata
- Mengurangkan lingkaran gelap pada mata
- Melembab & mencantikkan kulit
- Merawat jerawat degil
- Mencerah pigmentasi
- Memutihkan kulit

MANFAAT PADA KESIHATAN 

# Merupakan booster kepada sistem imun yang hebat
# Supplemen tambahan dalam merawat demam, selesema dan sakit tekak
# Kandungan vitamin A yang tinggi mampu menajamkan penglihatan mata ( Mengurang rabun ). Sesuai untuk warga emas
# Menenangkan minda
# Mengatasi senggugut
# Melancarkan kitaran haid
# Baik untuk kestabilan hormon
# Melancarkan penghadaman
# Meningkatkan sistem metabolisma dan daya tahan Tubuh
# Melawan bakteria & virus bahaya.
# Baik untuk masalah buah pinggang.
# Baik untuk kesihatan jantung.
# Baik untuk masalah sembelit ringan.
# Baik untuk masalah rheumatiod athritis ( Mengatasi keradangan sendi )
# Mengandungi pelbagai anti-oksida yang tinggi seperti :
FLAVONOIDS
POLYPHENOLS
LEAUCOANTHOCYANINS
CATECHINS

Disebabkan ini, rose hips dianggap sebagai salah satu sumber cancer-preventive ( Alternatif lain pencegahan kanser ) yang amat baik untuk kesihatan.

So, hopefully entry kali ni dapat memberikan sesuatu untuk awak-awak yang masih tercari-cari bahan semulajadi yang sesuai untuk kulit dan juga dalaman kita ..=)


rosehip, senggugut, kulit cantik, metabolisma, hormon, stabil, bakteria, kesihatan, semulajadi, penurunan berat badan, kurangkan kolesterol, anti kanser

TEAMi : Lemon Verbena

Assalamualaikum dan salam sejahtera ..

Hari ni kakwi nak share dengan korang kelebihan salah satu Natural Flower yang korang boleh amalkan untuk menjaga kesihatan korang ok .

.
KHASIAT LEMON VERBENA

Lemon Verbena adalah herba perubatan wangi yang mempunyai ciri-ciri antiseptik, anti-radang, dan ekspektoran yang sederhana. Lemon verbena adalah sangat baik untuk saluran pencernaan kerana ia dikenali sebagai baik untuk melegakan rasa loya, kekejangan, kembung, senak, pedih hulu hati, kembung perut, cirit-birit, perut atau kekejangan gastro-usus, dan kerengsaan usus besar.
Ia juga sering digunakan sebagai bantuan pelangsingan semulajadi kerana ia telah terbukti untuk membakar lemak, menurunkan berat badan, mengecilkan bahagian peha, punggung, lengan dan kaki. Menyingkirkan lemak. Menghilangkan lebihan lemak dan air. Mencegah kegemukan, menghilangkan perut buncit & menggeleber. Membantu penghadaman, memecahkan selulit, dan mengawal selia metabolisme.

Lemon verbena amat berkhasiat untuk penyakit Crohn, kolitis, penyakit celiac, sciatica, gerenyet saraf dan kutu, dan apa-apa penyakit yang berkaitan dengan tekanan.
Lemon verbena juga berfungsi sebagai penawar semula jadi untuk penyakit Candida ( Penyakit berkaitan MISS V seperti, keputihan, berbau, gatal ) kerana sifat-sifat anti-fungal yang kuat.
Lemon verbena juga amat baik untuk sistem saraf dan boleh membantu merehatkan saraf dan otot, menenangkan fikiran, mengurangkan kemurungan, mengurangkan kebimbangan, dan memberikan rasa keamanan keseluruhannya
 .

Lemon verbena juga berkesan melonggarkan dan mengeluarkan lendir dari paru-paru dan saluran sinus dan boleh membantu dalam memberikan kelegaan daripada gejala-gejala selesema, batuk, asma, sinus dan jangkitan pernafasan.

