Assalamualaikum w.b.t
Pagi tadi cikdewi buka lah group whatsapp hospital dan terjumpa mesej ni.
Memang tak sangka sangat ada juga orang maut disebabkan pengambilan makanan tambahan. Cikdewi screenshotkan gambar ni baru je tadi ..Berikut adalah beritanya.
PERAK - Seorang pelajar perempuan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Ulu Kinta, dilaporkan meninggal dunia disebabkan pengambilan makanan tambahan secara serentak.
"Al-fatihah buat student nurse semester 6 KSKB Ulu Kinta yang meninggal because of diagnosis 'Consume Alfafa (dedicated) by Shaklee'. Wallahualam. Allah know better about this. Just keep pray for Nor Idayu. Semoga Allah mencucuri rahmat atas rohnya. Amin,"
Difahamkan, mangsa, Nor Idayu, dilaporkan mengambil makanan tambahan Shaklee, Qu Puteh dan Aura White secara serentak sehingga mendatangkan kesan sampingan menyebabkan mangsa pengsan secara tiba-tiba.
Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh dan ditempatkan di wad kecemasan dan dilaporkan meninggal dunia.
Laporan mengenai tiga jenis makanan tambahan yang popular ini sedikit sebanyak menimbulkan keresahan penggunanya khususnya pengguna wanita.
Sebenarnya cikdewi pun pernah consume supplement macam collagen ni juga. Tapi tak adalah sampai guna serentak. Kemudian cikdewi stop sebab rasa kebergantungan pula, maksudnya kalau kita ta ambil supplement tu kulit akan rasa kusam dan macam tak berseri macam biasa. So, apa yang cikdewi buat adalah cikdewi tukar kan kepada madu. Mudah je nak dapat madu sekarang malah khasiatnya lebih baik dan yang penting ianya neutral saja.
Jadi, kepada awak-awak tu yang ambil supplement tu, banyakkan pengambilan air ye untuk mengelakkan buah pinggang bekerja dengan lebih kuat dan memberi komplikasi kepada kita.
sumber : http://www.beritamalaysia.my/2015/05/gadis-maut-selepas-makan-shaklee-qu.html



No comments:
Post a Comment