a.navigation {background: #3333ff ;color: #ffffff;margin: 1px;padding: 2px;border-width: 0;text-transform: uppercase;text-decoration: none;font-weight: bold;}a.navigation:hover {background: #333333;color: #ffffff;text-decoration: none;}

encik iklan

Sunday, 24 May 2015

Diet plan yang anda boleh tiru !!!

Assalamualaikum w.b.t

Minta maaf sangat-sangat kerana dalam beberapa hari ni cikdewi memang tak dapat nak pegang laptop sebab terlalu penat dan kadangkala tak ada masa. Hari ni lah baru terasa lapang sikit. Kalau tidak memang tak dapat lah nak update entri yang dah banyak terkumpul kat dalam kepala ni.
Ok lah cikdewi mulakan dengan satu entri yang mungkin menarik perhatian awak-awak semua.

Bila dah dekat tarikh nak nikah, bagi kita perempuan sangat wajib kalau orang kata nak pasang badan. Nak kahwin punya pasal, mestilah nak kelihatan cantik, menarik, dan sedap mata memandang. Bagi kakak angkat cikdewi seorang ni, dia target nak kurus before dia nikah, jadi dia mengambil keputusan untuk keep fit, dan kurus. So, dia cabar diri dia untuk be fit, be health, and slim dalam masa 30 hari. Jadi, cikdewi nak kongsikan kepada awak-awak semua, macam mana cara dia diet.

She start with eat clean. Selain, senaman kak yana mulakan dengan pemakanan yang sihat dahulu. Sememangnya, kerana kalau pemakanan kita tidak bersih dalaman kita juga begitu, jadi bagaimana kita nak harapkan senaman lakukan kerja dia kalau pemakanan juga kita tak jaga ? Setuju ?


Selain itu, kak yana juga berkongsi pemakanan yang diambil antaranya apa yang dia ambil untuk breakfast, lunch dan juga dinner.


Contohnya, macam breakfast oat bersama pisang dan kismis. Nampak macam sedap je kan.


Ini yang menarik perhatian cikdewi, smoothies !! Wow, memang menarik dan sedap. Sihat dan sedap dan mudah. Malah, awak akan dapat satu jus minuman yang sedap !!


Lakukan organic, makanan yang clean adalah makanan yang tinggi serat dan mudah dihadam.



Ini dia smoothies mangga dengan yogurt Greek, kemudian blendkan.





Antara makanan yang kak yana ambil kebanyakannya adalah makanan yang tinggi serat dan bagus untuk penghadaman. Selain itu, portion makanan yang diambil dalam satu pinggan penuh, hanya segenggam nasi, lauk yang dimasak dengan cara grill ataupun kurang minyak dan juga sayur yang sihat. Cikdewi ada perasan yang kak yana menggunakan beras perang, ya sememangnya beras perang adalah bagus untuk di amalkan ketika diet. Mempunyai serat yang tinggi dan membantu dalam penghadaman.

Selain itu, kak yana juga mengamalkan miuman detox dengan menggunakan buah-buahan yang sedap dan segar. Yang penting untuk kepuasan sendiri katanya. Namun, cabaran 30 hari ini bukanlah mudah untuk dilakukan pada peringkat permulaan, tapi kak yana nekad. Katanya, kalau dia tidak mulakan, siapa lagi dan jika bukan sekarang, bila lagi? Lagi satu cikdewi lupa nak mention, kak yana ni penghidap asthma, tapi yang buat cikdewi salute kat dia adalah dia masih boleh lakukan senaman seperti berjoging. Setiap minggu sekurang-kurangnya sekali dia akan mengajak cikewi untuk berjoging di tasik merdeka,  hihihi.



Kalau di rumah pula, kak yana mengamalkan zumba. Haa ? Tu dia, kak yana ada follow seseorang yang berjaya menguruskan berat badan dan orang itu mempunyai video senaman zumba yang boleh di download, seterusnya kak yana lakukan di rumah saja. Hasil dari usaha keras kak yana, now dia semakin fit dan badan semakin kurus. Syabas, kak yana !!
Apa yang penting katanya perlu positif, bergaul dengan orang yang positif dan senyumlah walau ada yang cuba untuk buat kita down.
 Selain itu, awak-awak boleh dapatkan CD atau DVD senaman robik yang juga boleh dilakukan di rumah.

Macam mana ? Rasa ter'inspire' tak ? Cikdewi harap perkongsian kali ni dapat membantu awak-awak semua. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

No comments:

Post a Comment