Ia juga membantu dalam mengurangkan demam dalam badan. Lemon verbena sering digunakan oleh wanita untuk membantu mengawal kitaran haid dan mengurangkan gejala PMS. Lemon verbena mempunyai bau lemon atau serai yang agak kuat dan merupakan antara perisa tambahan yang bagus untuk kuah salad, smoothie, salad buah-buahan, barang-barang bakar, nasi beraroma dan sayur-sayuran.

Cr : ArieDwen
Tambahan Nota :
VERBENA JUGA DIPERCAYAI DAPAT MERAWAT VENA VERIKOS YAKNI URAT SIMPUL YANG MENGAKIBATKAN SALURAN DARAH TERSEKAT. KERAP TERJADI DIBAHAGIAN KAKI. JADI TUMPUAN VERBANA MERAWAT URAT SIMPUL SAMBIL MENGECILKAN PEHA YANG LEBAR 

So, hari ni kita dapat belajar something kan apa yang ada pada tumbuhan kecil yang unik ni ..
Jika ada sebarang pertanyaan, feel free to comment or drop your email on sangdewimaa@gmail.com atau PM 0137357074 untuk pembelian Flower Tea ..
Semoga info kali ni bermanfaat .=)

lemon verbena, health, flowertea, merawat, varicose vein, PMS, MISS V, selsema, rawat, antiseptik, antibakteria, nak cantik, nak sihat, muahciked 

Saturday, 10 December 2016

Hilangkan Masalah Faraj Berbau

Assalamualaikum dan salam sejahtera ..

Dah lama tak buat sharing pasal kebersihan perempuan.
Sudi tak nak baca???

Tak kisah lah korang baca atau tidak. Saya nak share tentang " FARAJ BERBAU"
Masalah faraj berbau meloyakan ni selalunya akan berbau kuat masa time datang bulan nak habis. 
Bab tang ekor - ekor tu. kejap ada darah, kejap takde darah. Tapi bila kencing nak cebuk ada darah pulak. 
Tapi kat pad takde darah. Hah !!! Bab ni memang faraj busuk tak boleh buat main.

Meh saya nak SHARE,
Time ni rahim tengah kembang. 
Awak jangan minum ais tau. Jadi bila darah dah habis lendir - lendir akan turun pulak. 
Habiskan je lendir - lendir tu keluar. 
Mesti dikeluarkan sebab Lendir tu yang busuk awak.


Di JSD ni ada 1 kaedah nak bagi Lendir tu keluar dan cepat menghabiskan bau busuk.

Caranya: masukkan susuk kekal dara sebiji.
Nanti di ari - ari rasa merengat - rengat macam sengugut.

Kadang - kadang darah yang ber ekor tu, boleh sambung period balik. 
Sama ada dalam bentuk ketulan mahupon darah segar. Masa tu biarkan sahaja darah atau lendir keluar dengan banyak.
Jika masih berbau lagi, tetapi darah masih keluar ber ekor - ekor. 
Saya galakkan makan coklat love habibi untuk melancarkan datang bulan. Biar darah berketul keluar dan darah lancar.
Bila darah dah stop. Bersihkan sisa darah dan lendir - lendir darah bayu dengan insert skd2.
Ketika, skd2 dikeluarkan dari faraj. Bentuk herba akan berubah dan mungkin berbau busuk. 
Ketika itu percaya lah.. bersyukur sangat - sangat penyakit dalam rahim kita dah berjaya dikeluarkan.

Selain kita fikir nak jimak ketat dan sedap.
Korang kena fikir, kebersihan dan kesihatan tu jaga dulu.
Jangan fikir nak main sedap ketat sendat fikir skd2.
Awak kena fikir juga tentang kebersihan faraj. Pastikan faraj awak tak berbau.

Faraj berbau ni datangnya dari dalam faraj tau awak. Awak kena rajin bersihkan. 
Kalau awak tak bersihkan, kain, seluar, skirt turut bau sama tau.
Jangan kata malu kat suami.
Malu kita dengan kawan-kawan dan sesiapa yang dekat kat kita. 
Bau faraj kuat tau awak. Lebih kuat dari bau ketiak bangla.
Kalau awak loya bau ketiak bangla,
Awak kutuk - kutuk kan??


