a.navigation {background: #3333ff ;color: #ffffff;margin: 1px;padding: 2px;border-width: 0;text-transform: uppercase;text-decoration: none;font-weight: bold;}a.navigation:hover {background: #333333;color: #ffffff;text-decoration: none;}

encik iklan

Saturday, 13 February 2016

Kesihatan Wanita : 9 Jenis Vitamin Yang Wanita Mesti Ambil

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini, cikdewi nak ceritakan sedikit mengenai jenis-jenis vitamin yang patut di ambil oleh wanita. Hal ini, kerana wanita mengalami haid, hamil malah berisiko untuk menghidap osteoporosis di sebabkan pengurangan hormon apabila lanjut usia.

So,kita straight to the point saja lah ye.



1. Vitamin A
Vitamin , lebih cenderung kepada kesihatan untuk mata yang boleh di dapati secara natural dengan hanya memakan lobak merah. Jika diambil dalam kuantiti yang terkawal ia mampu membantu dari segi penjagaan diet supaya tidak kekurangan zat di dalam badan. Selain membantu penjagaan mata, ia juga mampu memberi kebaikan dari segi kesihatan jantung malah baik untuk kesihatan kulit dan mengekalkan keremajaan.



2. Omega 3
Minyak ikan lebih cenderung jika dikaitkan dengan Omega 3 ni. Fatty acid yang terkandung di dalamnya dipercayai dapat megelakkan dari risiko kanser, mengurangkan risiko sakit jantung, da membantu mengurangkan depression.



3. Vitamin C
Kebanyakkan kita mengetahui kesedapan vitamin ini dengan rasa manisnya sedari tadika lagi. Ibu-ibu kita dulu menggalakkan kita minum jus oren disebabkan adanya vitamin C, Kebaikkan vitamin C adalah ianya bagus untuk antioksida dan termasuk untuk memulihkan luka, menghasilkan sel darah merah, meningkatkan sistem imun, dan mengelakkan dari serangan jantung.



4. Kalsium
Wanita adalah lenih cenderung untuk mendapat osteoporosis iaitu sakit tulang,maka kalsium adalah bahan mineral yang sangat penting untuk di ambil oleh kaum wanita. Disebabkan perkara ini, doktor aka mengesyorkan anda untuk mengambil supplement kalsium untuk menjaga tulang anda.
Bagi wanita post-menopose digalakkan mengambil kalsium 1200 miligram manakala pre-monopose digalakkan ambil 1000 miligram kalsium.



5. Vitamin B
Keluarga B ni memang sangat besar. Anda boleh mengambil supplement B complex untuk kesihatan anda. Vitamin B, membantu untuk mengekalkan kesihatan otak malah membantu untuk mengekalkan tone otot, dan menghasilkan sel baru.



6. Probiotic
Probiotic membantu untuk mengawal masalah pencernaan. Malah ia juga membantu meningkatkan sistem imun. Selain itu, prebiotic mampu mengelakkan anda mendapat masalah pada bahagian bowel.



7. Iron
Satu lagi mineral yang boleh di ambil untuk kaum wanita mahupun lelaki, tetapi lebih baik untuk wanita. Kerana, wanita yang melahirka anak perlu ambil lebih iron untuk proses pemulihan, begitu juga sekiranya lanjut usia, untuk megelakkan sebarang komplikasi. Kekurangan iron dikhuatiri anda berpeluang mendapat anemia dimana sel darah merah berada di paras yang rendah.



8. Vitamin E
Satu lagi antioksida yang bagus, membantu menghasilkan sel darah merah, dan melambatkan proses penuaan sel.



9. Vitamin D.
Kebaikkan vitamin ini, adalah meningkatkan sistem imun. Disamping tu,ia mampu melawan sel kanser dan ada yang berpendapat ia mampu mengelakkan risiko barah payudara sebanyak 50%. Vitamin D juga membantu badan kita menyerap kalsium, di mana menjadi gabungan Vitamin D dan kalsium sebagai perisai untuk melawan risiko penyakit. Membantu kesihatan tulang dan sistem badan pada masa yang sama.

