a.navigation {background: #3333ff ;color: #ffffff;margin: 1px;padding: 2px;border-width: 0;text-transform: uppercase;text-decoration: none;font-weight: bold;}a.navigation:hover {background: #333333;color: #ffffff;text-decoration: none;}

encik iklan

Saturday, 26 December 2015

Langkah-langkah Selamatkan Diri Dari Penjenayah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebagai wanita, kita sering menjadi ancaman dan mangsa kepada si penjenayah. Macam mana pun, apa yang terjadi pada cikdewi beberapa hari lepas,  which is cikdewi hampir saja jadi mangsa orang ambil gambar masa cikdewi tengah mandi, memberi idea kepada cikdewi untuk share sedikit langkah-langkah yang boleh dilakukan sekiranya anda di perhati, di ekori, di ancam dan sebagainya. Jadi, cikdewi nak berkongsikan kepada anda semua apa yang perlu dilakukan sekiranya anda di ekori atau sebagainya.

1. Elakkan berjalan di kawasan yang sunyi.
Sememangnya, perkara ini perlu dielakkan bagi tidak menggalakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku. Sebab, jika anda berada di kawasan yang sunyi dan berseorangan ia merupakan peluang bagi si penjenayah untuk melakukan tugasnya. Bunyi agak scary kan, tetapi macam mana pun mencegah lebih baik kan.



2. Tuju ke arah orang ramai.
Namun, sekiranya anda dapat merasakan bahawa ada seseorang sedang mengekori anda, tolong jangan gelabah. Jangan biar si pengikut itu tau yang anda tahu bahawa dia sedang mengekori anda. Hanya buat tak tahu dan berjalan ke arah orang ramai, sekiranya anda berada di shopping complex, masuk mana-mana kedai yang tertutup, dan jika boleh hubungi pihak berkuasa. Ambil gambar si pengikut itu kalau dapat untuk dijadikan bukti.

3. Pepper spray.
Salah satu senjata wanita yang sangat berkesan dan merbahaya. Cikdewi pernah try main-main dengan benda ni. Tak spray habis pun, sangat sikit dia dah keluarkan bau dan effect dia boleh buat orang sesak nafas. So, apa lagi kalau kita spray directly pada mata si pengikut yang tak diundang tu kan? Just imagine!



4. Jangan nervous!
Kalau dah namanya girls memang tak sah kalau tak nervous tu datang dulu baru akal yang waras yang sepatutnya datang dahulu. Well, this is what happen to me. I have scream first without taking the phone as a prove! Rasa menyesal pun ada. Tapi, nak buat macam mana benda pun dah jadi daaa. That's why i told u before, don't get nervous. Apa yang perlu di lakukan jika anda berada di dalam situasi seperti ini adalah bertenang, dan tarik nafas sedalam-dalamnya dan hembuskan. Berfikir dengan waras bagaimana untuk melarikan diri. Lari ya, bukannya berlawan.

5. Cakap atau lakukan sesuatu yang jijik!
Ya, jika pemangsa sudah semakin menghampiri anda, katakan apa saja yang boleh membuatkan dia geli atau jijik dan mungkin akan larikan diri. Contohnya, "Saya datang bulan, darah saya banyak" atau "Saya terbuang air di dalam seluar!" dan anda jangan terkejut anda yang memang sanggup lakukan itu untuk selamatkan diri. Apa-apa pun si pemangsa ni tetap manusia dan masih mempunyai 5 pancaindera dan pasti ada yang tidak tahan dengan bau busuk dan sebagainya.

6.  Tackle the pressure point.
Kebiasaannya pressure point di gunakan untuk menyelamatkan diri. Jika anda adalah seorang yang mempunyai martial art self defense, pasti anda mengetahuinya. Namun, kepada yang tidak tahu, jangan risau anda masih mempunyai masa untuk mengetahui serta mempelajari ilmu berguna ni.




Sebenarnya setiap titik acupunture itu adalah pressure point kita, namun juka tersilap guna boleh mendatangkan maut, samada dengan niat atau sebaliknya. Jadi, sekiranya anda di serang tolong jangan nervous, gunakan akal yang waras dan seranglah titik tekanan ini dengan sebaiknya untuk menyelamatkan diri anda. Bagi mereka yang suka pakai high heel, ini adalah modal anda untuk memijak kaki mereka dengan heels mahal anda tu 😉




7. Lari.
Ya, tujuan anda mengetahui segala langkah-langkah di atas adalah untuk melarikan diri bukan untuk berlawan. Jangan gadaikan diri anda untuk ambil risiko dengan melawan si pemangsa kerana mungkin mereka lebih licik berbanding anda, tetapi sekurang-kurangnya anda lebih bijak melarikan diri dari mereka dan at least dapat melumpuhkan sedikit titik kelemahan mereka.