Awak boleh imagine macam mana orang loya bau faraj awak tu.
Kadang - kadang orang tak dapat nak kenal pasti tu bau faraj. 
Tapi orang lebih senang sebut bau badan.
Tapi logik akal la.. 
bau badan macam bau ketiak.
Tapi bau tu kau macam pelik sikit.
Bau macam loya - loya mual.


Saya nasehatkan pada kawan - kawan perempuan.
Jaga lah kebersihan faraj.
Tak kisah lah..
Awak bertudung atau tidak.
Berniqab atau tidak.
Bersuami atau tidak.
Jaga lah. 
Tempat tu busuk tau awak.
Kita tak boleh nak servis tempat tu kat saloon.
Hanya kita je yang mampu bersihkannya sendiri.


Untuk penjagaan luaran, awak cuci lah guna feminine wash jsd. Itu pon luaran je tau awak.
Dalaman lendir tu memang kena bantuan herba untuk serap.

Awak nak cerita lanjut. Awak inbox lah stokis - stokis jsd nanti dia akan bantu awak guide macam mana nak pakai.
Maaf sayang.
Jangan inbox saya tau.
Saya tak sediakan konsultasi peribadi mahupon jual produk kat uolss.
Awak inbox depa kat fb yang ada badge ya.

Ok hawak.
Cuci tau.
Jangan sampai bau ucuk ya !!!


Kredit: DS Hanni Borhan.

Untuk maklumat lagi details meh pm sy 0137357074
Sy agent sah Jamu Susuk Dara ..

#feminine wash #susuk kekal dara #masker vagina #jamu susuk dara #hilangkan bau busuk #faraj berbau #hilangkan lendir

Friday, 9 December 2016

Kelebihan Natural Flower Tea

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah lama sangat kakwi tak buka blog ni kan ..
Memang dah bersawang sangat lah ..
By the way, sementara tengah ada idea nak tulis blog ni, kakwi nak share sikit pasal Flower Tea ni ..


Biasa kakwi selalu share pasal detox guna buah-buahan seperti lemon and so on.
But, do you know, the flowers also have their own benefit which very good for health ..
Kenapa selama ni tak tahu ek ?
Mungkin sebab tak cukup nak kaji kot ..
hihi ..


Apa yang kakwi tau, ada banyak jenis Flower Tea ni ..
As example, ada Apple Flower, Chamomile, Chrysanthemum, Jasmine, Lavender, Ester Lily, Rosemary, Roselle, Stevia dan macam-macam lagi yang dipelbagai kan ..
Dan setiap satu bunga-bunga ni ada kelebihan dan fungsi masing-masing ..
Dari untuk sihat, nak cantik, sampai lah yang ada masalah tidak cukup tidur ..
Penyediaannya pula mudah sebab bunga-bunga ni dikeringkan dan boleh dibuat minum terus ..


Macam seronok je dengar kan ?
Apa kata, kita try satu kan ?
Kakwi punya parcel akan sampai dalam 2 atau 3 hari lagi ..
Kalau rasa nak try, boleh pm kakwi direct je 
0137357074 untuk more details ok ..