Kebanyak jenis vitamin di atas sangat berkait antara satu dengan yang lain. Oleh itu, jom kita pakat ambil makanan yang sihat untuk menjaga kesihatan yang optimum untuk masa akan datang.


keyword : kesihatan wanita, antioksida, mengelakkan penyakit, sistem imun, masalah pencernaan, Omega 3, Vitamin A, Vitamin C, Vitami D, Prebiotic, Iron, Vitamin B.

Tuesday, 9 February 2016

Cara nak naikkan follower kat Instagram

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Tadi cikdewi google la info-info yang boleh di jadikan bahan untuk masukkan dalam entri kali ni, selain kita buat fitness, kita foya-foya sikit lah. Hihi



By the way, semasa cikdewi sedang blog walking, terjumpa lah satu entri yang agak berguna untuk mereka yang aktif dalam media sosial, lebih-lebih lagi instagram. Haruslah, dunia serba modern sekarang ni, siapa yang tak ada Instagram ? Kecuali orang-orang tertentu sajalah kan.
Ok, sambung cerita, you all boleh singgah blog MrJocko ni, entri dia agak awesome kot. Well, cikdewi suka cara penulisan dia, sempoi.

Boleh google je nama dia ni 😊

Well, follower cikdewi tak ada lah ramai sangat setakat 600lebih, alhamdulillah. So, macam mana cara you all nak naikkan follower dekat Instagram, jum cuba cara ni.

Buka akaun Instagram anda dan pergi ke bahagian SEARCH.

Then, carilah selebriti pilihan anda, yang sememangnya follower berderet. Contoh, cikdewi search Fattah Amin @fattahaminz

Comelkan dia ni 😆


Lepas tu pergi dekat follower mereka, dan follow mereka tu. Kalau anda rasa nak 100 follower, follow la 100 follower selebriti tersebut.

Macam mana pun, cikdewi baru je try, tak lama lepas tu tengok kat notification, ramai pulak yang follow back, tak pernah dapat follower request yang macam tu. Hihi

Ni follower request cikdewi punya..


Well, selamat mencuba 😉

Cara Nak Ramaikan Visitor Berkunjung Ke Blog Anda!

Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Kepada blogger yang sudi melawat pondok cikdewi ni, Alhamdulillah, terima kasih.
Hari ni, cikdewi nak share sikit cara-cara macam mana nak naikkan Traffic Visitor ke blog kita, cikdewi pun penat dok fikir macam mana nak tambah jumlah visitor. Jum kita bantu membantu =)


[ENTRY DIBAWAH COPY & PASTE]  

Haa... ini adalah cara cepat beb! Nak up kan traffic korang tak? Tadi jenguk blog Yaty dan terbaca entry latest dia pasal macam mana nak upkan traffic blog kita. Maybe caranya kurang paham sikit tapi takpe saya nak cuba dulu. Jom kita pakat cuba ramai-ramai. Tak rugi pun kan kalau try cara ni. Kalau menjadi kiranya kita bertuah.

 Cara nya begini:
1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik. 
2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda. 

7 . Qila Razak 
8. CekLa 

PERATURAN!!! 
1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1. 
2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya. 
3. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15). 
***So urutannya jadi mcm nie... 

