a.navigation {background: #3333ff ;color: #ffffff;margin: 1px;padding: 2px;border-width: 0;text-transform: uppercase;text-decoration: none;font-weight: bold;}a.navigation:hover {background: #333333;color: #ffffff;text-decoration: none;}

encik iklan

Thursday, 25 June 2015

Makanan Sebelum Tidur Yang Mampu Membakar Lemak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Snack di waktu malam boleh juga membantu awak semua untuk mengurangkan berat badan seandainya awak mengambil pilihan 'calorie-conscious'. Snack yang sedap iaitu rendah kalori boleh membuatkan awak berpuas hati dan membantu dalam mengawal berat badan. Elakkan dari mengambil makanan yang tinggi kalori seperti biskut, chips kentang, roti dan makanan yang tinggi dalam kalori ditambah pula dengan adanya tambahan gula, perisa tambahan dan garam yang kita tak tahu berapa banyak dalam makanan tu.
Snack yang sihat mengandungi 100 hingga 300 kalori dan tinggi serat di mana akan membuat awak berpuas hati sepanjang malam.


Buah-buahan dan Sayur-sayuran.
Pisang adalah makanan yang sangat sesuai untuk di ambil pada waktu malam. Seperti buah-buahan yang lainnya pisang mengandungi gula semulajadi dan serat diet yang dapat membuatkan awak rasa kenyang. Lakukan sesuatu yang kreatif, Potonglah pisang tu kecil-kecil letak sedikit mentega kacang di atas sekeping roti yang mengandungi grains.
Cubalah juga lobak merah dibuat sup. Selain itu, kisar lemon, apple, limau nipis, yogurt rendah lemak dan bayam untuk mendapatkan smoothie yang rendah kalori. Yummyyy



Makanan yang mengandungi susu.
Sediakan yogurt-plain yang rendah lemak dan taburkan dengan blueberries dan ianya mengandungi 200 kalori. Jika mahukan yang lebih solid, gunakan keju sebagai pengganti yogurt dan campurkan dengan buah-buahan. Makanan yang sebegini mengandungi tinggi protein dan rendah kalori ditambah pula lebih sedap dan sihat !
Tapi, jangan ambil berlebihan pula.



Bijirin.
Makanan bijirin seperti oat, adalah rendah kalori dan tinggi dalam protein dan juga serat. Awak boleh dapat mereka ni dalam bentuk bar juga dan juga biskut yang mengandungi oat. Campurkan oat dengan buah-buahan kering ataupun kekacang TANPA ada GULA ataupun perisa tambahan. Ok ?
Cikdewi pun amalkan juga makan oat ni kalau tiba-tiba rasa lapar di tengah malam. Bukan makan megi ok. hihihiih



Macam mana pun sempena bulan ramadhan ni marilah kita sama-sama mengamalkan makanan yang sihat agar badan kita sihat dari dalaman dan juga luaran. Selain itu, dapat juga elakkan penyakit seperti darah tinggi ataupun kencing manis. Betul tak ?

Hope entri kali ni membantu.

Apakah Makanan Yang Mampu Menyingkirkan Lemak ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
SubhanAllah cikdewi minta maaf sangat-sangat sebab dah agak lama tak meng'update' story yang baru. Maklumlah bulan puasa ni busy nya ke arah lain. Adakalanya memang tak sempat nak pegang laptop pun.

Apa-apa pun hari ni cikdewi nak share sikit pasal makanan, alang-alang kita berada di dalam bulan puasa ni kan. Insha Allah entri kali ni dapat membantu kita mengubah gaya hidup yang lebih sihat.
Nak tahu apa makanan yang mampu menyingkirkan lemak ?
Tengok bawah ni ..


Ikan Salmon.
Kaya dengan protein dan mampu membuatkan awak cepat kenyang dan buatkan perut rasa penuh. Mengandungi lemak yang sihat serta mampu meningkatkan metabolism dan kaya dengan Omega 3.


Timun.
Mengandungi lebih 90% air, cukup membuatkan awak rasa kenyang apabila awak mencari makanan seperti snack yang penting ianya TIADA KALORI.


Strawberry.
Ada kajian menyatakan mengambil makanan yang mengandungi berries yang menggantikan makanan yang mengandungi gula, dan kurang 134 kalori yang boleh di ambil untuk next meal.


Hazelnuts.
Kekacang mengandungi lemak monosaturated atau lemak tidak tepu mampu membantu perut buncit. Mereka ni mengandungi serat yang ringan, folate, dan juga potasium.


Telur.
Ambil 2biji telur mengandungi protein yang awak perlukan dalam sehari. Satu sebab kenapa telur perlu di ambil pada waktu pagi ? Supaya kita akan makan sedikit sepanjang hari tu.

Entri yang simple dan cikdewi harap sangat dapat membantu awak-awak semua !

Monday, 22 June 2015

5 Sebab Bagaimana Boleh Dapat 'Cankles'

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Topik hari ni agak rare sikit, sebab apa ?Sebab hari ni cikdewi nak borak sikit pasal perkara yang kita sendiri tak pernah sedar ataupun tak pernah ambil kisah dan juga tak perasan. Banyak betul 'tak'nya tu kan
Sebelum tu, apa tu 'cankles' ?Apa tu ?Betul tak tahu ?
Ok, cankles adalah lemak yang berada di kaki kita di bahagian pergelangan kaki. Ada pernah perasan tak ?Kau rasa ? Ok, ini antara sebab macam mana awak boleh dapat cankles.



Naik berat badan.
Apabila berat badan meningkat, semestinya lemak pada bahagian kaki turut bertambah !Perasan atau tidak, sememangnya cankles adalah disebabkan tarikan graviti ke atas lemak tersebut di mana ia menarik lemak yang berada pada otot kaki ke bawah sama ada pergelangan kaki atau bahagian betis.