#TEAMi #flowertea #natural #detox #naksihat #nakcantik #kesihatan 

Monday, 26 September 2016

Jamu Susuk Dara : Coklat Love Habibi

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalamualaikum 😊
COKLAT LOVE HABIBI untuk siapa?
👉🏼 lelaki, perempuan,yang dah kawen, yang belum kawen, yang tua, yang masih muda, remaja.
👉🏼 yang baru mula nak berjamu
👉🏼 yang nak jaga kesihatan
👉🏼 yang ada migrain
👉🏼 yang ada banyak angin dalam badan
👉🏼 yang ada banyak toksin dalam badan
👉🏼 yang kitaran period tak teratur setiap bulan
👉🏼 yang period tak lawas..datang sikit2 dan sekejap2
👉🏼 yang selalu senggugut/PMS
👉🏼 yang selalu moody semasa datang period
👉🏼 yang badan selalu letih2, lemau2, malas2,lesu2, lenguh2
👉🏼 yang perut selalu sebu/pencernaan tak berapa bagus
👉🏼 yang selalu sembelit
👉🏼 yang peredaran darah dalam badan tak lancar
👉🏼 yang ada tekanan darah tinggi (bergantung kpd bacaan tekanan darah)
👉🏼 yang ingin turunkan berat badan
👉🏼 yang hormon tak stabil
👉🏼 yang kurang nafsu (bagi yang dah berkahwin)
👉🏼 yang inginkan zuriat (isteri: makan semasa period..sebelum waktu subur, berhenti semasa dan selepas waktu subur wanita//suami: makan setiap hari)
👉🏼 yang penat bekerja dan perlukan tenaga tambahan
Nak tau lagi lanjut, meh pm kakwi 0137357074

 
#coklatlovehabibi #cantik #menawan #manis #mantap #penuhrahsia #agentJSD #teamJOMSHOPPE #sayajualsayapakai #muahciked #dzyabeauty #nakkurus #nakcantik #jagaluardalam 

Friday, 17 June 2016

Nak Kurus Untuk Raya Ni !!

Assalamualaikum dan salam ramadhan semua !
Dah lama sangat dah cikdewi tak update berita kat blog ni kan. Bukan apa keyboard laptop cikdewi not function well, so memang agak payah nak update apa-apa. Ni dah tukar baru baru feel sikit tulis blog compare to write in the phone.

By the way, dah lama tak ada idea nak update blog ni. But suddenly, bila chat dekat group SMULE i all. Boleh open cerita pasal nak kurus pula. hihihi
Mostly, setiap wanita nak nampak cantik dan berusaha untuk kuruskan badan dan ambil peluang dalam bulan puasa ni untuk loose weight.
Tapi persoalannya, boleh ke ?

Boleh sebenarnya. Tapi sebaiknya adalah kita start dari sebelum puasa lagi, barulah kesannya kita akan lebih nampak dan lebih semangat nak teruskan rutin senaman yang kita dah mulakan. Siapa setuju ?

Ok, cikdewi akan share sikit beberapa senaman dan amalan yang boleh anda semua lakukan. Insha Allah. =)

1. Sahur.
Sahur ni penting sangat. Selain dari kita akan dapat keberkatan sahur ni, kita juga boleh elakkan dari terjadinya dehydration dalam badan kita. 
Antara makanan yang sangat sesuai di ambil sewaktu bersahur adalah, 
i. Secawan susu
ii. Bijirin
iii. Kurma (seharusnya)
iv. Air masak
v. Roti wholemeal
* kalau rasa nak makan nasi, jangan ambil terlalu berat, kerana ia akan buat anda cepat lapar.


2. Senaman ringan selepas subuh.
Buatlah senaman regangan sikit untuk melegakan otot-otot kita. Selain dari tu, bila tengah gosok gigi dalam bilik air tu, try lah buat squating. At least, it something than nothing. 
Lepas tu, boleh buat dhuha dah.

Squats are a Runner’s Best Friend

3. Plank sebelum berbuka.
Balik kerja je, kita akan mandi dan terus ke dapur. lepas habis masak tu. Hidang dulu makanan. Lepas tu, tutup lah makanan tu. Ambil masa dalam 1 minit. Buatlah plank, bagi panas sikit badan tu. Sekurang-kurangnya perut kita ready nk bakar apa yang bakal kita makan nanti.

Elbow-Plank

4. Solat dan terawih.
Kita pun tahu solat adalah senaman yang baik untuk kita, sebabnya pergerakan dalam solat tu sendiri. So, kat sini cikdewi boleh tambah sikit satu elemen yang agak menarik, iaitu cuba kempiskan perut anda semasa sedang rukuk atau sedang sujud. Kalau rasa nak buat masa berdiri pun boleh. Tapi........ JANGAN TAHAN NAFAS ye. Anda hanya perlu kempiskan perut dan tahan perut tu je. bernafas seperti biasa. Tak biasa, boleh cuba dulu lama-lama nanti mesti boleh. =)

Senaman ni, kat mana-mana pun boleh buat, nak perut kempis trylah buat.

