Assalamualaikum w.b.t
Wanita manalah yang tak mahu kelihatan menawan dan tertawan ? Menarik lagi tertarik ?
Bila keluar berjalan je ada saja suara-suara yang cakap macam ni .."babe, nampak berisi lah kau."
"Erm, nampak chubby la you ni." "Awak, bila nak diet?"
Oh my god ! Stressnya !!
Sabar ya adik-adik kakak-kakak ..perkara yang di atas cikdewi dah pun alami ..malah pernah kena yang lebih pedas tertusuk dan menusuk ..Sakitnya tuh di sini ......
Cikdewi pernah rasa sangat down disebabkan ucapan-ucapan ini, dan cikdewi hampir rasa putus asa sehingga rasa tak nak makan apa-apa langsung ..
Tapi ...cikdewi pegang pada satu benda kalau cikdewi tak makan langsung, dalam masa beberapa hari ya, saya akan turun berat badan dan badan akan kurus. Tapi, cikdewi dapat predict kalau tiba-tiba cikdewi makan, sudah pasti cikdewi akan mengambil portion makanan yang melebihi dari yang cikdewi ambil pada masa yang cikdewi rasa cikdewi gemuk tu dan akhirnya keadaan akan menjadi bertambah teruk ..
Jadi, cikdewi cuba mengambil langkah-langkah yang selamat seperti ..
1. Sentiasa positif. Ya itulah yang cikdewi lakukan. Untuk elakkan dari kita stop untuk berusaha untuk kurus semula. Tentu anda kat luar tu pernah cakap macam ni bila nak mulakan sesuatu diet atau senaman. "Hurm, penat lah. tak larat lah, esok lah"
Oh my god ! itu semua adalah alasan !
Tolong fikir semula, jika bukan sekarang bila lagi ?
2. Mulakan dengan senaman yang paling simple seperti berjoging. Joging adalah salah satu senaman cardio yang paling mudah dan membantu meningkatkan kadar degupan jantung seterusnya membantu untuk membakar kalori dalam badan. Jangan fikir malu nak joging seorang diri, bila berada di taman permainan atau pusat rekreasi anda tidak keseorangan lagi. Sambil tu bawa lah mp3 sekali kerana lagu-lagu yang high beat membantu meningkatkan kadar degupan jantung.
3. Lakukan simple work out selepas joging. Apabila selesai beberapa minit berjoging jang terus berjalan atau duduk sahaja, anda perlu tahu 45 minit pertama senaman hanya cardio sahaja mini ke 46 adalah proses lemak atau kalori dibakar di dalam badan. so, ada masa bnyak lagi, buat lah sedikit work out seperti push up, lunges, sit up, burpee atau pun yang lain-lain, yang penting simple dan mudah.
4. Minum air masak dengan kerap. Air masak juga boleh membantu kalau kita nak kurus, cuma kita saja yang tak ambil peduli dan tidak tahu kenapa kita harus minum air masak 8 gelas sehari, salah satunya adalah untuk membuang toksik di dalam badan serta dalam membantu proses pembakaran kalori dalam badan.
5. Detox. Sekarang dah makin ramai orang mengamalkan detox ni. Macam-macam orang buat dengan memerapkan buah-buahan dengan air, da kemudian air itu diminum. nampak macam seronok je kan. Memang pun, sebabnya ianya murah dan mudah. cikdewi dah mengamalka detox ni hampir setahun lebih, cikdewi hanya gunakan lemon saja. Ini pun roomates masa study dulu yang ajar. Caraya mudah saja, air masak yang kita bawak tu perahkan saja dengan beberapa hiris lemon dan kemudian masukkn saja lemon tu dalam bekas air masak yang kita bawa pergi kerja ataupun kelas.
Mudah saja, kesannya anda akan rasa badan lebih aktif dan cergas.
6. Diet. Siapa kata tanpa diet boleh kurus ? Sejujurnya cikdewi tak pernah percaya adanya produk kurus tanpa bersenam dan diet. Memang tak pernah wujud pun dek non. Kalau fat burner tu cikdewi tau la. Sebab fat burner tu akan meningkatkan degupan jantung bila kita tak buat apa-apa melainkan kalau kita buat kerja atau bergerak. Kan lagi mudah kalau kita amalkan saja pemakanan yang sihat dan seimbang. Tak ada lah memudaratkan.
7. Tidur secukupnya. Ye benda ini harus anda lakukan untuk maintainkan metabolisme. Apa itu metabolisme ?Metabolisme adalah suatu proses kimia yang terjadi di dalam tubuh semua makhluk hidup, proses ini merupakan pertukaran zat ataupun suatu organism dengan lingkungannya. Metabolisme berasal dari bahasa Yunani, yaitu “metabole” yang berarti perubahan, dapat kita katakan bahwa makhluk hidup mendapat, mengolah dan mengubah suatu zat melalui proses kimia untuk mempertahankan hidupnya.
ya, lebih kuranglah maksudnya.
Jadi, jika badan kita penat dan tidak mendapat rehat yang secukupnya macam mana badan kita nak memproses dan membakar kalori dan badan. Sedangkan mesin kalau kita pakai selalu pun kena servis, inikan pula badan kita, betul tak ?
Jadi, cikdewi harap dapat membantu anda semua dengan tips-tips yang cikdewi sendiri amalkan dan alhamdulillah mendapat hasil yang di mahukan. semoga jumpa lagi. maaf kalau ada yang kurang ya





No comments:
Post a Comment