Cara menangani : Berusaha lah untuk mendapatkan berat yang ideal dengan diet yang sihat dan juga senaman yang kerap. Cikdewi mencadangkan lakukan senaman total-body fat booster, lebih-lebih pada otot betis. Cubalah bermain skipping ataupun lari pecut.


Genetics.
Jika salah seorang ibu atau bapa awak mempunyai pergelangan kaki yang besar, ia mungkin salah satu faktor bagaimana awak pun boleh terjebak sama. Sesetengah wanita, mempunyai pergelangan kaki yang agak lebar, atau betis yang kecil, ataupun kedua-duanya sekali.

Cara menangani : Kita tidak boleh mengubah genetics, namun, awak boleh fokuskan senaman pada otot betis iaitu otot yang lebih fit. Cubalah lakukan senaman ini agar dapat membentuk kaki yang cantik juga.


Fluid retention (cecair tersekat)
Kehilangan bentuk pada pergelangan kaki adakalanya disebabkan cecair yang tersekat atau bahasa yang lebih mudah, membengkak, adakalanya di alami oleh ibu mengandung ataupun pengambilan garam berlebihan. Pengambilan garam yang berlebihan akan menyebabkan badan akan menggantung air atau tidak membenarkan cecair keluar dari badan dan akhirnya tersimpan di tempat yang tidak sepatutnya. Manakala, ibu mengandung juga adakalanya kerap juga mengalami bengkak pada pergelangan kaki.

Cara menangani : Pakailah compression socks yang ada dijual di farmasi. Ianya membantu mengurangkan bengkak dan melancarkan peredaran darah. Selain itu, kawal diet awak ye, kurangkanlah pengambilan garam dalam masakan. Buat rugi badan je.


Medications.
Antidepressions, ubat darah tinggi, dan hormons (seperti estrogen di dalam pil perancang) akan menyebabkan kaki bengkak.

Cara menangani : Sekiranya awak mengalami bengkak kaki semasa permulaan rawatan, rujuk dengan doktor tentang kesannya ok.

Penyakit.
Cankles juga disebabkan oleh penyakit kronik seperti sakit buah pinggang, kegagalan fungsi hati, jantung, dan juga penyakit lain. Di mana, ia akan meningkatkan pembengkakan pada pergelangan kaki.

Cara menangani : Jika awak mengalami simptom-simptom seperti, pening kepala, cepat penat, sesak nafas, perubahan air kencing, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.

Adakalanya, kita perlu berhati-hati. Badan kita akan memberi petanda atau signal pada kita sekiranya kita mempunyai masalah dengannya. Jagalah tubuh badan kita dengan mengamalkan pemakan yang sihat dan senaman yang teratur. Hope post kali ni membantu ye.

Saturday, 20 June 2015

Rasa Bahagia Bila Melihat Orang Gembira.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni ada selingan sedikit ye.
Cikdewi tak cerita pasal kesihatan, fitness mahupun senaman sekarang ni.
Apa yang cikdewi nak ceritakan adalah, pasal perasaan dan kegembiraan.

Hari ni sepatutnya hari cuti, tetapi cikdewi kena kerja sebab on call. Tak kisah lah semua tu, yang penting ikhlaskan hati, barulah berkat kerja yang kita lakukan ni. Lepas habis buat semua pesakit dekat ward yang ditentukan, cikdewi pun berjalan-jalan atau lebih tepat singgah kat ward yang cikdewi incharge sekarang, ye lah nak tunggu waktu kerja habis kan sampai pukul 1 petang.

Bila sampai sana, cikdewi pun tegurlah kawan-kawan kat sana, dan mereka semua cerita bahawa mereka akan berbuka puasa dan semua on their boss !
Siap ada jadual dan tarikh lagi tau. Seriously, i'm impressed gilerr. That boss is one of neuro specialist dan memang cikdewi tau dia seorang yang baik.
Bila kita memberi makan kepada orang berpuasa, ganjarangnya adalah seperti orang yang berpuasa juga. Waaa, best kan ?
After that, cikdewi pun balik.


Balik, ye. Tapi bukan ke rumah, cikdewi melencong pula ke Plaza Angsana, Jb. hihihi
Niat di hati nak berjalan-jalan je, tapi tak ada pula yang menarik, jadi cikdewi singgah jumpa kawan saja lah kan.
Bila sampai mereka tegur cikdewi dengan cara yang baik dan alhamdulillah mereka sihat. Sambil-sambil tu, ambil peluang belajar menganyam ketupat. hihihi
Mula-mula memang susah nak ajar orang yang langsung tidak tahu nak menganyam ketupat, tapi cikdewi cuba untuk fikirkan cara yang mudah bagaimana nak mudahkan mereka ingat setiap selok-belok anyaman ketupat tu. Alhamdulillah, berjaya !!



Apa yang buat cikdewi rasa lega sangat, adalah hari ni cikdewi dapat membuat orang gembira. Rasa bersyukur sangat. Alhamdulillah.
Kadang-kala, Allah menduga kita dengan sesuatu yang tidak kita suka, namun Dia memberi sesuatu yang sangat bernilai untuk kita dan mungkin sesuatu itu bukan untuk kita, tetapi kita rasa puas dengannya.

Maaf ye, entri kali ni bukan pasal kesihatan. Tapi insha Allah cikdewi akan update info-info kesihatan nanti ye. Mungkin melalui kejadian yang berlaku pada cikdewi hari ni dapat memberi sesuatu kepada awak-awak semua? hihi

Friday, 19 June 2015

Kelebihan Bersenam Yang Tidak Disangkakan !