Well, nak kurus bukan sesuatu yang mudah. Kita kena korbankan banyak perkara. Antaranya adalah nafsu makan kita sendiri. Bagaimanapun, jangan bersedih selagi anda tahu apa yang anda mahukan, teruskan sampai habis dan cikdewi harap perkara ini akan berterusan walaupun dah habis raya. Bukan masa raya tu boleh stop ye, hihihi
Harap dapat membantu. Bye !

Friday, 25 March 2016

10 Sebab Kenapa Mesti Best friend dengan Fisioterapi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Hope you guys dalam keadaan yang sihat sejahtera hendaknya. Mesti dalam kalangan you all semua mesti ada terbaca tentang isu kat Facebook mengenai nurse cun post pasal 10 sebab kena ambil nurse sebagai isteri. Alhamdulillah, sangat panjang dan berguna sungguh.

Ok, kat sini cikdewi nak share sikit 10 sebab kenapa you all kena kenal Fisioterapi.

I miss them all.

1. We all peramah.
Cuba lepak dengan dia orang ni sehari, walaupun baru kenal, boleh terus jadi best friend. Tak percaya, cubalah.
Siap dia orang ni boleh share tips macam mana nak sado bahagian lengan, macam mana nak kurus, macam mana nak bagi besar bahagian ini, itu dan sebagainya.


2. A good listener.
They all dah di train untuk mendengar segala keluhan dan sakit yang pesakit alami, walaupun tau ianya hanya propa je. Tapi, dia orang tetap memberikan anda layanan yang terbaik. Kalau you all nak tanya apa-apa pun dia orang ni akan cuba jawab. Mesej untuk tanya masalah pun dia orang akan cuba imagine apa jenis masalah yang you all tengah hadapi. (Mostly, mesti pasal injury)


3. Tak pernah kisah.
Walaupun pagi-pagi dah bersiap cantik, nak pergi kerja nanti tengah hari kau orang tengok lah dah comot sana sini. Sebab rawat patient. Kadang-kadang keluar shopping pun pakai simple-simple je. Pakai tshirt dengan jeans pun jalan je.
Kalau nampak vogue sikit tu, maknanya tengah lebih rajin sikit daripada biasa. Haha


4. Tak memilih.
Apa yang ada, dia orang ni belasah je. Tak memilih dan terima apa adanya. Kalau bab berkawan, kalau orang tu boleh masuk kepala, tak sombong memang boleh terus ngam. Kalau bab makan, sedap, halal dan buat meleleh air liur. Boleh habis berpinggan. Haha


5. Lean body.
Kalau dah setiap hari berjalan ke ward sana sini, dah buat exercise cardio free-free je. Lepas tu buat exercise kat patient dan diri sendiri. Buat senaman weight gunakan badan patient, ye la, kena tolong pesakit transfer pergi wheel chair lagi kalau patient tu, tak kuat silap-silap memang kena angkat (memang selalu macam tu pun). Kalau you all ada pengalaman tengok Fisioterapis buat kerja, you all akan faham macam mana susahnya diorang berpeluh dan bersungguh-sungguh nak turunkan patient ke wheel chair.


6. Boleh bergerak seorang.
Kalau you all tinggalkan dia orang ni buat kerja sorang-sorang pun dia orang boleh handle. Apa tidaknya, kalau setiap waf-wad disiplin tu seorang je yang incharge. So, dia orang ni belajar berdikari sendiri.


