a.navigation {background: #3333ff ;color: #ffffff;margin: 1px;padding: 2px;border-width: 0;text-transform: uppercase;text-decoration: none;font-weight: bold;}a.navigation:hover {background: #333333;color: #ffffff;text-decoration: none;}

encik iklan

Saturday, 16 May 2015

Senaman yang sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah lutut atau pergelangan kaki.

Assalamualaikum w.b.t

Dalam permulaan hari kita, bangun dari katil, menuju ke bilik air untuk mandi dan sebgainya, kemudian bersiap berdiri di hadapan cermin sambil tersenyum, Eh ?
Kemudian berjalan keluar ke rumah, ke tempat kerja, kemudian berjalan untuk mengambil fail dan apa saja. Sememangnya anggota bawah banyak berjasa kepada anggota badan yang lain. Jika tidak ia pasti agak sukar untuk melakukan tugas seharian. Sendi yang paling banyak bekerja juga adalah sendi lutut dan juga pergelangan kaki, di mana tugas mereka untuk menyokong berat badan semasa anda berjalan, berlari, mencangkung dan sebagainya.

Tahukah awak-awak sendi-sendi di tubuh badan kita akan mengalami proses wear and tear, di mana tisu-tisu sendi lama kelamaan akan semakin nipis dan akan mengakibatkan sakit. Itu adalah lumrah kerana ia terjadi disebabkan faktor usia, kekerapan penggunaan (seperti atlet), dan juga faktor berat badan.


Kenapa cikdewi cakap berat badan menyumbang kepada sakit lutut. Ok, cuba fikirkan kalau kita mempunyai kaki yang kecil, tetapi mempunyai berat badan yang berlebihan, dan kaki atau lutut kita terpaksa menampung beban yang berlebihan. Jenis pekerjaan kita pula memerlukan banyak berjalan, turun naik tangga. Wow, dapatkah awak-awak bayangkan ?
Sebab itulah cikdewi cakap ianya berkait.

Oklah, disebabkan ada salah seorang kawan cikdewi pm cikdewi dan bertanyakan tentang perkara ini, dan terima kasih kerana menyokong cikdewi. Maka, cikdewi akan berkongsi beberapa senaman yang boleh dilakukan dan sesuai dengan mereka yang mempunyai masalah lutut atau pergelangan kaki ini.

1.Senaman regangan. Mulakan dengan senaman regangan dahulu untuk mengelakkan terjadinya kekejangan pada otot yang akan mengakibatkan sakit pada sendi lutut. Cikdewi nak tambah sikit untuk senaman kuatkan lutut bole ikut gambar ini ye.

Static Quads Exercise. caranya tekankan lutut ke bawah seperti di atas dengan pergelangan kaki menghala ke atas, tahan selama 10 saat dan ulang sebanyak 10 kali.

2. Aerobic. Senaman aerobic yang mudah boleh dilakukan untuk senaman cardio menggantikan jogging. Ianya sangat mudah dan pastikan aerobic itu adalah jenis yang low impact ataupun pergerakannya yang tidak terlalu laju.

3. Brisk walk atau berjalan laju. Jika anda berada di gym. Gunakan treadmill untuk berjalan sahaja, dan bukan berlari. Selain itu, bicycle juga boleh digunakan.


4. Rowing. Di gym ada mesin rowing ni. Tetapi bagaimana untuk dilakukan di rumah ? Gunakan Theraband atau getah yang khas, di mana awak-awak boleh dapatkan di pusat-pusat yang menjual barangan seperti ini.


5.Push up. Lebih mudah dan boleh dilakukan dirumah.


6. Crunches. Teknik crunches ni banyak jenis, dan ini salah satunya.


7. Scissors. Senaman ini untuk otot bahagian dalam peha kita dan juga abs(perut).


Selain itu, yoga dan pilates juga membantu kerana senaman sedemikian kurang impak dan boleh diamalkan oleh semua golongan.

Sebenarnya banyak jenis senaman yang boleh di ubah suai untuk stay fit and active ! Banyakkan mengkaji dan cari sumber-sumber yang boleh diikuti seperti blog kesihatan, malah youtube juga mempunyai banyak video-video yang boleh kita ikuti.

Jadi, cikdewi harap dapat membantu mana yang boleh, senaman-senaman di atas boleh dilakukan dirumah dan juga outdoor.

No comments:

Post a Comment