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Senaman seringkali dikaitkan dengan mereka yang mahu kelihatan kurus ataupun berisi ataupun mahukan badan ala-ala abang sado gituu. Namun, di samping untuk kita jadi cantik ataupun menarik pada tatapan umum, terdapat kesan yang lebih baik dari apa yang kita fikirkan.

Senaman mampu mengurangkan tekanan, mengelakkan anxiety ataupun depression, mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit, insha Allah, malah mampu memberikan awak semua kualiti tidur yang terbaik. Sila teruskan pembacaan awak-awak semua untuk mengetahui apakah magicnya senaman yang kita lakukan selama ni.

Dengan sedikit pergerakan yang mudah ianya mampu memberikan power kepada otak kita. Tak perlu bersusah payah pergi ke gym, hanya lakukan senaman berjalan kaki juga mampu lakukan perkara yang sama.


Meningkatkan daya ingatan.
Tidak semestinya dengan senaman yang boleh membuatkan awak semua menjadi solid bentuk badan, malah ia juga membantu awak mengingat semua maklumat dan memperbaiki skill yang lebih baik. Satu kajian telah mendapati bahawa senaman mampu memperbaiki skill dalam jangka masa 24 jam sehingga 7 hari kemudian selepas work out.
Masa study dulu cikdewi setiap hari pergi joging lepas balik kelas semata-mata untuk kurangkan stress ataupun tengah fikirkan sesuatu. Kadang-kadang nak cari idea pun masa tengah joging. So, memang benda ni betul.


Meningkatkan kreativiti anda !
Jika awak-awak tercari-cari idea apa untuk dikemukakan pada bos di tempat kerja mahupun sebagai pelajar. Sila keluarkan peluh tu !Ia adalah salah satu cara macam mana nak perah otak kita ni selain dari duduk dan berfikir memanjang. Kajian terbaru yang dilakukan di Frontier in Human Neuroscience telah mendapati bahawa senaman yang biasa dilakukan mampu meningkat kreativiti seseorang. Seorang peserta yang aktif lakukan senaman mempunyai tahap berfikir(divergent) yang tinggi (mempunyai pelbagai cara penyelesaian masalah) begitu juga cara berfikir untuk mencari penyelesaian yang betul (convergent).


Meningkatkan produktiviti kerja !
Pastinya sangat bosan dengan paper work yang serabut duduk kat atas meja kan? Macam mana nak spend masa untuk bersenam dan sebagainya. Satu kajian telah mendapati seorang pekerja yang rajin bersenam mampu menyiapkan sesuatu kerja dengan lebih cepat, malah mempunyai masa untuk melakukan senaman juga. Nampak tak ? Walaupun awak tu seorang pekerja biasa pun mampu meluangkan masa untuk bersenam. Sekarang dah tak ada alasan lagi untuk tidak bersenam ok. Senaman ini membantu awak malah memudahkan kehidupan awak seharian tau.

So, cikdewi harap dalam bulan puasa ni, ambillah kesempatan untuk jadi lebih sihat dan cantik malah lebih pandai dan bijak mengawal keadaan ok. Hope entry for today will help all of you.

Thursday, 18 June 2015

Cuka Membantu Mengurangkan Berat Badan ?!

Assalamualaikum da salam sejahtera.
Salam 1 ramadhan awak semua !

Ada satu soalan cikdewi nak tanya. Adakah cuka mampu membantu mengurangkan berat badan awak-awak semua ?
Seriously ??
Ada beberapa kajian yang telah dilakukan untuk mengetahui keberkesanan cuka terhadap kesihatan dan berat badan.

Pada tahun 2004, kajian telah dilakukan di Arizona State University, untuk melakukan ujian cuka terhadap kandungan kolesterol dalam badan. Namun, cuka tidak berkesan ke atas kandungan kolesterol, namun kajian telah mendapati mereka yang mengambil 2 sudu cuka buah sebelum makan tengah hari dan makan malam telah turun berat badan mereka lebih kurang 2 pounds dalam masa 4 minggu.


Sangat tidak sangka kan ?
Namun, mengamalkan cuka ni pun sunnah nabi sebenarnya. Lebih-lebih lagi, sekarang ni dah banyak cuka-cuka buah yang terdapat di pasaran seperti cuka epal, cuka anggur dan cuka kurma. Ianya memang bagus untuk kesihatan. Cuma, kita tidak boleh mengambilnya dalam kuantiti yang berlebihan dalam satu masa kerana ianya mempunyai kandungan asid yang agak tinggi.


Agak menarik di sini sebenarnya, cikdewi tertarik kerana orang yang membuat kajian ini adalah orang bukan muslim. Banyak sebenarnya mereka mengamalkan makanan sihat dengan cara sunnah seperti mengamalkan cuka buah ini dan juga madu. Kita juga patut ikut cara sunnah ni yang sememangnya membantu sangat.

Sharing kali ni pendek saja. Cikdewi harap dapat membantu awak semua kali ni. Semoga dipermudahkan research cikdewi untuk mengamalkan senaman yang mudah dan diet yang seimbang. Amin.

Tuesday, 16 June 2015

5 Kebaikan Melakukan Planks !

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selain dari sit-up yang cikdewi sangat suka buat masa zaman kolej dulu adalah planks. Kenapa? Entahlah sebabnya cikdewi ada terbaca dalam satu article yang menyatakan planks ni adalah senaman yang melibatkan whole body contraction. Tu yang menyebabkan cikdewi gian buat benda ni. Tapi paling maximum dapat buat pun 2 minit je. Alahai...
Tapi, tak apa lah kan. Sekurang-kurangnya ada lah juga usaha keras kat situ ye dak?
hihihi

Macam mana pun, sememangnya melakukan planks ni mempunyai banyak kelebihannya. Ianya lebih dikenali sebagai senaman untuk otot perut, selain itu ianya untuk kekuatan otot perut juga. Ia bekerja dengan lebih banyak otot kerana melibatkan beberapa kumpulan otot perut secara serentak.
Jumlah kita usha sedikit apalah agaknya kebaikan senaman posing ni kan.