7. Dah biasa kena maki.
Kalau dah setiap kali datang tau nak suruh patient buat itu dan ini, ada orang memang tak suka. Menganggu ketenteraman katanya, tapi kami hanya menjalankan tugas yang hakiki. Maka, jika dimarah oleh pesakit pun kami cool je. Dan cuba pujuk patient. Kalau tak jalan juga, dengarlah tazkirah percuma dari dia orang ni. Hihi


8. Boleh jadi partner workout atau pun di workout kan.
Most of them, kalau bab senaman dia orang tau apa yang patut buat, macam mana nak kurangkan sakit and so on. Kalau you all rasa nak workout tapi ta ada kawan, cari mereka ni. Well, macam mana pun setiap dari mereka ada kelebihan masing-masing. Kalau dapat yang boleh train you all tu, grab the chance!


9. Boleh bergelak sakan tanpa peduli dunia sekeliling.
Cuba try lepak dengan dia orang ni kat satu tempat. Kalau tak bising, memang tak sah. Kalau tak menyakat, memang tak sah. Yang penting, no offended!
Kat mana-mana mesti yang paling meriah adalah group fisioterapi (ni kalau kat terlibat dalam society hospital). Maybe sebab mereka ni born to be a physiotherapist la kot, sentiasa ceria dan follow instinct.

Ni kawan nurse cikdewi yang cun melecun, berapa kali tegur terus boleh ngam. Sayang lia :)

10. Always be happy and positive
Walaupun macam-macam masalah dan jenis complain yang datang. They all tetap cheer and relax. Kadang kala, setiap kali rawat patient tu memberi kesedaran pada kami, untuk lebih beringat dan beramal. We all pun bergabung dengan cik cik misi yang ada kat hospital tak kira lah klinik atau pun wad. Apa yang penting, kerjasama!

Wednesday, 23 March 2016

Vertical run 2016 !!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua !

Apa khabar anda semua? Cikdewi harapkan yang baik-baik saja lah hendaknya. Ok, pada entri kali ni, cikdewi  nak share sikit mengenai pengalaman cikdewi join vertical run atau vertical challenge pada 19 Mac hari tu. So far, feedbacknya memang lah positif dari side cikdewi, sebab belum pernah try lagi challenge yang macam ni kan. Tapi macam mana pun, persediaan untuk melalui hari yang mencabar ni juga penting sangat-sangat untuk elakkan sebarang kecederaan atau kebarangkalian yang bakal berlaku.


Apa yang cikdewi lakukan semasa proses training sebelum tibanya hari vertical challenge ni, cikdewi dan kak mai akan plan hari untuk training. Kami akan peruntukan lebih kurang sejam lebih hingga dua jam untuk training.

Mula-mula sekali, stretching dulu yelah takut cramp bila habis training nanti. Hihi
Next, kami akan jogging sama2. Maximum cikdewi akan lari sebanyak lima pusingan Taman Setia Tropika tu, cuma ada ketika tu, cikdewi ada sedikit injury kat kaki selepas naik gunung pulai tu.

Ok, selepas habis lari, kami akan ambil masa sedikit untuk teruskan latihan mendaki tangga yang ada kat taman tu. 
Macam mana pun, percubaan pertama kami dapat achieve 600 anak tangga, dan sejak tu kami akan maintainkan 600 anak tangga setiap kali training. Ini adalah persediaan.


So, hari yang dinanti dah pun tiba. Kami sampai ngam-ngam masa orang tengah berzumba untuk warm up dan senaman regangan. Eh, lupa pulak nak cerita kami ambil bahagian dalam kategori public iaitu 2km larian, dengan 916 anak tangga.

Ok, selepas habis warm up tu kami diberi taklimat yang di mana kami akan berlari menaiki tangga di dalam sebuah bangunan pejabat tidak jauh dari tempat kami berkumpul. And then untuk kategori kitorang ni cuma lari 2km and lari 20 tingkat anak tangga je. Hihi
So far cikdewi dapat habiskan dalam masa 20minit hingga sampai ke garisan penamat. Alhamdulillah.


Macam mana pun, cikdewi sangat teruja bila jumpa dengan orang-orang yang hebat dan lari memang laju gila! Haha
Apa-apa pun, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kalau nak lakukan sesuatu mesti bersungguh!