1. mizz shizu 
6 . Qila Razak 
7. CekLa 
15. NAMA BLOG ANDA

4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut: 

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1 
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5 
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25 
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
 Posisi no.11, Jumlah backlink = 625 
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125 
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625 
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125 
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625 
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625 
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125 
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625 
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125 
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625

 Kita sama-sama cuba jaya okk…. Selamat mencuba!!! 
***Ingat...jangan menipu...tolong menolong sesama rakan blogger untuk mendapat trafic yang banyak... Pastu Jgn Lupa promote link entry ni.. kt member2 korang.. lagi byk lagi bagus.. kalau sehari promote kat 100 blog mungkin yg buat 10% jer maknenya dalam 10 org yg buat... ingat lagi byk backlink kiter... lagi tinggi rating kiter kat google.. Kite cuba je ni,tak tahu macam mana result.Kite nak singgah semua link di atas.Korang tunggu apalagi? 
--*--*--*--*--*--*--*--*--*--*--*--*--*--*--*--*--*--*--*--*--*--*--*--*--*--*-- 

Sumber rujukan 5 Killer Tactics to Increase Your Blog Traffic - VerveSearch www.vervesearch.com › Blog As well as payment, you could also offer bloggers the following perks:• Offer to share content on their own site (but only if you have a large social following) • A link back to their website from every post they write for you • Give them free use of your products or services Boost Blog Traffic boostblogtraffic.com/ How to get more readers, become an authority in your niche, and get the attention you deserve. 

15 Cara Meningkatkan Trafik Blog - Denaihati denaihati.com/15-cara-meningkatkan-trafik-blog Translate this page Oct 19, 2011 - Berbagai cara dilakukan digunakan sehingga ada. ... Aku pernah berkongsi 5 cara meningkatkan trafik dalam entri “Cara Nak Popularkan Blog” dan .... dari KOZUMI lak –>> Tips rahsia traffic budak nakal blogspotHaa itu je ... 

AMRAFAHAN: Cara-cara untuk menaikkan traffic kat blog ... amrafahan.blogspot.com/.../cara-cara-untuk-menaikka... Translate this page Dec 30, 2010 - Nak up kan traffic korang tak? Tadi jenguk blog Yaty dan terbaca entry latest dia pasal macam mana nak upkan traffic blog kita. Maybe caranya ... 

Tips Meramaikan Pembaca dan Meningkatkan Traffic Blog adasya.blogspot.com/.../tips-meramaikan-pembaca-da... Translate this page Sep 3, 2011 - Hari saya nak kongsi tips macam mana meramaikan orang view blog kita dan menaikkan traffic blog. Selain entry yang menarik,cara penulisan ... 

Cara Meningkatkan Traffic Pengunjung Blog / Website ... www.maxmanroe.com › Blogging Translate this page Ada beberapa cara untuk meningkatkan traffic pengunjung blog / websiste yang saya rekomendasikan. Bebeberapa cara bisa dilakukan dengan gratis, tapi ... 

Cara Meningkatkan Traffic Ranking Website atau Blog bukainfo.com › Blogging › SEO › Tips Trik Translate this page Setiap pemilik blog atau website tentu sangat membutuhkan traffic yang baik di serp, namun bagaimana Cara Meningkatkan Traffic Ranking Website atau Blog ... 

Cara Mudah Meningkatkan Trafik blog:lengkap - StrukturKode strukturkode.blogspot.com › Blogger Tips › SEO Translate this page Disini diuraikan mengenai cara mudah meningkatkan trafik blog yang bisa kita lakukan. seperti apakah? 

cara cepat naikkan traffic visitor | Windows and ASP.NET ... blog.jaringanhosting.com/.../cara-cepat-naikkan-traffi... Translate this page Apr 21, 2015 - Salah satu cara untuk meningkatkan traffic visitor di website/blog Anda, salah satunya dengan terus blogging .. 1. Blogging Setiap Hari – AKTIF ...

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Saturday, 6 February 2016

Hypertension dan Diabetic.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Harap anda semua dalam keadaan yang sihat sentiasa.

Memandangkan cikdewi baru saja baik demam dan baru dapat suara sendiri, so rasanya cikdewi rasa semangat sikit nak bercerita dalam blog ni memandangkan agak lama juga cikdewi tak menulis atau membebel kat dalam ni kan.