Meng'tone' kan perut semasa plank membantu membentuk deep inner core muscle di mana membantu untuk membentuk six-packs. Semakin kuat otot perut awak tu, bahagian tengah perut tu akan jadi lebih tegang dan kuat. Macam mana pun, untuk mendapat six-packs, awak haruslah singkirkan lemak yang ada. Barulah dapat six-packs yang mantap sikit, tetapi untuk perempuan agak susah sikit untuk mendapat betul-betul six-packs. hihi


Mengurangkan back pain, planks berkesan untuk mengurangkan back pain, kerana ia menguatkan otot perut awak, di mana mempunyai side effects iaitu mengurangkan sakit belakang. Selain itu, ia juga mampu menguatkan otot di bahagian belakang badan lebih-lebih lagi upper back.
Kadang kala, ada sesetengah orang berasa sakit bila lakukan planks ini, kebanyakkannya sakit belakang, kemungkinan besar mereka melakukan cara yang salah. Cikdewi ada share video dari kevin zahri dalam page facebook, bolehlah tengok ye.

Meningkatkan fleksibiliti semasa menguatkan otot, planks juga membantu meningkatkan fleksibiliti pada bahagian belakang badan serta menguatkan otot hamstrings dan menyamaratakan arch dari ibu jari kaki sehingga telapak kaki. Jika awak lakukan side planks sebenarnya ia mampu meningkatkan fleksibiliti pada bahagian pinggang.


Membantu membetulkan mood. Setiap jenis senaman mampu membangkitkan mood dan planks adalah salah satu jenis senaman yang membantu membangkitkan mood. Planks adalah senaman yang unik, macam mana pun, ia membantu untuk meregangkan otot yang menjadi tegang atau tense kesan dari duduk yang lama. Planks akan membantu untuk release the tense.

Membantu membetulkan balance dan posture. Mestilah lakukan planks dengan cara yang betul, awak mestilah pastikan badan dan perut berada di dalam keadaan yang tegak. Side planks ataupun planks dengan gabungan pergerakan lain mampu untuk meningkatkan tahap keseimbangan. Ia boleh juga di lakukan dengan menggunakan bola fitball.  Cuba lakukan planks dengan mengangkat sebelah kaki kanan dan tangan kiri, kira dalam beberapa saat, kemudian tukar untuk bahagian sebelah lagi.
So, tak ada lah planks ini jadi bosan kan. hihii


Seronok sebenarnya buat aktiiviti planks ni, serta kebaikan yang ketara adalah otot perut pun kuat serta mengurangkan sakit belakang. Cikdewi harap post kali ni dapat membantu.

Macam Mana Nak Bakar Lemak Di Perut ?!

Assalamualaikum dan salam sejahtera ..

Kalau dulu, cikdewi selalu sangat ingat dengan buat sit up banyak kali, boleh kempiskan perut. Jadi, masa jadi student dulu, hampir setiap malam cikdewi buat sit-up. Actually dari zaman PLKN lagi, sampai semua kawan-kawan kat dalam dorm tu, dah faham sangat aktiviti cikdewi before tidur. Masa tu, memang obses giler nak kurus and slim melim. hihihi

Tapi sebenarnya ada pelbagai variety yang awak semua boleh buat untuk dapatkan perut yang kempis dan kuat. Kenapa cikdewi kata kuat? Sebab, bila abdominal muscle kita weak, tu yang senang kena mechanical back pain tu. Salah gerak sikit, dah sakit belakang. So, dengan beberapa jenis senaman dan tips boleh membantu untuk menguatkan otot perut kita di samping mengurangkan risiko sakit belakang.

BURN THE FAT !
Cara yang pertama yang paling bagus adalah lakukan lebih banyak senaman kardio. Antara senaman itu adalah :
Berjalan
Berjoging
Berenang
Aerobics
Berbasikal
Dan juga beberapa aktviti yang high-intensity seperti badminton, tennis, ataupun basketball. Apa saja aktiviti yang akan meningkatkan kadar degupan jantung semasa training dan lakukan selama 20 minit, jantung awak akan berdegup pantas dan membakar lemak.


Sekurang-kurangnya lemak pada bahagian subcutaneous atau pada lapisan paling dekat dengan kulit, kulit awak akan menjadi lebih tegang. Apabila, lemak pada bahagian otot semakin berkurang, awak semua akan mendapati otot menjadi lebih pejal atau toned dan mengurangkan 'flabby'. Perkara pertama yang harus dilakukan adalah kardio. Lakukan sekurang-kurangnya 5 kali seminggu !

BERJALAN sebenarnya mengunakan hampir keseluruhan otot perut untuk bekerja. Pastikan awak semua swing your arms, dan kempiskan sedikit perut semasa berjalan. Tapi, jangan sampai tahan nafas pula ye. Hanya tahan perut tu saja bagi tak kembung ke depan semula, tapi tetap bernafas seperti biasa, kalau tengah baca tu, cuba buat sekejap sambil baca post ni. hihi
Berjalanlah lebih kurang dalam 30 minit, seolah-olah mencapai kesan seperti aerobics. Pastikan mengambil banyak air ye.


