Assalamualaikum w.b.t
Baru saja post entri baru kawan cikdewi dah start tanya macam-macam soalan. Yang buat cikdewi tertarik dia tanya cikdewi, boleh tak kalau makan banyak pada waktu pagi kemudian tak makan dah ?
Kalau dahulu memang cikdewi suka buat macam ni. Tapi sebenarnya ini buang masa dan tenaga awak-awak je sebab cara tu tak pernah berkesan.
Jika ada yang kata itu berkesan, dia sedang menyeksa diri dia sendiri. Kalau kita tak makan badan kita akan jadi lebih lemah dan macam mana metabolisme badan nak buat kerja.
Awak-awak pun tak akan larat nak buat kerja.
Jadi, stop treating your body like that !
Ok, biasanya cycle pemakanan kita adalah sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.
Orang luar cakap breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a pauper.
Ye, betul. Sarapan pagi kita boleh ambil yang agak berat tapi sihat, seperti nasi goreng yang digoreng dengan kurang minyak dan garam, Manakala, makan tengah hari kita bole ambil nasi, ayam atau ikan atau daging dan sayur dengan portion nasi hanya satu genggam, lauk biar besar tapak tangan dan sayur selebihnya. Lebih baik awak-awak masak sendiri kerana awak-awak boleh masak dengan cara awak-awak asalkan sihat. Awak-awak boleh menggoreng ayam dengan minyak zaiton barangkali, atau buat sup ayam yang sihat dengan banyakkan sayur yang awak-awak suka. Cikdewi suka kan makanan yang bersup, dan adakalanya cikdewi suka masak sup sayur dengan perencah tom yam biar ada masam dan pedasnya. Makan malam pula cukuplah sekadar kita boleh kenyang atau ambil yang ringan-ringan saja seperti roti wholemeal atau oat dengan susu. Jika rasa nak makan sedikit berat, makan sedikit awal untuk proses penghadaman. Supaya sistem penghadaman kita dapat berehat selepas itu.
Kata lah, rasa lapar in the middle jarak waktu tu, nak tahan je ke ?Sebagai contoh, waktu brunch, tea time dengan supper. Ambil lah makanan yang rendah kalori ataupun fiber pada waktu brunch tu sebabnya selepas itu nak lunch. Untuk tea time tu, biasanya orang kat Malaysia ni suka makan goreng pisang and so on. Boleh je nak makan tp cukuplah sekadar 2,3 biji tu je. Kalori pisang goreng ni agak tinggi, sebabnya pisang tu sendiri memang tinggi dengan kalori di tambah pula dengan minyak. Haaa, awak-awak bayangkan lah. Cikdewi memang jarang ambil minum petang sebab time-time macam ni cikdewi kat atas trek tengah joging. hihi
Untuk supper pula, macam cikdewi bagitahu pada entri yang sebelum ni, cukuplah minum susu atau milo, dah rasa kenyang pun.
Ada certain blog mencadangkan green tea. Ye betul, green tea boleh membantu sistem penghadaman jika di ambil selepas makan. Even mak cikdewi pun amalkan tau, dan memang berkesan. Bagus untuk awak-awak yang ada masalah sembelit. Cakap mengenai sembelit, awak-awak tau tak apa punca sembelit ? Pernah tak awak-awak kaji balik apa yang awak-awak makan ? Pernah tak apa yang kita makan tu keluar semula ? Pernah terfikir ?Pemakanan adalah salah satu punca mengapa sembelit terjadi melainkan memang sesorang itu mempunyai masalah usus. Jadi, nak cakap kat sini pemakanan yang sihat dan teratur mampu mengelakkan kita daripada mendapat masalah usus ini. Mencegah lebih baik dari merawat bukan ?
Diet memang penting, namun senaman juga penting. Kenapalah cikdewi suka sangat mention pasal senaman sebab bila kita bergerak atau bersenam secara tak langsung jantung kita akan berdegup dengan lebih laju dari biasa, dari situ akan meningkatkan metabolisme badan. Selain dari itu, otot-otot yang bergerak atau berkontraksi mampu membakar lemak berlebihan dalam badan.Jadi, dari situ, kita dapat lihat dua benda bekerja dalam satu masa. Menarik bukan ?
Nak ingatkan jika mahu lakukan senaman cardio atau kekuatan, perut haruslah kosong 2 jam sebelum melakukan aktviti senaman. Sebab apa ? Jika awak-awak makan lagi satu jam nak bersenam, badan awak-awak hanya akan membakar makanan yang awak-awak baru je makan tadi. So, lemak-lemak yang terkumpul tu apa jadi ? Memang tak jadi apa-apa. Maka, untuk mengelakkan itu terjadi, kosongkan perut sebelum melakukan aktiviti senaman.
Bila selesai saja melakukan aktiviti senaman, minum lah air kerana pembakaran kalori akan meningkat dengan cepat. Bila badan sedang panas, air sejuk yang masuk akan meningkatkan reaksi metabolisme untuk membakar air yang sejuk, maka pembakaran kalori juga meningkat.
Mudah saja jika kita lakuka senaman dan dirirngi diet yang teratur. Harap entri kali ni dapat membantu awak-awak semua.



No comments:
Post a Comment