a.navigation {background: #3333ff ;color: #ffffff;margin: 1px;padding: 2px;border-width: 0;text-transform: uppercase;text-decoration: none;font-weight: bold;}a.navigation:hover {background: #333333;color: #ffffff;text-decoration: none;}

encik iklan

Monday, 8 June 2015

Macam Mana Nak Hilangkan SELULIT Ni ?!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terima kasih ye awak-awak semua kerana sudi membaca entri-entri cikdewi sampai lah ke hari ini.
Harap semua etri-entri cikdewi ni bermanfaat dan dapat membantu awak-awak semua.


Wanita dan selulit, seolah-olah perlu ada satu dinding yang perlu ada. Kerana sememangnya kita wanita ni sangat pantang kalau ade selulit di bahagian-bahagian badan seperti perut, paha, betis, mahupun belakang punggung. Tidak !!

Pada entri sebelum ni, cikdewi ada menulis tentang lemak di belakang badan. Ada pula yang bertanya jika ada cara nak hilangkan selulit mohon share. Ok, hari ni cikdewi nak kongsi beberapa cara macam mana nak hilangkan selulit yang awak-awak hadapi tu.

1. Kekal Hidrat.
Fakta yang utama sebab kenapa awak mempunyai masalah selulit adalah kerana kurangnya air di dalam badan kita. Disebabkan perkara ini juga badan kita tidak effektif untuk mengurangkan selulit yang ada. Maka, kekal hidrat adalah syarat yang utama untuk melenyapkan 'bumpy fat'. Sekiranya ir dalam badan tidak mencukupi, ingat bahawa awak mempunyai potensi yang tinggi untuk menyimpan toxic di dalam sel lemak yang terdapat di dalam badan. Untuk membuang toxic tu, perlu sangat-sangat awak-awak ni minum banyak sangat air putih atau pun air masak untuk flush semula toxic tu keluar dari badan ye.


2. Dry Brush.
Apa itu Dry Brush ? Ia adalah memberus kulit kita dengan menggunakan berus badan. Cara-caranya hanya berus saja badan kita secara perlahan. Sebaik saja kita sudah biasa mengamalkan minum banyak air. Cubalah cara ini, ianya membantu dalam mengurangkan selulit. Ia bertindak dalam membuka pori-pori kulit, dan mennyinkirkan sel kulit mati malah, membersihkan badan serta memudahkan toxic keluar dari badan dengan mudah. Kaedah ini juga membantu dalam melancarkan peredaran darah juga meransang penghasilan collagen, selain itu, membantu untuk menguatkan dan melembutkan tekstur kulit.


3. Minyak Kelapa.
Gunakan minyak kelapa ini sebagai pelembab selepas melakukan dry brush untuk mengekalkan kulit sihat. Selain itu, tambahkan 2 sudu minyak kelapa di dalam diet awak semua untuk membantu awak  membakar lemak di dalam badan serta membantu dalam penjagaan kesihatan.


4. Skrub Kopi.
Gunakan scrub kopi selama 10 minit untuk dua kali seminggu pada kawasan selulit. Sememangnya awak semua patut cuba, kerana ia memberi kesan yang positif selepas 4 minggu jika dilakukan secara teratur.


5. Ubah Diet Anda.
Amalkan pemakanan yang rendah GULA, rendah KARBOHIDRAT, dan tambah LEBIH fiber di dalam pemakanan awak semua supaya dapat melancarkan pencernaan. Gantikan bahan lemak tepu seperti minyak sayuran kepada bahan omega-3 seperti minyak zaiton, badam, atau minyak avocado jika ada. Elakkan banyak penggunaan garam. Makan lebih banyak buah-buahan dan juga sayur-sayuran yang mengandungi banyak kandungan air seperti, tembikai, timun,dan sebagainya untuk menambah keanjalan kulit malah dapat detoxify badan awak semua.


6. Peredaran darah yang lebih baik.
Peredaran darah yang baik sangat membantu dan dapat mengelakkan berlakunya selulit. Elakkan memakai pakaian yang ketat yang boleh menghalang peredaran darah ke bahagian paha, thigh, dan tempat-tempat lain yang mudah ada selulit. Lakukan senaman regangan seperti yoga atau Tai Chi untuk meregangakan tisu yang cramp dan membantu peredaran darah.

7. SENAMAN
Senaman seperti squat, Single-Leg Hip Raise, Reverse Lunges, Step-Ups, Single-Leg deadlift sangat membantu untuk menyingkirkan selulit. Cuba lakukan senaman seperti berikut sekurang-kurangnya 3-5 hari dalam seminggu.


Menarik tak entri kali ni ?CIkdewi pun macam teruja sekejap. HIhihi
Macam mana pun, cikdewi harap awak semua dapat share dengan kawan-kawan diluar sana benda yang bermanfaat macam ni. Kalau ada sebarang pertanyaan boleh komen, kalau ada idea nak kongsi lagi bagus. 

Hope this entry helps !!

No comments:

Post a Comment