Ini hanya perkongsian yang cikdewi dapat share bersama anda, serba sedikit yang cikdewi belajar semasa class tae kwon do dulu. Harap ianya masih berguna untuk cikdewi dan juga anda 😊

Saturday, 19 December 2015

9 Perubahan Yang Membantu Membakar Lemak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini cikdewi akan share sikit pasal perubahan yang mampu membantu untuk membakar lemak kta-kita ni.


1. Morning : Start with Coffee:
Berita baik bagi mereka yang menggermari minuman kafein ini, kerana apa, kopi juga membantu untuk boost your metabolism, senang cerita tak perlu cut out your morning cup of joe. Malah, kopi dan juga green mempunyai ransagan semulajadi untuk sistem saraf kita. Sehari secawan kopi atau green tea boleh membakar dan meningkatkan metabolism sebanyak 5-8%.


2. Morning : Eat Whole-Grain breakfast :
Skipping your breakfast is not a smart choice !
Kerana apa, ia juga mampu meningkat metabolism pada badan kita. Isilah perut kita pada waktu pagi dengan sarapan bijirin atau kalau suka makan roti pada waktu pagi, tukarlah jenis roti - wholemeal bread. Jika pada waktu pagi kita makan makanan yang berserat tinggi, ia akan meningkatkan metabolism dan membantu untuk membakar tenaga untuk seharian. Satu lagi cadangan, buat penkek menggunakan pisang atau cracker guna oat, kreatif lah sikit kan.


3. Afternoon : Drink More Water :
Mungkin anda rasa dengan hanya duduk di kerusi pejabat adalah aktiviti yang sangat tidak sihat. Simple saja, ubahlah kesan negatif tu dengan sesuatu yang positif. Selagi anda tidak mengabaikan H2O di sebelah meja anda tu, ta ada lah negatif sangat kesannya. Air kan membantu juga dalam proses pembakaran kalori. Sebab tu cikdewi selalu cadangkan bawak sebotol air masak ke ofis.


4. Afternoon : Go for a HIIT workout :
Ok, apa itu HIIT (high-intensity interval training). Sebagai contoh adalah Tabata plan, ianya mampu membakar kalori sebanyak 13.5kcl dalam hanya seminit ! Hebat tak hebat plan Tabata ni kan. Malah ia juga mampu meningkatkan metabolism seseorang sebanyak dua kali ganda jika dilakukan sebanyak 30minit.


5. Afternoon : Option for High Protein Lunch :
Berdasarkan kajian yang dilakukan secara menyeluruh, ambil lebih protein dalam diet. Ini jika anda sedang lakukan latihan untuk otot. Ianya sangat digalakkan, kerana makanan otot adalah protein. Walaubagaimana pun, High-Protein diet memerlukan masa yang agak lambat untuk dihadam mungkin inilah faktor kenapa kita perlukan air yang banyak untuk neutralizekannya. Macam mana pun, hati-hati dengan pemilihan diet, diet yang salah boleh merosakkan badan kita ye.

6. Afternoon : Go for a walk :
Bangun dan berjalanlah, ianya mampu membantu melancarkan sistem penghadaman selepas makan, malah ia juga mampu boost your fat burn !


7. Evening : Spice your dinner !
Tambah sedikit rempah atau cili di dalam masakan. Ketahuilah makanan yang pedas juga membantu meningkatkan metabolism.

8. Evening : Take Your Time to Wind Down :
Kesibukka seharian, stressed-out mind tidak menyokong keperluan badan anda. Stress sebenarnya adalah punca metabolism badan kita rendah.

Apabila badan kita di dalam keadaan yang stress atau tertekan,"our adrenal glands pump out excessive amounts of the stress hormone cortisol, causing an imbalance in our bodies' natural hormonal rhythms" nampak tak kesannya di mana ia juga merendahkan kelebihan untuk membakar lemak dengan effective.