WEIGHT TRAINING bukan hanya untuk meningkatkan metabolisma saja, malah turut membantu untuk menguatkan otot dan juga tulang. Kita perlu tahu ye bahawa osteoporosis banyak terjadi pada kaum wanita bila sudah mencapai monopause ye sebabnya kurang lagi rembesan hormon oestrogen yang membantu untuk menguatkan tulang ye. Jadi, kepada wanita comel yang mengamalkan angkat berat (yang minimum) kurang berisiko mendapat osteoporosis dengan cepat. Jangan percaya pada mitos, kononya lakukan senaman weight ni nanti takut badan jadi besar macam abang-abang sado tu. Tidak, ianya lebih kepada membakar lemak dengan lebih cepat, malah mampu membentuk badan kita dengan lebih cantik lagi gituuu. 


YOGA pula, fungsi dia samalah juga macam untuk lebih menambah kekuatan pada otot kita lebih-lebih lagi otot perut dan juga belakang kita. Ianya mampu membetulkan posture badan kita secara tidak langsung. Pilates dan juga sebarang aktiviti mat-based ni adalah salah satu alternatif yang sangat bagus untuk membakar lemak pada perut ye. Paling penting, pilihlah senaman yang awak semua suka supaya awak-awak suka untuk lakukan senaman dan stick pada senaman tu ye.


Sebenarnya yoga atau pilates ni nampak je macam pose dan pose dan pose tapi agak penat kot dan kalau cikdewi yang buat memang confirm sangat berpeluh bagai plus ianya lebih kepada breathing dan relax. Tapi seronok tauuu.
Cuma cikdewi harap awak semua suka ye dengan post kali ni, harap membantu !

Monday, 15 June 2015

Macam Mana Nak Mengawal Makanan Manis ??!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Cikdewi nak minta maaf sangat-sangat sebab dah berapa hari tak mengupdate tips-tips terbaik untuk awak semua.
Mesti rasa bosan menunggu kan ?
Minta maaf la ye.


Ok, hari ni. Ada satu topik yang sangat bermanfaat dan cikdewi berharap dapat membantu awak semua.
Macam mana nak kurangkan makan makanan manis ni ?
Semestinya, kalau makan mesti nak air manis, lepas tu kek mesti nak ada rasa manis, kemudian ada juga yang bila memasak mesti nak letak gula bagi ada rasa.
Aiyarkkkkk !!
Macam mana tu ? Banyaknya kegunaan gula yang kita ambil dalam kehidupan seharian hidup kita.

Cuba kita ubah dengan mengambil banyak sayuran dalam seharian tu. Sayur-sayuran mengandungi serat, di mana dapat membantu dalam sistem penghadaman. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kadar metabolisma badan serta membuatkan kita rasa kenyang. Kalau cikdewi memang ini lah kegemaran. hihihi


Minum banyak air, sebab apa kalau kita minum banyak air, kan akan rasa kenyang kita akan rasa perut kita penuh. Kerana apa, jika kita di dalam keadaan dehydration, kemungkinan untuk kita rasa lapar dan asyik nak makan tu, memang ada. Kalau dah asyik nak makan, lepas tu kurang minum air, sistem penghadaman kita pun malas nak bekerja, sebab apa? Sebab kita tak bantu mereka untuk memudahkan kerja mereka. Cuba fikirkan.

Kalau memang teringin sangat nak makan benda yang manis, cubalah puding coklat berprotein. Inilah salah satu cara untuk sesuatu yang manis dan tidak merosakkan diet awak. Cubalah,
1 skop susu coklat berprotein (whey)
2 sudu teh minyak yang di campurkan dengan 1 cawan air.
Ini untuk bagi lebih pekat sedikit puding untuk membantu semasa kelaparan.
Selepas menikmati puding yang sedap tu, minum lah air sebanyak 2 cawan air, awak akan rasa kenyang sekenyangnya.
Cari makanan yang mengandungi protein untuk membantu mengatasi rasa lapar selain dapat membantu awak untuk cepat rasa kenyang, serta badan awak tidak memerlukan kerja yang lebih untuk hadam.

macam mana pun tidak digalakkan makan organ dalaman ye ..

Jauhkan diri dari makanan yang tinggi fructose seperti sirap jagung. Sememangnya, jauhkan kerana kandungan makanan yang tinggi fructose ini akan membuat enzim neutral dan menghantar maklumat ke otak menyatakan awak sudah kenyang, tetapi mengakibatkan awak berasa lapar dan meningkatkan selera makan dalam seharian.


Kalau dulu, cikdewi sangat suka makan cup corn yang jual kat shopping complex atau pasar malam. Favourite sangat lah tu. Tapi, bila cikdewi kaji balik dan cari diet mengikut jenis darah, OMG, cikdewi memang kena elakkan makan makanan tu. Dan bila cikdewi kurangkan alhamdulillah memang ada perubahan. Ok, untuk next post, cikdewi akan share sikit pasal diet mengikut jenis darah pula. I'm sure it's quite interesting. Insha Allah.

Hope post kali ni membantu !

Friday, 12 June 2015

Resipi Sihat untuk Bulan Ramadhan : ubi keledek bersama bayam dan udang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sempena bulan ramadhan yang bakal tiba ni, apa lagi rebutlah peluang untuk amalkan gaya hidup yang sihat selain memperbanyakkan ibadah kepada Allah. Insha Allah, jika badan sihat dan cergas pasti mudah untuk kita lakukan ibadah pada Allah. Amin.