So, sampai sini dulu story cikdewi ye .. Jumpa lagi !

Tuesday, 8 March 2016

Let's build fitness!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Its been so long that i haven't write my blog. Mungkin dah bersawang pun sekarang ni. So, hari ni kita bersihkan sikit dengan satu aktiviti yang cikdewi nak syorkan pada u all semua!

Sebelum ni, cikdewi ada suggest kat u all untuk lakukan senaman di gym, untuk workout dan aktif dalam studio class, ataupun di taman permainan untuk jogging ataupun melakukan aktiviti workout juga untuk slim down atau bakar kalori. Why not, kita tambah sikit kelainan pada rutin kita tu. Barulah badan tak merasa bosan.


Salah satu cara cikdewi, cikdewi suka join open running atau public running yang melibatkan orang awam untuk turut serta berlari. Biasanya ia dipanggil charity run atau nama komersial yang lain oleh penganjur. Baru-baru ni, cikdewi ada join satu nightrun di UTM, Skudai di Johor. Biasanya cikdewi join charity run ni di waktu pagi, ini kali pertama join nightrun. Pada pandangan cikdewi ianya agak mencabar juga. 


Sebabnya ia diadakan pada waktu malam yang memerlukan fokus dan untuk elakkan sebarang kecederaan. Jadi kita akan banyak menggunakan proprioception, balance dan coordination. Dan apa yang paling penting, tak panas so tak ada lah muka kita ni nanti burn dek terik matahari (sengih).


Jadi, lepas habis lari, balik ke rumah, mandi dan terus tidur. Waktu tu, badan kita akan rehat dan tidur kita lebih berkualiti dan tak akan terganggu (senyum).

Another option, u all boleh try hiking. Seronok sebenarnya tengok keindahan alam sambil kita tengah bernafas kuda kerana nak mendaki gunung.


So far, cikdewi boleh suggest untuk beginner macam cikdewi ni, kalau kat JB bole try Gunung Pulai. Yang dekat hutan rekreasi tu. Dekat situ, memang ada trek tersedia untuk kita daki. Jalan pun jalan tar. Memang seronok lah. Jauh perjalanan mendaki tu lebih kurang 4km lebih. 


Sepanjang perjalanan nak naik ke puncak tu, memang pokok saja lah. Lepas tu boleh dengar bunyi air terjun. Kat situ memang ada tempat mandi air terjun.

Selain dari tu, dengan hiking ni boleh train kita punya fitness dan senaman yang bagus untuk jantung kita.


Kalau ikut pengalaman cikdewi, masa kita nak naik ke atas tu, kita akan nampak uncle-uncle and auntie-auntie dah nak turun dah pun. Agak-agak? Mereka ni boleh dikatakan hampir setiap pagi akan mendaki Gunung Pulai tu. Memang rasa tercabar juga lah kan sebab mereka lagi tua dari kita tapi masih lagi fit untuk mendaki gunung. Terbaik.


Kalau ikutkan nak masuk Gunung Pulai ni free je, cuma parking je la berbayar. Dan ada kemudahan tandas awam dan juga berbayar (sengih).


So, the point is kalau nak seribu daya, tak nak macam-macam alasan boleh di bagi. Cabar badan kita supaya tidak berada di zon selesa yang mungkin akan menyebabkan plato (badan tak ada perubahan) yang disebabkan rutin yang sama. Badan kita perlu di cabar supaya ia mampu bekerja dan membakar kalori dengan lebih banyak. Sebab tu senaman perlu di selangi dengan proses recovery untuk badan berehat.


Agak-agak boleh faham apa yang cikdewi nak sampaikan? Kalau rasa ada  pertanyaan, boleh comment di bawah la ye (sengih). Semoga dapat membantu.

Keyword : fitness, hiking, running

Saturday, 13 February 2016

Kesihatan Wanita : 9 Jenis Vitamin Yang Wanita Mesti Ambil

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini, cikdewi nak ceritakan sedikit mengenai jenis-jenis vitamin yang patut di ambil oleh wanita. Hal ini, kerana wanita mengalami haid, hamil malah berisiko untuk menghidap osteoporosis di sebabkan pengurangan hormon apabila lanjut usia.

