Assalamualaikum w.b.t
Dalam beberapa bulan ni, ada berderet berita gembira yang hidup di department cikdewi which is tempat cikdewi bekerja.
Well, siapa yang tidak suka menimang cahaya mata, lebih-lebih lagi bila sudah lama menantikan berita gembira ini muncul. Sudah pasti bakal ibu yang paling gembira sekali.
Syukur kepada Allah, dalam tahun ni saja beberapa orang di department cikdewi mendapat rezeki yang maha hebat ni.
Tahniah lah kepada mereka.
Tahukah awak-awak, time pregnant pun boleh lakukan senaman ringan. Di luar negara, mummy-mummy preggy siap pergi ke gym lagi untuk bersenam bagi memudahkan mereka untuk bersalin kelak. Selain itu, untuk menjaga kesihatan sepanjang tempoh membawa kandungan ke mana saja.
Bukan apa, kadang kala semasa mengandung ni lah ada yang terkena diabetes atau hypertension. Sebab itu, ibu mengandung ni kena jaga kesihatan seoptimumnya.
Cikdewi nak share sikit beberapa senaman yang boleh ibu-ibu lakukan semasa mengandung.
Senaman pernafasan.
Sememangnya senaman pernafasan perlu untuk mengawal pengembangan peparu kerana apabila seorang wanita itu hamil, organ pernafasannya akan ditolak ke atas apabila bayi di dalam kandungan semakin membesar. Ada kalanya, ibu akan cepat letih dan juga sukar untuk bernafas.
Kekal aktif dengan berjalan.
Sebagai salah satu senaman kardiovaskular semasa hamil, berjalan mampu melancarkan peredaran darah dan juga untuk mengelakkan kaki daripada bengkak.
Senaman regangan.
Senaman ini untuk mengelakkan ibu-ibu daripada mengalami kekejangan otot. Selain itu, sangat bagus untuk fleksibiliti otot.
Yoga atau pilates.
Sebagaimana yang kita tahu, senaman yoga dan pilates gabungan antara senaman fleksibiliti dan juga kekuatan di mana sangat sesuai bagi ibu mengandung kerana kedua jenis senaman ini amat mudah dan memberi kesan yang cukup efektif. Kita yang tidak mengandung pun bagus lakukan senaman ni. Macam Fazura, dia mengamalkan senaman ini untuk kekal sihat dan cergas.
Senaman 'weight' atau angkat berat.
Senaman menggunakan beban adalah untuk kekuatan otot. Jika senaman ini sudah menjadi kebiasaan, jangan berhenti, teruskan saja, tetapi pilihlah beban dan jenis senaman yang sesuai untuk dilakukan semasa sedang hamil. Diingatkan, badan jangan terlalu panas dan jangan terlalu letih, dikhuatiri akan menjejaskan kondisi badan. Baik-baik nak sihat, jadi lain pula. hihi
Senaman kegel atau kemut.
Senaman ini lazimnya dilakukan oleh wanita yang mengalami penyakit lemah pundi kencing, namun senaman ini diajar semasa kelas antenatal untuk ibu-ibu lakukan apabila selepas bersalin. Jangan lakukan semasa hendak bersalin, nanti bukaan jadi sempit dan mungkin tertutup.
Tujuan senaman ini dilakukan selepas bersalin adalah untuk mengetatkan semula otot-otot di bahagian pundi kencing.
![]() |
| cat and camel, boleh dilakukan untuk regangan otot belakang |
![]() |
| senaman fitball bagus untuk membetulkan posture badan ibu mengandung juga untuk menguji keseimbangan badan. |
Akhir sekali, ibu-ibu digalakkan menyertai kelas antenatal iaitu kelas khusus untuk ibu mengandung, untuk mempelajari serta mengetahui langkah-langkah penjagaan semasa mengandung, selain itu, ibu-ibu dapat mempelajari bagaimana mahu mengatasi masalah sakit belakang dan sebagainya.
Cikdewi harap entri kali ini dapat membantu.






No comments:
Post a Comment