a.navigation {background: #3333ff ;color: #ffffff;margin: 1px;padding: 2px;border-width: 0;text-transform: uppercase;text-decoration: none;font-weight: bold;}a.navigation:hover {background: #333333;color: #ffffff;text-decoration: none;}

encik iklan

Saturday, 6 June 2015

Couple Workout Sangat Menyeronokkan !

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah pagi ni, dengan izin Allah cikdewi dapat bangun awal sikit dari biasa (untuk hari cuti) untuk solat subuh dan kemudian keluar rumah dan berjoging serta tidak lupa dengan simple workout yang cikdewi reka sendiri. hihihi

Entri kali ni, bukanlah nak cerita tentang workout yang cikdewi lakukan, tetapi cikdewi nak share pasal couple workout.
Pasal apa, cikdewi scroll handphone kt FB dan dapati ramai pula kawan-kawan cikdewi yang dah berumahtangga. Bahagianya !

Jadi, cikdewi terfikir pasal couple workout ni. Dekat oversea mereka memang kerap lakukan rutin ini bersama yang tersayang mahupun sahabat handai. Sebab apa, bila berdua kita akan sama-sama membantu dan lakukan rutin dengan lebih baik.
Jadi, why not kita pun lakukan perkara yang sama juga kan ?

Now, kita mulakan dengan senaman regangan.
Senaman regangan kita boleh lakukan bersama-sama dengan cara yang mudah. Selain itu, saling membantu satu sama lain.



Selepas aktivit regangan, kita mulakan dengan aktiviti workout yang cikdewi boleh cadangkan dan boleh dilakukan bersama yang tersayang mahupun sahabat handai.

1. Push up.




2. Crunches


Senaman ini boleh dilakukan secara berhadapan atau sebelah menyebelah, tapi cikdewi lebih suka lakukan secara berhadapan supaya kita boleh menahan kaki masing-masing dan posisi badan tidak berubah.

3. Leg Raise.



Senaman ini untuk kekuatan otot perut juga kaki yang dilakukan secara serentak atau pun combination. Caranya baring dan berpaut pada kaki pasangan, angkat kedua belah kaki secara perlahan ke atas, dan pasangan dikehendaki menolak kaki yang di angkat ke bawah manakala, si pembaring, haruslah mengawal kaki jangan terus terjatuh.

4. Lunges



Nampak simple, awak-awak boleh variety kan senaman ni, sebagai contoh passing bola semasa lunjurkan kaki ke hadapan.

5. Squating.
Pelbagai gaya boleh dilakukan dengan squating ini, boleh rujuk gambar di bawah sebagai panduan.









6. Plank dan Side Plank.
Sebagaimana yang kita maklum, plank adalah senaman yang bagus untuk menguatkan core muscle, dimana ia adalah idaman setiap wanita mahupun lelaki.
Mari ikut cara-cara ini.











7. Leg Press.
Leg Press biasa dilakukan dengan menggunakan peralatan yang ada di gymnasium. Tapi, jika adanya pasangan untuk workout, kita masih boleh lakukannya. Macam mana ?







Ok, gambar terakhir tu agak payah nak lakukan tapi ianya tidak mustahil ok. Cume core muscle perlu kuat, barulah boleh balance. heee

Jadi, macam mana ?Bila lakukan senaman bersama ianya akan jadi lebih seronok malah tidak bosan kerana keseorangan. So, cikdewi sangat megalu-alukan awak-awak semua supaya janganlah malu untuk lakukan senaman dekat taman-taman yang biasa orang ramai joging tu. Mereka tak kan kisah pun apa yang berlaku di sekeliling kerana mereka sedar semua orang sedang melakukan senaman.

Cikdewi harap entri kali ni dapat membantu sedikit sebanyak.

No comments:

Post a Comment