Assalamualaikum w.b.t
Sempena hampir nak puasa ni, semakin ramai kita dapat jemputan perkahwinan tak kiralah dari saudara mara, sahabat handai da juga rakan tempat kerja.
Cikdewi baru saja balik dari majlis perkahwinan kawan sekolah rendah, bila dalam majlis keramaian ni, mesti akan jumpa kawan-kawan lama yang dah lama sangat tak jumpa..
wahhh, rindu zaman kanak-kanak !
![]() |
| ni gambar hiasan je tau ..cikdewi tak sempat nak snap gambar makanan |
Dalam majlis perkahwinan ni, tak sah kalau tetamu tidak dijamu dengan makanan wajib iaitu nasi beriyani atau nasi minyak, dengan lauk ayam masak merah atau pun rendang daging.
Pasti awak-awak rasa macam serba salah je kan, tak makan nanti tuan rumah cakap apa pula, ye tak ?
So, dari sini cikdewi ingin mencadangkan, kita makan dengan mengambil portion yang sedikit.
Tinjau setiap menu yang ada, ambil satu lauk pun sudah memadai, dengan sayur sekali. Jika ada buah-buahan lagi bagus, ambillah lebih sikit. atau pun makan buah terlebih dahulu.
Kemudian baru makan nasi.
Kebiasaanya, dalam menu yang disediakan pasti ada side dishes seperti bubur kacang hijau, rojak, sate, dan pelbagai jenis kuih dan muih, ambil sedikit hanya untuk merasa sudah memadai, jangan berlebihan. Jika tidak awak-awak kena bayar makanan tadi dengan beberapa pusingan larian. hihi
Balik saja dari kenduri, minumlah air masak. Sebab kat kenduri jarang disediakan air masak, untuk proses pencernaan.
Jadi, cikdewi harap entry kali ni dapat membantu awak-awak yang dalam dilema tu ..hihihi
macam mana pun, biar apa orang kata, yang penting kita menjaga diri kita dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Btw, nak wish juga kat member ni happy wedding day and wish you and husband happy untill jannah !
amin ..
![]() |
| kebetulan cikdewi dengan emel pakai merah and pengantin pun sama ..heee |
tahniah ye ain dan suami !


No comments:
Post a Comment