Assalamualaikum w.b.t
Baru tadi kawan cikdewi ada berkongsi mengenai kes pelajar maut yang disebabkan supplement tu dengan menghantar gambar ini.
Baiklah, cikdewi pun dah mencari sumber yang boleh dipercayai, harap perkara ini tidak di ulang-ulang lagi, Kerana, menurut sumber, arwah Nor Idayu, meninggal disebabkan aneurysm dan mengalami migrain sejak masuk ke KSKB Ulu Kinta lagi.
Pemilik Facebook bernama Nazmi Omar mengaku sebagai saudara kepada arwah menepis dakwaan mengenai penggunaan supplement yang berlebihan itu.
Namun, bekas-bekas kotak supplement yang dijumpai dipercayai adalah bekas yang lama dan arwah tidak mengambilnya lagi. Macam mana pun, kita doaka yang baik-baik saja. Kepada mereka yang mengambil makanan tambahan ni, hati-hati kerana kita tak tahu apa isi kandungan yang terdapat di dalam makanan tambahan tersebut.
Ada juga beberapa screenshot whatsapp group dari kenalan arwah yang turut menafikan punca arwah meninggal adalah disebabkan supplement tersebut.
Info lebih lanjut boleh tengok sini.
Apa-apa pun cikdewi nak nasihat kan lagi sekali, jaga kesihatan, dan jaga badan kita. Apa yang kita ada sekarang anugerah dan amanah dari Allah, bila-bila masa Dia boleh ambil semula.
sumber : siakapkeli.my

No comments:
Post a Comment