Oklah, dua hari lepas, cikdewi dan kawan cikdewi iaitu misaleya keluar bersama, memandangkan esok harinya cikdewi cuti so, kami plan nak berjimba. Lepas ambil kawan kami lagi seorang kami meneruskan perjalanan ke Pusat Karaoke Diva, di bandar Seri Alam, Pasir Gudang.


Topik dalam kereta pada hari itu agak menarik. Memandangkan misaleya ni baru saja balik dari Alor Setar menghantar pesakit ke sana, kes Neuro (otak) ASDH - Acute Subdural Haemorrage, ataupun pendarahan di dalam otak tahap acute. Perkara ini, membuatkan kawan kami Faiz tertanya-tanya.
Antara soalan-soalannya adalah ..

1. Macam mana boleh berlakunya kes macam tu? (ASDH)
Jadi, jawapannya kami berdua pun share. kejadian macam ni boleh terjadi, sekiranya pesakit yang menghidap penyakit hypertension, tapi tidak mengambil ubat. Tiba-tiba, darah naik dan akan direct ke otak. Maka, pendarahan pada otak boleh terjadi. Selain daripada itu, strok atau angin ahmar juga kemungkinan besar boleh terjadi. Macam manapun, kes ASDH ni bergantung kepada berapa besar pendarahan yang ada di dalam otak. Kalau tidak lebih dari 3-4cm insha Allah pesakit masih boleh survive.


2. Jadi, ubat-ubatan tu penting lah ye?
Ya. Sekirannya pesakit yang memang menghidap penyakit hypertension ataupun diabetic. Ubat yang dibekalkan haruslah di ambil mengikut masa dan dos yang telah ditetapkan. Jika pesakit rasa mereka sudah kurang menghidap tekanan darah yang terlalu tinggi, maka dinasihatkan untuk berjumpa doktor sama ada untuk pengurangan dos atau rawatan lain akan diberikan. Jangan berhenti makan ubat sesuka hati ya tanpa pemantauan dari doktor. Kerana, menurut lia, ada pesakit mereka yang defaulted tak makan ubat selama 7 tahun lamanya kerana merasakan tekanan darah sudah stabil. Jadi, pesakit mengambil keputusan untuk berhenti makan ubat tanpa berjumpa doktor. Namun, tiba-tiba serangan darah tinggi menyerang, dengan tidak mengambil apa-apa ubat, pesakit tersebut meninggal serta merta.


3. Memang beza ya, pesakit diabetic dan darah tinggi ni ?
Keduanya perlu mengambil ubat-ubatan yang diberi. Bagi pesakit hypertension, tekanan darah mereka tidak boleh terlalu rendah dan tidak boleh terlalu tinggi, mereka ada range yang sesuai untuk mereka. Manakala, bagi pesakit diabetic tiada beza, kadar gula di dalam darah juga tidak boleh terlalu rendah dan tinggi. Sebab itu, dinasihatkan pesakit diabetic perlu sentiasa sediakan gula-gula di dalam poket untuk elakkan hypo, atau kadar gula rendah. Kerana keadaan itu, akan menjadi tidak normal pada mereka.

4. Macam tu, senaman dan diet memang penting lah kan?
Kali ni, cikdewi jawab. Sememangnya sangat penting. Sebelum kita develop jenis penyakit macam yang di atas, lebh baik kita jaga diri kita, dengan cara menjaga pemakanan dan juga amalkan gaya hidup sihat dengan bersukan. Yang penting kita lakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 3kali seminggu. Dari dua penjagaan ini, sekurang-kurangnya kita dapat melambatkan lagi proses penyakit masuk ke dalam tubuh kita.


5. Sakit hypertension ni, boleh hilang tak ?
Kita perlu mengawal, akan tetapi macam mana pun ubat-ubatan perlu di ambil. Sekiranya pesakit mendapati mereka sudah juga ada tekanan darah tinggi, pergilah dapatkan nasihat dari doktot untuk tindakan seterusnya. Kerana, ubat-ubatan ini sudah menjadi kebergantungan kepada pesakit, bmbang jika berhenti mendadak ia akan jadi sakit lain pula. Begitu juga dengan diabetic.

