Assalamualaikum w.b.t
Dalam zaman yanng serba canggih dan sibuk ini, kadang kala kita tiada masa untuk semua benda termasuklah makan. Itu yang kadang-kadang makan saja apa yang ada. Asalkan kenyang. Sekarang macam-macam jenis makanan tambahan yang ada di pasaran untuk memudahkan kita mendapat kepentingan makanan yang tidak cukup dalam badan kita. Tetapi, kenapa tidak kita ambil dengan cara yang lebih selamat dan semulajadi ?
Dalam entri kali ini cikdewi nak share sikit kebaikan buah-buahan yang kita boleh detoxkan dan boleh mengamalkan mereka setiap hari.
1. Kelebihan air lemon. Ada yang pernah tanya cikdewi, bolehkah ambil air lemon pagi-pagi ?ka dia masam dan berasid ?
ok, mari cikdewi jelaskan. Dengan pengambilan air lemon yang segarterutama sekali pada waktu pagi boleh membantu untuk melegakan atau mengelakkan kita daripada mengalami masalah ketidakhadaman seperti perut rasa senak, sakit ulu hati dan sebagainya, walhal ianya membantu penghadaman yang lebih baik. Kaya dengan vitamin C.
Sebenarnya, lemon tinggi dengan kandungan mineral, dan mereka akan mengalkali sendiri di dalam badan. Selain itu, mereka bertindak untuk memetabolisma di dalam sistem penghadaman.
Selain itu, air lemon ni dapat membantu untuk mencantikkan kulit kerana mereka kaya dengan vitamin C yang mana sememangnya bagus untuk kulit.
Seterusnya, memberi tenaga sepanjang hari.
2. Anggur.
Membantu masalah migraine. Boleh dimakan tanpa mencampurkannya dengan air setiap pagi.
Selain itu, anggur boleh mengelakkan dari penyakit Alzheimer's iaitu penyakit lupa atau nyanyuk.
Membantu memperbaiki sistem penghadaman dan juga mampu merawat kanser dengan pengambilan jus anggur setiap hari.
Bagus untuk penglihatan kerana mereka kaya dengan lutien dan zeaxanthin yang mana membantu mengekalkan penglihatan semasa peningkatan usia.
Mengawal tekanan darah dan membantu dalam penjagaan buah pinggang.
Merawat asthma.
Merawat masalah sembelit.
3. Strawberry.
Sangat bagus untuk kulit kerana kaya dengan antioksidan dan boleh merawat masalah jerawat.
Bagus untuk kesihatan otak, kerana kandungan iodin di dalamnya mampu memperbaiki sistem saraf yang lainnya.
Menjadikan gigi lebih putih.
Mampu membantu mengelakkan masalah kanser kerana mengandungi ellagik asid yang boleh membuang sel kanser.
4.Oranges.
Kaya dengan serat.
Bagus untuk kesihatan jantung, membantu mengurangkan risiko serangan jantung.
Mampu mengawal tekanan darah tinggi.
Kaya dengan kalsium dimana bagus untuk tulang dan gigi.
Antioksidan untuk kesihatan kulit.
5.Kiwi.
Antimutagenic komponen di mana mampu mematikan sel kanser.
Membantu mengurangkan masalah kemurungan kerana mengandungi inositol.
Dengan kandungan inositol kiwi mampu merawat penyakit seperti diabetes serta masalah pernafasan.
Kiwi mengandungi banyak kelebihan kerana mengandungi vitamin C,E dan A, di mana mampu bertindak sebagai pertahanan tubuh dan mampu melawan penyakit dan mengeluarkan toksik dari tubuh.
Kiwi mengandungi tinggi vitamin C berbanding oranges, banyak potassium seperti pisang,tinggi serat dan mengandungi banyak kandungan beta-carotene.
Jadi, nak kata kat sini, betapa banyaknya khasiat buah-buahan semulajadi yang Allah dah jadikan untuk kita. So, lepas ni dah tak payah susah-susah nak cari supplement sana sini. Cukup cari kat supermarket je ..hihihi





No comments:
Post a Comment