Ok, hari ni cikdewi nak kongsi lah sikit resepi yang sihat dan boleh di lakukan oleh awak semua. Sebaiknya, kita masak sendiri apa yang kita nak makan. Daripada beli kat luar, kita tak tau berapa banyak garam yang di tabur, gula yang ditambah dan minyak yang di curah ?
Tak kan nak tanya kat mak cik kedai tu kan ?
Jadi, cara yang mudah baik kita masak sendiri, sesekali nak sihat kena lah masak sendiri. Masak pun senaman juga kan. Heeee

Jadi resepi yang pertama cikdewi nak share adalah, ubi keledek bersama bayam dan udang.


bahan-bahannya :
2 sudu minyak zaiton
1/2 cawan bawang merah, di potong dadu
Untuk perisa boleh gunakan black pepper atau red pepper
2 ulas bawang putih
2 cawan ubi keledek, di potong dadu
2 cawan udang segar (yang kecil-kecil - shrimp)
3 cawan sayur bayam yang di potong

Cara-caranya :
Letakkan minyak zaiton di dalam kuali yang sudah separuh panas,
Kemudian letakkan bawang merah dan black pepper.
Masakkan dia sehingga kekuningan.
Masukkan bawang putih dan masakkan sekejap
Selepas itu, masukkan ubi keledek dan masakkan sehingga lembut (10-15 min)
Awak boleh tuangkan sedikit air untuk bagi ubi keledek cepat lembut.
Masukkan udang dan gaulkan bersama dalam 2-3 minit atau sehingga udang menjadi kemerahan.
Kecilkan api, masukkan bayam dan gaulkan semuanya sehingga masak.
Akhir sekali barulah taburkan sedikit garam atau black pepper sebagai perasa.
Kemudian, tutupkan api.

Jika awak semua nak buat untuk sahur, masak malam tu jangan tabur garam dulu, nabi pesan. Bila nak makan masa sahur baru letakkan bila panaskan.
Sebab tak nak bagi basi cepat.
Bagus kan.
Hope sangat post kali ni membantu.

Wednesday, 10 June 2015

Kebaikan Avocado Yang Patut Anda Tahu !

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah kerana cikdewi masih diberi peluang untuk share sedikit ilmu dan juga tips yang bermanfaat kepada awak semua. Apa yang cikdewi harap semua entri-entri yang cikdewi share dapat membantu awak semua.
Hari ni cikdewi nak share sedikit kebaikan yang ada di dalam avocado.


Awak semua pernah tak makan buah yang berwarna hijau ni? Isinya rasa lemak-lemak berkrim gitu. Pada cikdewi rasanya agak sedap juga sebab dia rasa macam lemak-lemak sikit.
Sebenarnya, lemak monounsaturated atau lemak tidak tepu yang terkandung di dalam buah avocado ini sangat bagus untuk memperbaiki tona kulit yang tidak sekata. Mereka mampu mengekalkan tahap kelembapan pada lapisan epidermal kulit yang akan menjadikan kulit kita lembut dan sihat. Lemak Omega-9 yang ada di dalam buah ini membantu mengurangkan kemerahan pada kulit atau eczema dan juga kegatalan pada kulit serta membantu dalam memperbaiki kulit yang rosak.
So, jika awak mengalami masalah kulit boleh amalkan memakan buah avocado ni.


Selain itu, ianya adalah slow burning energy yang mampu membuat kita rasa kenyang dan perut rasa penuh bila makan. Malah, buat kita rasa kurang rasa lapar dan kurangkan selera makan yang membuak-buak tu. hihi

Avocado mengandungi Vitamin B6 dan Acid Folic yang membantu mengawal paras homocysteine. Jika paras homocycteine ini tinggi, akan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit jantung. Ia juga mengandungi Vitamin E, glutathione dan lemak tidak tepu yang membantu untuk mengekalkan jantung sihat.

Avocado juga kaya dengan folate, di mana Vitamin B yang dikenali sebagai Asid Folic. 1 cawan avocado memberi awak 23% is recommended daily value of folate. Jika lebih banyak pengambilan folate ini boleh mengelakkan kecacatan kelahiran seperti neural tube defect dan juga spina bifida.
Seharusnya awak semua patut tahu, spina bifida dan neural defect adalah kecacatan kekal yang akan di alami bayi yang baru lahir.
Sebaiknya, asid folic di ambil pada peringkat awal supaya nutrient dalam badan dapat memberi zat yang cukup untuk kandungan. Makanan ini tidak semestinya khas untuk ibu mengandung saja, malah kita-kita yang belum berkahwin juga bagus consume avocado atau folic acid. 

Macam mana? Rasa teruja tak dengan khasiat yang ada dalam buah avocado ni ?Cikdewi pun sangat teruja. Rasa dia sedap dan boleh juga dibuat jus kalau ada di antara kita yang tak pandai makan avocado ni.
Selain itu, banyak juga kebaikan buah ini kan. Sememangnya, ciptaan Allah itu sangat hebat.


By the way, cikdewi nak kongsi sedikit macam mana nak memilih buah avocado kalau tiba-tiba terjumpa di pasar raya.
Kalau warna hijau pekat, yang tu masih muda lagi,kalau rasa nak makan terus, pilih buah yang warnanya agak kecoklatan atau lebih gelap. Kerana buah tu memang dah masak dan dah boleh di makan terus. Kalau kita genggam sedikit buah tu memang rasa sedikit lembut.


Tapi jika awak semua tak pasti nak memilih untuk pertama kali membelinya, pilih saja dan biarkan selama 2 hingga 3 hari. Warna avocado akan menjadi coklat dan boleh terus di makan.
Hati-hati jangan sampai ia busuk ye ..sayang je.

Apa-apa pun, i hope it's help !

Tuesday, 9 June 2015

Macam Mana Nak Kurus Tanpa Diet dan Gym ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana hari ni cikdewi masih berpeluang untuk menulis satu lagi entri menarik khas untuk awak-awak semua.
Terima kasih ye.