6. Nak diet tu, jangan makan malam ye?
Bukan tak boleh makan malam, tapi makan berat sebelum jam 9 malam. lepas dari jam itu, kalau terasa lapar carilah snek seperti buah-buahan atau susu dan milo, ataupun boleh ambil oat dan juga whoemeal bread sekeping.
 Nabi pun galakkan kita makan sedikit sebelum tidur kan. Tapi bukanlah makan berat ye.


Selepas itu, kami pun sampai ke destinasi yang dituju.
Cikdewi harap dapat membantu sedikit sebanyak mengenai kemusykilan anda semua.
Harap entri kali ini, memberi input yang bagus untuk anda.

Tuesday, 2 February 2016

Cara atasi sakit bahu

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

Bila seharian bekerja, adakalanya kita tak sedar atau mungkin ta perasan pun bila masanya anggota badan kita boleh terasa sakit. Tu yang ada kes datang jumpa kami, bila tanya punca jawapannya adalah tak tahu, dan tiba-tiba.

Contoh kesakitan yang cikdewi maksudkan adalah, sakit bahu, sakit siku, dan paling berat adalah sakit pinggang atau belakang.

Sakit bahu
Kategori untuk sakit bahu ada banyak jenis, sebagai contoh, 
1. Supraspinatus tendinitis
2. Bicipital tendinitis
3. Rotator cuff tear
4. Frozen shoulder 

3 kondisi iaitu supraspinatus tendinitis, bicipital tendinitis dan rotator cuff tear adalah keadaan di mana kelemahan otot terjadi dan menyebabkan kecederaan pada otot atau tendon otot yang berkaitan. Manakala, untuk kondisi frozen shoulder pula adalah disebabkan keketatan pada sendi bahu yang menyebabkan bahu terasa ketat dan sukar untuk bergerak.

Baiklah cikdewi akan berkongsi sikit cara-cara untuk mengurangkan sakit yang anda alami itu.

Tuam dengan tuala panas.
Fungsi menggunakan tuala panas adalah bertujuan untuk melegakan kesakitan yang ada disamping untuk melancarkan peredaran darah pada bahagian bahu.
Jadi, anda boleh mengambil tuala direndamkan dengan air suam panas, atau menggunakan hot pack jika ada, dan letakkan pada bahagian bahu anda yang sakit. Biarkan selama 20 minit dan alihkan tuala atau hot pack tersebut.


Senaman regangan.
Masalah pada bahagian bahu adalah sangat complex dan kadangkala kita boleh keliru dengan masalah yang pesakit alami.

Jadi senaman berupa regangan adalah salah satu cara untuk mengurangkan sakit. Namun jika anda rasa sangat sakit ketika mengangkat tangan, gunakan dinding untuk mengangkat tangan anda dan tahankan pada dinding itu. Lakukan selama 15 saat dan ulangkan sebanyak 3 kali.


Senaman isometric.
Senaman isometric ni apa ye? Ok senaman isometric ni adalah senaman tanpa pergerakan. Sebagai contoh, plank, ia adalah senaman tp tiada pergerakan, setuju? Jadi, senaman untuk  kesakitan bahu ni pun boleh dilakukan senaman isometric dengan cara melekapkan siku ke dinding, dan tolakkan badan ke dinding. Tahan selama 10 saat, dan relax. Senaman cara ini, boleh dilakukan dari tepi dan belakang.


Berjumpa dengan fisioterapi.
Jika kesakitan yang di alami masih lagi terasa atau semakin teruk, sila rujuk kepda doktor dan fisioterapi yang berdekatan. Mereka akan memberikan rawatan modaliti elektroterapi untuk mengurangkan rasa sakit atau rawatan manual yang sesuai mengikut kondisi anda.


