Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana hari ni cikdewi masih berpeluang untuk menulis satu lagi entri menarik khas untuk awak-awak semua.
Terima kasih ye.
Cikdewi pernah terbaca satu iklan, bunyinya macam ni, "Kurus tanpa diet dan bersenam, kami ada cara! Sila whatsapp ke bla bla bla."
Cikdewi pasti awak semua mesti pernah terbaca juga. Meh sini cikdewi nak terangkan. Produk yang mereka jual adalah supplement untuk kurus dan memang betul tak perlu diet tetapi untuk tidak bersenam itu sangat mustahil. Ok, cikdewi akan beritahu apa jenis produk yang mereka jual tu. Itu adalah sejenis fat burner yang memang effisien untuk membakar lemak di dalam badan. Namun, harus diingatkan, penggunaan fat burner akan membuat jantung awak berdegup lebih laju dari biasa kerana ia telah meransang metabolisma yang ada di dalam badan. Untuk mengawal hal ini terjadi, awak semua perlu bergerak atau pun aktif bergerak atau melakukan pekerjaan agar dapat mengawal jantung berdegup secara stabil dan selesa. Jika tidak, awak memang akan rasa jantung berdebar sentiasa.
Namun, ada cara lain juga untuk turunkan berat badan tanpa diet ataupun perlu ke gym untuk melakukan senaman, dan ianya lebih selamat.
Berikut adalah trick harian yang awak semua boleh lakukan untuk melatih diri agar menjadi lebih sihat.
1. Minum segelas air sebelum makan.
Awak akan kekal hidrat dan perut akan rasa penuh dengan lebih cepat dan mengelakkan dari terlebih makan.
2. Tukar menu pilihan yang lebih sihat.
Pemilihan makanan yang sihat seperti lebihkan sayuran dan buah-buahan sebelum makan, membantu dalam sistem penghadaman yang baik. Sayuran hijau mampu membakar sebanyak 80 kalori.
Ambillah sekeping dark chocolate sebagai pencuci mulut, sekurang-kurangnya sebagai hadiah untuk diri sendiri. hihi
3. Bijak mengawal portion dalam mengambil makanan.
Jika awak mahu turunkan berat badan, pengambil portion yang betul adalah sangat penting.
Gunakan pinggan yang kecil sedikit agar awak dapat lihat dan berpuas hati dengan portion yang di ambil. Jika ada lebihan makanan, letakkan ia jauh dari pandangan awak tidak pergi second round.
4. Banyakkan bergerak.
Ambillah sedikit masa yang ada untuk berjalan ke sekeliling ruang pejabat. Pilihlah untuk menaiki tangga berbanding escalator, dan parkinglah kereta awak tu jauh sikit dari pejabat. Cara-cara ini dapat membantu awak untuk membakar kalori.
5. Jangan minum minuman yang berkalori.
Pilihlah minuman yang mengandungi bahan-bahan yang segar seperti timun,lemon, ataupun mint untuk mengelakkan daripada awak menambah kalori dalam badan. Lebih mudah, lakukan sendiri lagi jimat. hee
6. Elakkan berlapar.
Jika ada rasa lapar sedikit, ianya bagus. Tapi, berlapar sepanjang hari akan membuatkan awak meroyan untuk menjejaskan pemakanan yang seimbang. Makan ikut masa, untuk mengelakkan tekanan darah rendah yang boleh menyebabkan awak kalah.
7. Amalkan pemakanan yang tinggi serat dan tinggi protein.
Makanan yang tinggi serat dan juga protein dapat membantu awak untuk rasa cepat kenyang selain ianya sedap untuk dinikmati.
8. Makan malam yang ringan, makan awal sedikit.
Makan malam awal sedikit dengan portion yang sedikit untuk membantu mengawal calori intake dan sekurang-kurangnya makan 2 hingga 3 jam sebelum masuk tidur.
9. Tidur secukupnya.
Amalkan tidur secukupnya dan gaya hidup yang sihat dan cara yang betul boleh membantu awak untuk kekal sihat dan cergas.
No comments:
Post a Comment