9. Evening : Get a Good Night's Sleep :
Cubalah untuk dapatkan sekurang-kurangnya 7-8 jam waktu tidur untuk setiap malam. Tidak cukup tidur boleh menjadi penyebab mengapa badan tidak dapat membakar kalori dengan sebaiknya.

So, cikdewi harap sangat anda semua berpuas hati dengan tips hari ni. Mungkin ianya nampak terlalu mudah, tapi kita mudah tak nak lakukannya ?
Mungkin tips ini tidak nampak gempak macam tips-tips seperti Atkin's diet. But, the basic is from us. Semua yang di atas ini adalah perkara yang paling lazim yang kita perlu ubah. At least, dua atau tiga darinya.
Hope entri kali ini membantu =)

Wednesday, 9 December 2015

Antara Senaman Yang Anda Lakukan Dengan Cara Yang Salah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semua wanita idamkan badan yang kurus dan cantik. Kalau cikdewi tanya seorang demi seorang, semestinya mereka mesti nak kurus, kerana pada pandangan mata kita orang perempuan bahawa kurus itu cantik.

Akan tetapi ye akak-akak sekalian, tak guna juga kalau kita lakukan senaman tapi senaman yang dilakukan itu akan memudaratkan diri kita semula, semua orang sedia maklum bahawa lakukan senama adalah untuk sihat dan cantik. Tapi, kalau dah sakit, macam mana nak cantik kan ?

Ok, kat sini cikdewi akan kongsikan dan nak beritahu anda semua apakah kesalahan yang dilakukan semasa melakukan senaman.

PUSH UP EXERCISE


Cara ni sememangnya salah ! Sebab apa? Sebab, push sepatutnya dilakukan dengan badan berada di dalam keadaan yang lurus, dan apabila turun ke bawah, posture badan yang lurus tadi haruslah turun serentak bukan punggung ditinggal di atas.
Posture sebegini kerap juga dilakukan untuk orang yang tak nak rasa penat lakukan push up kaki lurus. Cara ini silap ye, sebab apa, push up untuk target otot di bahagian dada dan juga lengan. So, target tak tercapai.

Posture sebegini pula,boleh menyebabkan sakit belakang. Sebab apa, anda memberi tension pada tulang belakang, which is berat badan tertumpu sepenuhnya pada tulang belakang anda. Posture ini agak bahaya, sebab silap-silap tulang belakang kita boleh lari dari landasan yang sepatutnya.

Jadi, posture yang betul adalah seperti gambar ini, dan turun serentak ke bawah.

SQUAT


Apa yang tak kena dengan gambar ini adalah posisi lutut. Sebaiknya buka sedikit kaki semasa punggung diturunkan dan bukan kepitkan ye.


Gambar ini juga menunjukkan posisi lutut juga. Dimana, lutut sepatutnya tidak boleh melebihi ibu jari kaki anda. Sebab apa, kalau anda lakukan demikian, ia akan memberi tekanan pada lutut dan boleh menyebabkan kesakitan pada lutut akibat tension dan juga tercedera.


Gambar yang ini pula, bukan sekadar lutut yang salah tetapi juga posture badan yang membongkok. Sepatutnya kena tegak ye.

PLANK


Senaman plank ni kalau cikdewi buat, macam-macam versi cikdewi akan jumpa. Antaranya adalah yang di atas, haa.. posture yang sebaiknya adalah yang di bawah. Badan tegak dan seeloknya kepala tidak perlu mendongak untuk elakkan tekanan pada bahagian leher.

LUNGES




Perhatikan posture lunges yang salah tu, anda rasa macam pernah buat tak?
Haa, itu cara yang salah ye, bukan apa, ianya sepatutnya dilakukan dengan posisi badan yang tegak, baru dapat feel target muscle dia. Kalau kita terus lakukan dengan cara yang salah tu sebenarnya akan mengakibatkan kerosakkan pada sendi lutut ye, sama seperti squat tadi, sebab kita bagi tension pada lutut.
Cara yang betul adalah bawa kaki kehadapan dengan posture badan yang tegak dan kaki belakang di bendkan sedikit ke bawah.

CRUNCHES


Posisi crunches ni, sepatutnya kita kena crunch bahagian perut tu saja, dan tidak perlu menarik badan kita sampai ke lutut. Sebab target muscle untuk senaman ini adalah pada bahagian perut.
Jadi tak perlu pun nak angkat badan sampai ke lutut tu, angkat sikit tahan sekejap je pun ta sampai sesaat pun then turun semula, dah rasa otot kat perut bergetar. 
Haa, senang je kan nak buat senaman ni.

