Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah sudah ada beberapa feedback mengenai entry yang lepas, dan ada yang minta tolong guide kan . Tapi nak guide yang macam mana ?
Baiklah cikdewi faham, untuk permulaan memang bukan mudah nak gerakkan diri sendiri. Lebih-lebih lagi dengan tekanan dalam diri sendiri, tapi kita-kita sudah berimaginasi nak pakai yang macam itu ini, dan mahu kelihatan seperti itu dan seperti ini ..
Kuatkan semangatmu wahai kawan !!
If not ?who else ?
Baiklah memandangkan sekarang ada yang sedang bekerja, cikdewi aka membantu dan berkongsi sedikit bagaimana cara cikdewi diet ye.
![]() |
| nampak sejuk je kan ..agak tertipu sebab air tak sejuk pun ..ni air lemon yang cikdewi bawa pergi kerja. |
Perkara pertama yang cikdewi buat adalah dengan membawa air masak yang berisi beberapa hirisan lemon ke tempat kerja. Bersedia, kerana anda akan diberi macam-macam soalan di tempat kerja, tapi pleaseeeee, jangan down. Jawab je, nak try perisa lain pulak, asyik air masak je ..hihi
Tapi pastikan jangan terlalu banyak takut over masam atau pahit je, takut awak-awak tak terminum nanti, untuk permulaan mulakan dengan sehiris dua dahulu.
Bila pergi ke kantin untuk mencari makanan, cari makanan yang simple. Apa maksud simple ?Pada cikdewi makanan yang simple adalah makanan yang tak terlalu banyak kuantitinya, misalnya kalau nasi campur, cukuplah ambil satu jenis lauk dan sayur. dan portion nasi tu haruslah lebih kecil sedikit dari lauk dan sayur. Jika tidak, nasi ayam pun sudah ok, sebab ayamnya di grill. dan kurang minyak.
Bila makanan dah ada, jangan gatal-gatal nak order air manis ye, Awak-awak kan ada bawak air sendiri. Sila tahan diri awak-awak untuk kurangkan manis dalam pemakanan. Pada masa ni sebenarnnya cikdewi nak didik awak-awak untuk kurangkan gula dalam pemakanan.
Untuk yang office hour balik kerja tentu rasa lapar sangat kan. Lepas mandi, badan dah segar tapi perut dah lapar, jam menunjukkan pukul 7, time macam ni dah boleh untuk makan malam, tapi mulakan dengan pengambilan air masak dahulu. 30 minit pengambilan air sebelum makan mampu melancarkan sistem penghadaman dan memudahkan makanan yang kita makan diproses dengan mudah. Malah, kita mudah rasa kenyang bila makan.
Elakkan makan malam selepas pukul 9-10 malam, kalau cikdewi pukul 9 tu dah terlalu lewat untuk makan malam. sebab lepas tu kita nak berehat nak tidur dah pun. Tidak elok sebenarnya tidur ketika perut penuh.
Jadi, jika anda terlalu lapar pada malam hari ambillah supper, seperti susu atau milo. Minuman bersusu ni dapat membantu badan relax ketika tidur. Jika tiada, ikut macam cikdewi, minum air segelas. minum air segelas sebelum tidur dapat melancarkan pergerakan jantung. Bagus betul kan air ciptaan Allah ni.
Untuk yang bekerja shift, seperti balik pada jam 9 malam, cikdewi syorkan ambil portion yang sedikit sahaja dan banyakkan pengambilan air masak. Tambah sikit, jika awak-awak rasa nk makan something yang sedap sangat tapi agak high calori, boleh tapi hanya sekali seminggu dan portion yang sedikit ianya dipanggil cheat day. Kalau boleh jangan lah setiap minggu nak makan macam tu, jarak kan lah sikit ye.
Elakkan makan mi segera atau meggi. Oh my god ! Ini harus dikurangkan ! Kalau awak-awak rasa nak kurus tak perlu makan nasi, makan meggi saja. Oh tidak, awak-awak dah tersilap tu. Malah meggilah awak-awak kena tolak ke tepi, kerana mi segera mempunyai bahan kimia dan kandungan mi segera berkarbohidrat tinggi. Jadi, bila kita makan benda yang terlalu berat, tetapi kita bekerja setakat duduk saja, dimanakah kalori yang berlebihan itu di bakar ?
Selain daripada itu, masa student dulu cikdewi suka lakukan plank sebelum tidur. At least 2 minit mesti kena lepas. Itu kerja gila cikdewi, jika awak-awak tak mampu untuk lakukan direct 2 minit. Paksa diri anda untuk lakukan at least 30 saat sahaja. Senaman memang harus dipaksa, tapi diri sendiri harus kuat. Kenapa cikdewi lakukan plank ? Sebab plank tiada pergerakan tetapi kita akan rasa otot kita berkontraksi. Malah ianya melibatkan otot lengan(triceps), perut (abs), dan juga peha(quads) berkontraksi. Jadi, agak berbaloi lah kerana satu pose mampu menggerakkan 3 otot sekaligus.
Cikdewi pernah memaksa diri untuk berjoging selepas balik dari practical (office hour) tanpa pedulikan penat atau tidak. Pada permulaan memang rasa penat, tetapi alah bisa tegal biasa, lama kelamaan ianya jadi rutin dan biasa. So, cikdewi harap perkara ini dapat motivatedkan awak awak macam mana pun, ia terletak pada hati awak-awak sejauh mana awak-awak sanggup berkorban.
Kemudian, tidur dengan cukup, ini sangat penting. Kita sudah kepenatan seharian, berilah badan kita rehat dengan secukupnya untuk bekerja esok hari. Sayanglah badan kita, ini adalah amanah tuhan pada kita.
Jika hujung minggu, lakukan aktiviti-aktiviti sihat seperti joging atau lain, seperti badminton bersama kawan-kawan. Kadang kala perkara ni psikologi. Jika awak memakai baju sukan, mesti awak-awak akan rasa nak berpeluh walaupun sedikit. Jika tak mampu nak lari jauh-jauh, lari secara perlahan at least dapat 2 atau 3 round sudah memadai, tetapi jalan terus berhenti. Harus diingatkan kalori yang terkumpul akan terbakar pada minit ke 46, cuba lakukan brisk walk iaitu berjalan laju. Percayalah awak-awak akan rasa berpeluh juga.
Rasa boring nak joging seorang diri ajaklah kawan-kawan yang motivatedkan diri awak. Mesti rasa lagi seronok kan. Selain itu, lakukan aktiviti seperti badminton atau skipping. Pasti lagi seronok.
Dalam proses nak kurus ni cikdewi mengalami macam-macam dugaan, kadang kala kita pun down juga bila berjumpa orang, mereka akan tegur kita. Perkara itu memang sensitif, tetapi mereka tidak merasakannya. apa yang perlu dilakukan adalah stay positif ! Senyum atau katakan saja dalam hati, aku mampu lakukan dengan lebih baik. Jangan marah, kerana kalau marah awak-awak akan sengaja atau tidak sengaja mengambil bar berwarna coklat dan rasa yang manis tu masuk ke dalam mulut. Sabar, sabar itu penting. Tak ada yang buat senaman sehari boleh terus kurus. Tidak ya. Ini memerlukan proses. Sabar dan amalkan minum air masak. Rajinkan diri bawak botol air sendiri.
Harap dapat membantu awak-awak semua ye. Jika ada cadangan bolehlah komen cikdewi.






No comments:
Post a Comment