Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia.
Sebagai seorang wanita bila berpakaian kita mesti mahukan pakaian yang cantik dan tidak menampakkan lebihan lemak yang kita ada. Kalau kat pinggang tu bolehlah nak cover dengan memakai corset atau sebagainya tetapi bagaimana pula dengan lengan ??
Arghhhh ,, rasa stress pula memikirkannya.
Bila kita lambai tangan sekali, lengan kita sampai melambai tiga kali. Haih.
Jangan risau cikdewi ada beberapa tips untuk dikongsikan bersama awak semua.
Salah satu mitos terbesar jika kita lakukan senaman adalah awak mampu untuk mengurangkan lemak di bahagian anggota badan dengan melakukan latihan kekuatan atau senaman yang spesifik untuk bahagian anggota badan. Kebenarannya adalah, 'spot pengurangan' dan 'spot toning' tidak bekerja. kerana kita tidak dapat mengesan dari manakah lemak di dalam badan telah dioksidakan, ataupun adakah kita boleh mengubah lemak menjadi otot ? Dengan hanya melakukan triceps press-down ataupun dips, tidak mampu mengurangkan jumlah lemak di dalam bahagian belakang lengan sepertimana latihan seperti crunches mampu mengurangkan lemak di bahagian perut.
Apabila usia semakin meningkat, kulit kita aka menjadi kurang elastik ataupun tegang dan perkara yang sama akan terjadi kepada lengan kita. Jadi, "flabby arms" adalah disebabkan faktor usia. Sebarang senaman yang membantu untuk mengurangkan peratusan lemak dapat membantu mengurangkan lemak di bahagian lengan, hanya bila awak menghapuskannya dibahagian lain terlebih dahulu.
Maka, selain senaman diet juga sama pentingnya juga untuk membantu dalam membakar lemak didalam badan. Jadi, cubalah makanan ini.
1. Lada benggala atau Capsicums.
Membantu dalam membakar lemak di mana-mana bahigain anggota badan malah membantu dalam meningkatka kadar metabolisma. Makan sebiji lada benggala setiap hari dan awak akan dapat lihat kesannya dalam masa dua minggu dari sekarang.
2. Avocado.
Ambil jumlah avocado yang lebih, kerana mereka sangat kaya dengan kalori. Apa yang awak perlu faham adalah kalori yang terdapat di dalam avocado adalah kalori yang baik untuk tubuh dan sangat bagus untuk perkembangan otot. Ia juga membantu dalam meningkatkan metabolisma dalam badan. Tambahan pula, ia juga mampu 'switch off' kan hormon yang menghasilkan lemak.
3. Dark chocolates.
Ya, jika awak rasa cikdewi betul. Dark coklat ni sangat membantu untuk meningkatkan metabolisma badan. Mereka akan sentiasa membuatkan awak rasa kenyang dan mencegah dari mengambil makanan yang mengandungi kalori yang lebih banyak.
4. Sup.
Mengapa sup ? Terutama sekali sup ayam. Jika awak mengambil makanan yang berkuah sebelum makan,ia akan membuatkan awak rasa kenyang juga mengelakkan awak untuk mengambil makanan yang banyak kalori. Secara teorinya, jika awak mengambil sup, awak akan mengurangkan 30% kadar pengambilan kalori.
5. Teh Hijau.
Inilah minuman yang meningkatkan lagi tahap metabolisma awak, dan juga membakar lemak di dalam badan terutamanya perut dan juga lengan! Awak boleh ambil sehingga 3 cawan teh hijau organik untuk sehari, malah ia juga membantu dalam mengurangkan berat badan.
Agak-agak mampu tak nak makan semua makanan sihat ni ?Haruslah mampu, atau ambil salah satu daripadanya pun sudah ok. Jum sama-sama kita jadi sihat dan cantik !!
No comments:
Post a Comment