Macam mana pun, selalulah update dan search setiap jenis senaman yang kita lakukan ye. Kalau silap buat, lain pula jadinya.
Hope entri kali ni membantu.



Tuesday, 8 December 2015

Cara terbaik untuk membakar 500 kalori dalam sehari !

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pertamanya, cikdewi as a Johorian ingin menyembah takziah atas kematian Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim yang telah menghadap Illahi pada 5 Disember lepas, satu Johor berkabung bagi menghormati pemergian putera raja yang sangat disenangi rakyat Johor. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan tempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin.

Walaupun aktiviti cikdewi terpaksa ditangguhkan, bukan bermakna kita-kita ni tidak memantau aktiviti dan pemakanan anda ye. hihi
Mesti ada yang terfikir dan masih lagi keliru macam mana lah nak bakar kalori yang banyak dalam masa sehari.
Mudah saja, hari ni cikdewi akan berkongsi sedikit tips-tips yang boleh diguna pakai untuk anda semua.

Cara yang paling utama untuk menurunkan berat badan adalah menyingkirkan kalori, macam yang cikdewi bagitahu tadi lah. Tetapi berapa banyak kalori yang anda perlu buang dan bakar untuk nampak result yang memuaskan? Mudah saja caranya : Anda boleh menurunkan 1 pound  dalam seminggu dengan membuang 500 kalori sehari. (Kalori yang dibakar adalah dalam lingkungan berat 150 pound bagi wanita)

Hentakkan kaki anda.


Kawan-kawan anda yang kurus melidi tu berkemungkinan tidak aktif dan mereka mampu membakar kalori sebanyak 350 kalori dengan hanya menghentakkan kaki atau dengan tidak berbuat apa-apa, 
Cuba lakukan untuk beberapa hari. Berjalan-jalan di kawasan semasa anda sedang menjawab panggilan dari seseorang, atau lakukan rentak lagu dengan menggunakan hentakan kaki anda ataupun menari. Mungkin aktiviti sebegini sesuai dilakukan di kawasan yang agak privasi sikit. hee

Jauhkan diri dari kekacang.


Kekacang mempunyai lemak yang bagus untuk jantung kita, namun mereka juga tinggi kalori : 1 genggam kekacang ( lebih kurang 1 ounce,) yang digoreng = 175 kalori, 3 genggam = 525 kalori. Lebih baik cut pengambilan kekacang dan anda mampu kurangkan 500 kalori sehari.

Jika anda masih tidak mampu mengelakkan diri dari mengunyah kekacang, boleh ambil pistachoius, 2 genggam = 159 kalori sahaja, dan kulit mereka yang keras tu, mampu melambatkan anda untuk mengunyah.

Elakkan makan di hadapan televisyen.


Berdasarkan kajian yang pernah dilakukan dari Universiti Massachusetts, anda akan makan lebih dari 288 kalori di hadapa televisyen. Jadi, makanlah di meja makan, dan gantikan 1 jam menonton tv dengan lakukan aktiviti berjalan biasa, dah dapat bakar 527 kalori.

Kurangkan topping untuk salad.


Anda mampu selamatkan 500 kalori dengan hanya pengambilan 1 jenis topping, tambahkan sayur-sayur yang rendah kalori. Jangan tambahkan hirisan keju, kekacang, dan avocado kerana mereka mampu menambah jumlah kalori yang diambil di dalam salad yang pada fikiran kita adalah makanan yang sihat, ia boleh menjadi penyebab penambahan kalori.

Pinggan.


Tukarkan pinggan anda!
Gantikan pinggan 12 inch kepada 10 inch, dan anda akan makan 20-25% kurang dan juga boleh mengurangkan pengambilan 500 kalori.
Anda juga tidak akan rasa tidak kenyang langsung.

Skip the whip.


Atau dalam erti kata lain, tak perlulah dessert selepas makan, tahukah anda, makanan pencuci mulut ada 670 kalori yang mengandungi whipped cream, susu dan juga sirap.
Jika anda rasa teringin cukuplah hanya satu cawan kecil espresso yang mengandungi 30 kalori saja, jadi anda da boleh kurangkan 640 kalori.

