Assalamualaikum w.b.t
Dalam beberapa hari ni, ada seseorang telah menyatakan pada cikdewi tentang senaman weight training atau senaman beban. Tapi, dia tidak melakukan cardio. Pada pandangan cikdewi mungkin beliau hendak membina otot semata-mata. Cikdewi lebih suka lakukan cardio, sebab kegilaan cikdewi dengan sukan olahraga, tetapi sebenarnya boleh juga dilakukan beberapa senaman beban, cuma cikdewi tak tahu macam mana nak sampaikan. Akhirnya, cikdewi buat sedikit research dan terjumpa sesuatu yang menarik.
Ada beberapa pandangan yang menyatakan untuk bina otot memerlukan kalori, tetapi bagaimana mahu menambah kalori jika kita sendiri mahukan kalori itu dibuang ? Begini, maksud bina otot dan bina badan, mempunyai maksud yang lain. Jika awak nak bina badan yes, awak memerlukan kalori untuk menambah otot dan membina badan. Tetapi berbeza dengan bina otot, ianya tidak memerlukan kalori tetapi senaman beban perlu konsisten agar awak tidak kehilangan otot.
Hurm, macam menarik kan ? Sebenarnya, golongan-golongan gemuk diluar sana mempunya otot-otot yang mantap. Cuba tengok lengan mereka, besar tu, dan mereka sebenarnya mempunyai otot kegilaan ramai iaitu, six packs tetapi sayangnya otot-otot tersebut dilitupi oleh lemak-lemak yang degil. Cara-cara kat bawah ni boleh diikuti.
1. Lakukan weight training sekali dengan cardio. Sebagai contoh, 2/3 hari weight training dan 3/4 hari senaman cardio. Pastikan pregres weight training awak tidak jatuh, kalau biasa awak boleh angkat 20kg dumbell untuk biceps curls untuk program weight loss, pastikan ada hari terakhir weight loss program tu awak masih mampu mengangkat 20kg dumbell, jika tidak, awak sebenarnya telah kehilangan otot.
2. Makan lebih protein. Makanan otot adalah protein, jadi bila awak lakukan senaman weight berikan top up protein kepada otot agar ia mampu bertahan. Contoh makanan, seperti daging ayam, daging merah, ikan salmon, telur dan banyak lagi.
3. Supplement untuk otot, terutamanya yang bersifat anabolic sangat membantu untuk kepada pertumbuhan otot, dalam erti kata lain, bagi otot besar atau maintain. Sebagai contoh, whey protein, L-Glutamine, dan BCAA(EAA). Cuma keburukkannya supplement ni mahal sedikit, tapi protein whey tu pun consider ok juga.
Nak diingatkan, senaman kardio yang sama pada setiap kali tidaklah melambatkan proses penurunan berat bada secara ketara, namun kesannya lambat sikit tapi masih boleh nampak. Ini kerana badan kita bersifat dinamik iaitu sentiasa bergerak, jadi ia mampu menyesuaikan dengan suatu keadaan agar badan kita tidak rugi, dan penurunan berat badan adalah perkara yang rugi.
Awak-awak digalakkan untuk lakukan sesuatu perkara yang baru agar badan sentiasa 'terkejut', dan dari situ ia akan mula 'pening'. Sebab itulah ada yang menyatakan circuit training bagus, dan selepas beberapa ketika ia dirombak agar badan sentiasa diberi cabaran yang baru.
Hope dapat membantu, selamat malam.
sumber : blog susu sejat.

No comments:
Post a Comment