a.navigation {background: #3333ff ;color: #ffffff;margin: 1px;padding: 2px;border-width: 0;text-transform: uppercase;text-decoration: none;font-weight: bold;}a.navigation:hover {background: #333333;color: #ffffff;text-decoration: none;}

encik iklan

Friday, 15 May 2015

Kawasan jerawat ada kaitan dengan organ dalaman ?

Assalamualaikum w.b.t

Dunia sekarang tak sah kalau tak cerita pasal cantik. Pulak zaman sekarang tengah trend nak kulit flawless dan clean and clear. Paling risau kalau jerawat dah start tumbuh sebiji kat atas muka.Aduhai, apalah yang boleh dilakukan ?

Baiklah kat sini cikdewi pun nak share sikit-sikit pasal rahsia kulit sihat dan cantik ni. Sebelum ni, cikdewi pernah tengok satu video yang kawan cikdewi share kat facebook. Actually, video tu share more pasal kesihatan juga tapi ada juga cerita pasal jerawat yang tumbuh di muka. Yang paling menarik perhatian adalah di mana jerawat tu tumbuh kat bahagian muka ada kaitan dengan sistem dalaman badan kita.


Ok, kalau kita perhatikan gambar yang di atas ni, ini adalah keratan gambar dari video yang cikdewi tengok tu. And as we know, gambar di atas telah secara lanjut explai everythings. Cuma kita faham atau tidak saja.
Ok lah, biar cikdewi terangkan satu persatu. Jika jerawat tumbuh di bahagian atas dahi, menyatakan kita mungkin mengalami masalah dengan usus besar atau usus kecil kita, mungkin kita mengalami sembelit atau susah mahu buang air besar. Oleh itu, disarankan mengambil pemakanan yang seimbag dan sihat. Boleh juga mengambil makanan seperti yogurt atau pun makanan yang mengandungi fiber untuk melancarkan sistem penghadaman.

Manakala, jika jerawat yang tumbuh di bahagian bawah dahi, itu tandanya kita stress ! Oh, awak, cuba relax. Ambil masa, cari space untuk awak menenangkan diri awak ye. Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung da hembus perlahan-lahan melalui mulut. Lakukan sehingga 5 kali dalam keadaan yang tenang. Pergi bercuti atau pergi ke tempat-tempat yang tenang dan mendamaikan.


Jerawat yang tumbuh dikening pula, ada kaitan dengan hati. Disarankan minum banyak air, kerana fungsi hati adalah untuk memerangkap toksik di dalam badan, namun, jika terlalu banyak toksik di dalam badan apa nak jadi dengan hati kita ?

Jerawat di pipi menandakan masalah pada pernafasan. Mungkin persekitaran, atau mungkin juga tabiat merokok. Kalau boleh jauhkan diri dari asap rokok atau pun hentikan tabiat ini yang sememangnya tidak bagus untuk kesihatan. Manakala, jerawat pada hidung ada kaitan dengan jantung kita. Disarankan, menjaga pemakanan yang sihat dan lakukan aktiviti yang dapat menyihatkan jantung seperti senaman cardio.


jerawat di telinga dan bawah pipi pula kaitan dengan buah pinggang. Awak-awak tahu tak betapa pentingnya buah pinggang kita ? kalau mereka rosak atau tidak dapat berfungsi dengan baik, kita terpaksa pergi ke pusat dialisis untuk mencuci darah setiap 3 hari sekali atau kurang. Come on, baik mencegah dari merawat. Amalkan gaya hidup yang sihat. Minum air yang banyak supaya buah pinggang tidak terbeban untuk memproses cecair-cecair yang likat.

Jerawat di dagu menujukkan masalah pada perut dan usus. Kawan cikdewi pernah berkongsi, punca banyak penyakit ni datangnya daripada perut, lepas tu naik pada organ lain pula. Elakkan makan makanan seperti fast food. Bukan lah tak bagi makan langsung, tetapi sebelum nak makan tu fikir dulu dah berapa kerap kita makan makanan tu. Perkara ini untuk memastikan tiada masalah yang bakal kita hadapi di masa akan datang kelak


Jadi, apalah salahnya jika kita sama-sama mengamalkan gaya hidup yang sihat dan bersih dari sebarang penyakit yang berbahaya. Sebenarnya ubat-ubatan juga bahaya untuk buah pinggang, maka dengan elakkan diri dari mengalami penyakit dan kita terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan. Sememangnya mencegah lebih baik dari merawat kan ?

No comments:

Post a Comment