Koktails.


Minuman campuran buah, sirap dan juga susu dicampurkan pula dengan susu pekat anda boleh menambah lebih kurang 800 kalori !! Cara yang lebih baik, kurangkan pengambilan susu dan sirap campuran. Kurangkan juga pengambilan gula. Lagi pula, tak elok sangat sebenarnya campurkan susu dengan buah-buahan..kan..

Kurangkan pengambilan pasta.


Satu cawan pasta hanya 220 kalori. Tetapi, kalau berada di restoran, kebiasaanya portion untuk makan malam adalah lebih dari satu cawan atau lebih kurang meningkat sebanyak 48% menjadi 1,056 kalori. Cukup anda hanya ambil 2 cawan pasta saja, at least boleh kurangkan 616 kalori sehari.

Kalau tengok berdasarkan apa yang cikdewi share hari ini lebih kepada habit pengambilan makanan seharian kita. Sebenarnya banyak cara yang kita mampu lakukan untuk kurangkan at least 500 kalori sehari. kalau kita biasa makan kesemua yang di atas, buang salah satu darinya pun dah boleh membantu untuk menurunkan berat badan dan juga membakar kalori.
Diharapkan entri kali ini dapat membantu.

Friday, 4 December 2015

Kekal aktif walaupun ketika datang bulan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua ..
Hujung minggu macam ni seronok sebenarnya melakukan aktiviti yang sihat bersam kawan-kawan mahupun orang tersayang ..
Cehh, dah macam dalam iklan lah pulak ceritanya kan.

Oklah, kita cakap straight forward je lah kan.
Ada lah kan beberapa orang kawan cikdewi ni, kalau ajak pergi bersukan, atau aerobi ke, berjoging ke, dia orang ni ok je, cuma apabila sampai je time datang bulan atau period, semua tak nak join.
Alasannya, aku takut bocor lah, aku takut tak selesa lah. 
Ish, takutlah kalau time period ni bersukan. Cikdewi akan tanya balik, apa pasal pulak? Bukannya benda tu menganggu pun.

So, terlalu banyak alasan yang you all guna untuk tidak berpeluh sewaktu datang bulan.
Sebenarnya, sewaktu kita datang bulan, for sure ada certain perempuan akan mengalami senggugut atau dikenali sebagai dysmenorrhea, sakit pinggang ataupun rasa sengal-sengal otot. Ini adalah normal kerana perubahan hormon berlaku sewaktu kita datag bulan. Kerana tidak semua perempuan mempunyai hormon relaxin yang mampu menahan kesakitan pada bahagian rahim, dan ada juga yang sampai tergolek-golek di buatnya. Jadi, apakah penyelesaian yang sesuai ?


Kalau masa study dulu, cara yang cikdewi lakukan adalah dengan berjoging pada petang hari selepas waktu kelas lah biasanya. Cikdewi memang akan mengalami senggugut apabila datang bulan tetapi tidaklah kronik, tetapi cikdewi mengambil inisiatif untuk kekal aktif dengan berjoging atau apa-apa saja aktiviti yang boleh membuatkan kita berpeluh dan sakit itu akan hilang. Sebab apa, apabila kita melakukan aktivti seperti bersenam, endorphins akan dirembeskan dan kesannya adalah untuk mengurangkan rasa sakit. Selain itu, senaman regangan juga membantu untuk mengurangkan segal-sengal pada otot.


Lagi satu caranya adalah dengan mandi air suam/panas. Cikdewi pernah terbaca satu page di Facebook yang berkongsi tentang bagaimana sesuatu produk dan artikel itu juga menceritakan bagaimana dan berkongsi cara yang dilakukan semasa datang bulan. Antaranya adalah dengan mandi air panas semasa hari pertama hingga ketiga semasa datang bulan. Tujuannya adalah untuk merelakskan urat di bahagian rahim kita dan mengelakkan berlakunya kekejangan. Kekejangan itulah yang menyebabkan senggugut. Cikdewi dah buat rutin mandi air panas semasa period ni pun baru berapa lama je, tapi kesannya Alhamdulillah, senggugut berkurang sikit-sikit, dan kalau ada sakit pun, tidaklah teruk sangat. Ha, selain itu, boleh gunakan botol yang diisi air panas dan kemudiannya balut dengan tuala dan tuamkan ke perut anda.