Macam mana pun, senaman yang boleh dilakukan di rumah boleh di ikuti oleh anda untuk rawatan di rumah. Semoga entri kali ini dapat membantu.

Senaman Terbaik Untuk Kempiskan Perut

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setiap wanita, tidak kira samada gadis muda, wanita berkejaya mahupun suri rumah tangga pasti mengidamkan tubuh yang seksi dan menawan.
Lebih-lebih lagi mereka ini cuba untuk mendapatkan perut yang ramping atau flat tummy. 
Bahagian perut atau abdominal adalah bahagian yang agak sukar untuk di tackle dan memerlukan usaha yang sangat keras untuk membentuk otot pada bahagian perut.
Macam mana pun, hari ni cikdewi akan berkogsi kepada anda semua, senaman apakah yang sesuai dilakukan untuk mendapatkan perut yang kempis dan seksi.



1. Hanging Hip Raises.
Senaman ini antara senaman yang paling berkesan untuk kempiskan dan membentuk otot perut anda.
Dimana, ia akan memberikan tekanan pada otot perut untuk berkontraksi semasa anda mengangkat kaki ke atas selari dengan pinggang.
Melalui senaman ini,anda akan menstabilkan core muscle dan menguatkannya pada masa yang sama dengan menggunakan body weight iaitu dengan mengangkatkan kaki anda selaras dengan pinggang, ia merupakan daya tekanan yang semulajadi.
Senaman ini juga boleh dilakukan sambil berbaring, di mana ianya adalah cara yang mudah yang anda boleh lakukan selain dengan menggantungkan diri.


2. Oblique Crunches.
Salah satu senaman yang bagus untuk otot perut khususnya bahagian oblique anda.
Lakukan senaman ini dengan variasi yang dicadangkan.
Baring di atas lantai, kemudian angkat kaki ke atas agar selari dengan badan dan lantai.
Angkat badan anda kearah kiri dan kanan semasa kaki anda berada di atas.
Berikan sedikit cabaran dengan memegang berat seperti weight plate dan letakkan di dada anda.


3. Bicycle Crunches.
Nak rasa perut lagi terbakar?
Lakukan ini.
Baring di atas lantai dengan kedua kaki di bengkokkan, kemudian lakukan secara serentak dengan menendangkan kaki kanan ke hadapan sementara kaki kiri dibawa ke dada, alternately. Lakukan crunching to each side.


4. The Plank Exercise and Side Plank Exercise.
Senaman Plank dan Side Plank adalah untuk menguatkan lagi otot perut anda di mana ia bukan untuk membesarkannya ya. Tapi untuk membentukkannya.
Senaman isometric ini sangat berbaloi dilakukan untuk mendapatkan perut yang menawan. Ia akan memaksa otot perut anda untuk kekal bertahan semasa senaman sedag dilakukan tetapi tanpa pergerakan. Hanya bertahan semasa anda meletakkan forearm anda di atas lantai dan badan tidak menjejaki lantai dan tahan badan dengan jari kaki.

Antara variasi plank adalah :
Forearm Plank Exercise with One Leg.
Insturction sama seperti di atas tetapi angkat satu kaki ke atas atau kebelakang.
Lakukan dengan bertahan dalam seminit dan tukarkan kaki.


Plank with Knee to Elbow
Posisi asal adalah sama, bengkokkan lutut dan bawanya ke arah siku yang bertentangan.
Forearm dan kaki hendaklah kekal menahan di lantai, lakukan secara bergilir.



Exercise ball Plank
Letakkan forearm di atas bola, dan jari kaki di lantai atau forearm di lantai kaki di atas bola.
Konsep yang sama, tahan selama beberapa saat atau seminit.



Ini adalah antara senaman yang cikdewi share untuk anda semua.
Mungkin tak banyak, tapi anda boleh review semula senaman yang cikdewi pernah share untuk anda dalam entri yang sebelumnya.
Biar sikit yang penting berkualiti kan?

Hope entri kali ini boleh membantu.