So,kita straight to the point saja lah ye.



1. Vitamin A
Vitamin , lebih cenderung kepada kesihatan untuk mata yang boleh di dapati secara natural dengan hanya memakan lobak merah. Jika diambil dalam kuantiti yang terkawal ia mampu membantu dari segi penjagaan diet supaya tidak kekurangan zat di dalam badan. Selain membantu penjagaan mata, ia juga mampu memberi kebaikan dari segi kesihatan jantung malah baik untuk kesihatan kulit dan mengekalkan keremajaan.



2. Omega 3
Minyak ikan lebih cenderung jika dikaitkan dengan Omega 3 ni. Fatty acid yang terkandung di dalamnya dipercayai dapat megelakkan dari risiko kanser, mengurangkan risiko sakit jantung, da membantu mengurangkan depression.



3. Vitamin C
Kebanyakkan kita mengetahui kesedapan vitamin ini dengan rasa manisnya sedari tadika lagi. Ibu-ibu kita dulu menggalakkan kita minum jus oren disebabkan adanya vitamin C, Kebaikkan vitamin C adalah ianya bagus untuk antioksida dan termasuk untuk memulihkan luka, menghasilkan sel darah merah, meningkatkan sistem imun, dan mengelakkan dari serangan jantung.



4. Kalsium
Wanita adalah lenih cenderung untuk mendapat osteoporosis iaitu sakit tulang,maka kalsium adalah bahan mineral yang sangat penting untuk di ambil oleh kaum wanita. Disebabkan perkara ini, doktor aka mengesyorkan anda untuk mengambil supplement kalsium untuk menjaga tulang anda.
Bagi wanita post-menopose digalakkan mengambil kalsium 1200 miligram manakala pre-monopose digalakkan ambil 1000 miligram kalsium.



5. Vitamin B
Keluarga B ni memang sangat besar. Anda boleh mengambil supplement B complex untuk kesihatan anda. Vitamin B, membantu untuk mengekalkan kesihatan otak malah membantu untuk mengekalkan tone otot, dan menghasilkan sel baru.



6. Probiotic
Probiotic membantu untuk mengawal masalah pencernaan. Malah ia juga membantu meningkatkan sistem imun. Selain itu, prebiotic mampu mengelakkan anda mendapat masalah pada bahagian bowel.



7. Iron
Satu lagi mineral yang boleh di ambil untuk kaum wanita mahupun lelaki, tetapi lebih baik untuk wanita. Kerana, wanita yang melahirka anak perlu ambil lebih iron untuk proses pemulihan, begitu juga sekiranya lanjut usia, untuk megelakkan sebarang komplikasi. Kekurangan iron dikhuatiri anda berpeluang mendapat anemia dimana sel darah merah berada di paras yang rendah.



8. Vitamin E
Satu lagi antioksida yang bagus, membantu menghasilkan sel darah merah, dan melambatkan proses penuaan sel.



9. Vitamin D.
Kebaikkan vitamin ini, adalah meningkatkan sistem imun. Disamping tu,ia mampu melawan sel kanser dan ada yang berpendapat ia mampu mengelakkan risiko barah payudara sebanyak 50%. Vitamin D juga membantu badan kita menyerap kalsium, di mana menjadi gabungan Vitamin D dan kalsium sebagai perisai untuk melawan risiko penyakit. Membantu kesihatan tulang dan sistem badan pada masa yang sama.

Kebanyak jenis vitamin di atas sangat berkait antara satu dengan yang lain. Oleh itu, jom kita pakat ambil makanan yang sihat untuk menjaga kesihatan yang optimum untuk masa akan datang.


keyword : kesihatan wanita, antioksida, mengelakkan penyakit, sistem imun, masalah pencernaan, Omega 3, Vitamin A, Vitamin C, Vitami D, Prebiotic, Iron, Vitamin B.