Selain itu, amalkan minum air halia untuk membuang angin dalam badan selain untuk memanaskan badan. Sangat efektif jika kita amalkan semasa datang bulan ni. Kalau rasa tak tahan dengan rasa halia tu, campurkanlah dengan gula melaka atau perahkan lemon, sedap juga rasanya tau.


So, buang semua negative mind yang dok sibuk ada kat dalam kepala tu. Jangan takut dan yakin pada diri anda. Sememangnya tidak ada halangan untuk sentiasa kekal aktif dan lakukan perkra yang menjadi kegemaran walaupun hari itu adalah hari yang buat anda tidak selesa, cari alternatif yang lebih selamat, so tak perlu nak risau sangat kalau apa-apa yang tidak inginkan terjadi kan.


Lepas ni, macam mana? Boleh je kan nak join aerobic atau berjoging pada petang hari walaupun ketika datang bulan kan.
Cikdewi harap entry kali ni membantu sedikit sebanyak untuk anda.

Wednesday, 2 December 2015

#HomeWorkout - Mudah je nak exercise.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sementara menunggu pesakit yang tak kunjung tiba lagi ni, cikdewi nak juga lah take advantage untuk tulis satu entry hari ni, memandangkan dah agak lama juga cikdewi tak berblogging ni kan.

Well, almost 2 months my Combat Obesity program dah berlansung and dah banyak juga feedback dan juga perubahan yang cikdewi dah lakukan untuk menambah baik untuk perbaiki kekurangan yang ada.
Bermakna, program yang cikdewi jalankan sekarang ni bukan hanya fokus dengan aerobic semata-mata, cikdewi juga tambahkan sesi untuk Weight Body Training which is mengambil masa selama satu jam, 5 jenis workout, 10 repetitions, dan 3 sets.

So far, workout ni baru saja bermula, ye lah nak bagi perserta kenal dulu, dan cuba sesuaikan dengan badan. Alhamdulillah, mereka pun berpuas hati =)

Ok lah, cikdewi nak share sikit apa jenis workout yang we all dah lakukan pada sesi yang lepas.

1.High Knees


Senaman ini dilakukan secara alternately dan mulakan dengan perlahan untuk yang baru memulakannya ya.

2.Push Up on Knee

Untuk Push Up exercise ni, apa yang penting adalah posture badan, badan mestilah harus selaras dengan lantai.
Mungkin ada beberapa orang yang masih tidak tahu cara yang betul dan mereka sering melakukan posisi yang salah untuk senaman ini.

Contoh posisi yang salah adalah seperti berikut :
Ramai di antara kita yang melakukan posisi seperti ini, samada dengan membengkokkan lutut ataupun cara yang biasa. Posisi ini adalah salah !


Begitu juga dengan posisi ini, melakukan push up dengan cara begini akan menambahkan lagi kecederaan pada bahagian belakang. Jadi, makin ramailah pesakit yang sakit belakang datang ke hospital untuk jumpa Fisioterapi kan.
Jadi elakkan posisi ini jika sayangkan pinggang dan belakang anda, kerana posisi ini sememangnya salah !

3.Crunches

Untuk Posisi Crunches, bagi yang beginner tangan boleh diletakkan di sisi. Cuba bawa kepala ke dada dan tangan yang di sisi, ditolakkkan ke hadapan sedikit.

4.Mountain Climbers


Mulakan dengan posisi badan selaras dengan lantai, kemudian gerakkan kaki ke arah pinggang kemudian turunkan semula. Lakukan perkara yang sama untuk kaki lagi satu.

5.Leg Raise


Senaman ini boleh dilakukan di atas katil je, senang sangat caranya. Hanya baring, angkat kedua kaki 90 darjah kemudian turunkan perlahan-lahan tapi ingat jangan jejak lantai, dan kemudian angkat semula pada posisi asal.

5 jenis senaman, lakukan 10 kali ulangan(repetitions) untuk setiap senaman dan lakukan sebanyak 3 sets.
Mudah saja bukan, boleh lakukan dirumah saja. Ambillah masa sekurang-kurangnya 30-60 minit saja untuk diri anda berpeluh sedikit walaupun bukan berada di gym.

So, ini saja untuk hari ni, semoga bermanfaat. =)

Friday, 6 November 2015

Tips Kesihatan #3

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

TIPS OF THE DAY !