Cikdewi pernah terbaca satu iklan, bunyinya macam ni, "Kurus tanpa diet dan bersenam, kami ada cara! Sila whatsapp ke bla bla bla."
Cikdewi pasti awak semua mesti pernah terbaca juga. Meh sini cikdewi nak terangkan. Produk yang mereka jual adalah supplement untuk kurus dan memang betul tak perlu diet tetapi untuk tidak bersenam itu sangat mustahil. Ok, cikdewi akan beritahu apa jenis produk yang mereka jual tu. Itu adalah sejenis fat burner yang memang effisien untuk membakar lemak di dalam badan. Namun, harus diingatkan, penggunaan fat burner akan membuat jantung awak berdegup lebih laju dari biasa kerana ia telah meransang metabolisma yang ada di dalam badan. Untuk mengawal hal ini terjadi, awak semua perlu bergerak atau pun aktif bergerak atau melakukan pekerjaan agar dapat mengawal jantung berdegup secara stabil dan selesa. Jika tidak, awak memang akan rasa jantung berdebar sentiasa.

Namun, ada cara lain juga untuk turunkan berat badan tanpa diet ataupun perlu ke gym untuk melakukan senaman, dan ianya lebih selamat.
Berikut adalah trick harian yang awak semua boleh lakukan untuk melatih diri agar menjadi lebih sihat.


1. Minum segelas air sebelum makan.
Awak akan kekal hidrat dan perut akan rasa penuh dengan lebih cepat dan mengelakkan dari terlebih makan.

2. Tukar menu pilihan yang lebih sihat.
Pemilihan makanan yang sihat seperti lebihkan sayuran dan buah-buahan sebelum makan, membantu dalam sistem penghadaman yang baik. Sayuran hijau mampu membakar sebanyak 80 kalori.
Ambillah sekeping dark chocolate sebagai pencuci mulut, sekurang-kurangnya sebagai hadiah untuk diri sendiri. hihi


3. Bijak mengawal portion dalam mengambil makanan.
Jika awak mahu turunkan berat badan, pengambil portion yang betul adalah sangat penting.
Gunakan pinggan yang kecil sedikit agar awak dapat lihat dan berpuas hati dengan portion yang di ambil. Jika ada lebihan makanan, letakkan ia jauh dari pandangan awak tidak pergi second round.

4. Banyakkan bergerak.
Ambillah sedikit masa yang ada untuk berjalan ke sekeliling ruang pejabat. Pilihlah untuk menaiki tangga berbanding escalator, dan parkinglah kereta awak tu jauh sikit dari pejabat. Cara-cara ini dapat membantu awak untuk membakar kalori.


5. Jangan minum minuman yang berkalori.
Pilihlah minuman yang mengandungi bahan-bahan yang segar seperti timun,lemon, ataupun mint untuk mengelakkan daripada awak menambah kalori dalam badan. Lebih mudah, lakukan sendiri lagi jimat. hee

6. Elakkan berlapar.
Jika ada rasa lapar sedikit, ianya bagus. Tapi, berlapar sepanjang hari akan membuatkan awak meroyan untuk menjejaskan pemakanan yang seimbang. Makan ikut masa, untuk mengelakkan tekanan darah rendah yang boleh menyebabkan awak kalah.


7. Amalkan pemakanan yang tinggi serat dan tinggi protein.
Makanan yang tinggi serat dan juga protein dapat membantu awak untuk rasa cepat kenyang selain ianya sedap untuk dinikmati.

8. Makan malam yang ringan, makan awal sedikit.
Makan malam awal sedikit dengan portion yang sedikit untuk membantu mengawal calori intake dan sekurang-kurangnya makan 2 hingga 3 jam sebelum masuk tidur.

sleep-cycle

9. Tidur secukupnya.
Amalkan tidur secukupnya dan gaya hidup yang sihat dan cara yang betul boleh membantu awak untuk kekal sihat dan cergas.

Monday, 8 June 2015

7 Rutin Workout Untuk Dapatkan Flat Abs Dengan Cepat !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perut buncit adalah mimpi ngeri bagi setiap wanita. Pasti ada di antara kita yang bertungkus lumus mencari inisiatif untuk memastikan perut sentiasa flat dan ramping melalui pelbagai cara. Namun, tahukah awak semua masih ada cara yang berkesan dan selamat untuk mencapai matlamat yang diimpikan.
Mari, cikdewi ada cara. Awak semua hanya perlu bermodalkan masa dan tenaga sahaja.

Ia adalah rutin yang mengumpulkan 7 jenis senaman untuk bahagian abdominal. Namun, harus diingatkan untuk memilih senaman dengan betul agar dapat kesan kepada upper dan lower abs.
Awak semua akan mendapati bahagian oblique akan lebih ketara pada permulaan. Sebabnya adalah kerana oblique bekerja pada bahagian yang lebih lebar pada bahagian pinggang. Selain itu, bahagia oblique mendapat ransangan yang lebih banyak daripada senaman seperti Squats, Deadlifts, Sit-ups dan selainnya.
Jadi, apa lagi, mesti awak semua tak sabar nak tahu apakah 7 senaman hebat tu kan.


SENAMAN 1 : SIT-UPS
PRIMARY TARGET : upper abs
SECONDARY TARGET : Lower abs dan oblique


SENAMAN 2 : LEG RAISE
PRIMARY TARGET : Lower abs
SECONDARY TARGET : upper abs dan oblique


SENAMAN 3 : LYING LEG RAISE + CRUNCH
PRIMARY TARGET : Upper dan lower abs
SECONDARY TARGET : Oblique


SENAMAN 4 : KNEE-INS
PRIMARY TARGET : Lower abs
SECONDARY TARGET : Oblique


SENAMAN 5 : TOE TOUCHES
PRIMARY TARGET : Upper dan lower abs
SECONDARY TARGET : Oblique


SENAMAN 6 : CRUNCHES
PRIMARY TARGET : Upper abs
SECONDARY TARGET : Lower abs dan oblique


SENAMAN 7 : REVERSE CRUNCH
PRIMARY TARGET : Upper dan lower abs
SECONDARY TARGET : Oblique

SETS, REPS, DAN REHAT ANTARA SETS

Setiap senaman haruslah dilakukan sebanyak 3set dan sebanyak mana repetition yang awak mahukan. Ada banyak cara untuk lakukan rutin seperti ini, contohnya lakukan superset untuk senaman 1 dan 2 kemudian rehat dalam 30 saat, superset 3 dan 4, rehat 30 saat, superset 5 dan 6 rehat 30 saat, dan kemudian lakukan senaman 7. Selepas lakukan senaman 7, rehat lebih kurang dalam 1 minit dan lakukan senaman tadi mengikut urutan dan ulang lagi sekali sehingga jumlah kesemuanya 3 set.