Persediaan untuk recovery !
Sememangnya kita lakukan senaman dengan tujuan untuk membakar lemak dan juga megurangkan berat badan, tetapi apa yang perlu dilakukan selepas workout ? Jangan abaikan untuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk membaik pulihkan semula otot-otot yang soreness. 

Treat diri anda dengan mandian air panas selepas lakukan senaman, serta ambil satu sudu kecil madu sebelum tido. Madu juga membantu untuk proses memulih. Selain itu, urutan badan juga membantu.

FOOD OF THE DAY !


JAGUNG
Percaya atau tidak, jagung adalah makanan low-fat complex carb untuk menurunkan berat badan. Ia kaya dengan serat tetapi agak sukar untuk dihadam. Bagaimana pun, ia adalah serat tidak larut ia membantu dalam mengendalikan masalah penghadaman seperti sembelit dengan cara menyerap air dan melembutkan najis untuk keluar dengan lancar.

Jika anda bercadang untuk membersihkan perut, boleh makan jagung untuk gantikan carb dengan nasi.

WORKOUT OF THE DAY !


SIDE PLANK
1. Baring mengiring dan tangan dan kaki anda menyentuh lantai.
2. Tegakkan badan, mengikut garisan badan.
3. Bawa pinggul sedikit ke bawah mendekati lantai.
4. Kemudian, bawa semula ke atas pada posisi asal.
5. Ulang 8-12 kali.
6. Tukar pada sebelah badan dan ulang pergerakan.

Penting !
Jangan lupa untuk bernafas, lakukan dengan perlahan dan relax.

Harap tips kali ni dapat membantu.

Wednesday, 14 October 2015

Tips Kesihatan #2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah bertemu lagi kita, dan salam Maal Hijrah for all of you..
Insha allah kali ini ceikdewi akan share lagi tips kesihatan yang berguna untuk awak semua !

TIPS KURANGKAN LEMAK :
Fokus pada diet dan juga pengurangan berat awak semua! Kebanyakan orang suka mengandaikan bahawa dengan melakukan banyak walau beratus crunches pada setiap hari mampu membakar lemak pada bahagian perut dan membuang lemak dengan cepat. INI SALAH !


Melakukan crunches hanya akan membentuk dan tone up bahagian perut, tapi ia tidak mampu untuk membantu untuk menghilangkan lemak pada lapisan lemak di bawahnya. Jadi, cara yang lebih baik untuk menghapuskan lemak adalah dengan menjaga pemakanan atau diet yang seimbang dan sihat tetapi haruslah bergerak bersama workout yang hebat !

Pastikan awak semua tidak sabotaj workout awak ye, dan pastikan mengambil pemakanan yang seimbang dan yang penting EAT CLEAN !

MAKANAN YANG TERBAIK UNTUK KURANGKAN LEMAK :


KIWI
Kiwi sememangnya sangat bagus untuk sistem penghadaman kita. Selain itu, ia juga amat bagus untuk boosting immunity serta tinggi dengan serat. Perlu diingatkan bahawa serat sangat bagus untuk sistem pencernaan kita serta membantu untuk mengelakkan masalah usus dari terjadi. Mencegah lebih baik dari merawat.

SENAMAN YANG BOLEH DILAKUKAN :


MOUNTAIN CLIMBERS

1. Letakkan tapak tangan awak ke lantai, bukaan tangan mestilah seluas bahu.
2. Tegakkan badan dan kaki mestilah lurus dan hanya ibu jari saja memijak ke lantai. Pastikan badan dalam keadaan tegak , dengan beban badan di sokong oleh tapak tangan dan kaki saja.
3. Bermula dengan mana-mana kaki,bengkokkan lutut dan pinggul pada masa yang sama bawa lutut ke bahagian bawah pinggul. Kaki yang sebelah lagi haruslah kekal di posisi permulaan tadi.
4. Kemudian, undurkan kaki yang naik ke atas tadi ke bawah semula dan berada pada posisi yang asal. Sambung semula pergerakan tadi dengan menggunakan kaki yang sebelah lagi.

Tips senaman :
Jangan lupa untuk bernafas dan kawal pernafasan awak semua ye.
Ingat, apabila kaki melawan graviti hembuskan nafas, bila kaki turun tarik nafas semula.

Cikdewi harap tips kali ni boleh membantu awak semua serta dapat menambah pengetahuan.
Terima kasih