Mudah saja kan. Ayuh, jika bukan sekarang bila lagi ? Senaman ini boleh dilakukan di rumah, semasa cuti, balik dari tempat kerja, mahupun bersama kawan-kawan. 
Ingat semula mengapa awak bermula dan berhenti bila awak berpuas hati !


Macam Mana Nak Hilangkan SELULIT Ni ?!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terima kasih ye awak-awak semua kerana sudi membaca entri-entri cikdewi sampai lah ke hari ini.
Harap semua etri-entri cikdewi ni bermanfaat dan dapat membantu awak-awak semua.


Wanita dan selulit, seolah-olah perlu ada satu dinding yang perlu ada. Kerana sememangnya kita wanita ni sangat pantang kalau ade selulit di bahagian-bahagian badan seperti perut, paha, betis, mahupun belakang punggung. Tidak !!

Pada entri sebelum ni, cikdewi ada menulis tentang lemak di belakang badan. Ada pula yang bertanya jika ada cara nak hilangkan selulit mohon share. Ok, hari ni cikdewi nak kongsi beberapa cara macam mana nak hilangkan selulit yang awak-awak hadapi tu.

1. Kekal Hidrat.
Fakta yang utama sebab kenapa awak mempunyai masalah selulit adalah kerana kurangnya air di dalam badan kita. Disebabkan perkara ini juga badan kita tidak effektif untuk mengurangkan selulit yang ada. Maka, kekal hidrat adalah syarat yang utama untuk melenyapkan 'bumpy fat'. Sekiranya ir dalam badan tidak mencukupi, ingat bahawa awak mempunyai potensi yang tinggi untuk menyimpan toxic di dalam sel lemak yang terdapat di dalam badan. Untuk membuang toxic tu, perlu sangat-sangat awak-awak ni minum banyak sangat air putih atau pun air masak untuk flush semula toxic tu keluar dari badan ye.


2. Dry Brush.
Apa itu Dry Brush ? Ia adalah memberus kulit kita dengan menggunakan berus badan. Cara-caranya hanya berus saja badan kita secara perlahan. Sebaik saja kita sudah biasa mengamalkan minum banyak air. Cubalah cara ini, ianya membantu dalam mengurangkan selulit. Ia bertindak dalam membuka pori-pori kulit, dan mennyinkirkan sel kulit mati malah, membersihkan badan serta memudahkan toxic keluar dari badan dengan mudah. Kaedah ini juga membantu dalam melancarkan peredaran darah juga meransang penghasilan collagen, selain itu, membantu untuk menguatkan dan melembutkan tekstur kulit.


3. Minyak Kelapa.
Gunakan minyak kelapa ini sebagai pelembab selepas melakukan dry brush untuk mengekalkan kulit sihat. Selain itu, tambahkan 2 sudu minyak kelapa di dalam diet awak semua untuk membantu awak  membakar lemak di dalam badan serta membantu dalam penjagaan kesihatan.


4. Skrub Kopi.
Gunakan scrub kopi selama 10 minit untuk dua kali seminggu pada kawasan selulit. Sememangnya awak semua patut cuba, kerana ia memberi kesan yang positif selepas 4 minggu jika dilakukan secara teratur.


5. Ubah Diet Anda.
Amalkan pemakanan yang rendah GULA, rendah KARBOHIDRAT, dan tambah LEBIH fiber di dalam pemakanan awak semua supaya dapat melancarkan pencernaan. Gantikan bahan lemak tepu seperti minyak sayuran kepada bahan omega-3 seperti minyak zaiton, badam, atau minyak avocado jika ada. Elakkan banyak penggunaan garam. Makan lebih banyak buah-buahan dan juga sayur-sayuran yang mengandungi banyak kandungan air seperti, tembikai, timun,dan sebagainya untuk menambah keanjalan kulit malah dapat detoxify badan awak semua.


6. Peredaran darah yang lebih baik.
Peredaran darah yang baik sangat membantu dan dapat mengelakkan berlakunya selulit. Elakkan memakai pakaian yang ketat yang boleh menghalang peredaran darah ke bahagian paha, thigh, dan tempat-tempat lain yang mudah ada selulit. Lakukan senaman regangan seperti yoga atau Tai Chi untuk meregangakan tisu yang cramp dan membantu peredaran darah.

7. SENAMAN
Senaman seperti squat, Single-Leg Hip Raise, Reverse Lunges, Step-Ups, Single-Leg deadlift sangat membantu untuk menyingkirkan selulit. Cuba lakukan senaman seperti berikut sekurang-kurangnya 3-5 hari dalam seminggu.


Menarik tak entri kali ni ?CIkdewi pun macam teruja sekejap. HIhihi
Macam mana pun, cikdewi harap awak semua dapat share dengan kawan-kawan diluar sana benda yang bermanfaat macam ni. Kalau ada sebarang pertanyaan boleh komen, kalau ada idea nak kongsi lagi bagus. 

Hope this entry helps !!