a.navigation {background: #3333ff ;color: #ffffff;margin: 1px;padding: 2px;border-width: 0;text-transform: uppercase;text-decoration: none;font-weight: bold;}a.navigation:hover {background: #333333;color: #ffffff;text-decoration: none;}

encik iklan

Thursday, 28 May 2015

Mengapa Wanita Juga Perlu Lift Weight ??

Assalamualaikum w.b.t
Hari ni, cikdewi up satu entri yang sangat-sangat berguna kepada awak-awak semua !!
Cikdewi sangat teruja nak share benda yang penting ni tau. Sebabnya ramai yang tidak mengetahui bahawa senaman beban atau weight lifting ni juga penting kepada kita yang menjaga badan ni.

1. LEBIH BERKESAN UNTUK MEMBAKAR LEMAK !
Ramai di antara kita yang berfikir bahawa weight lifting hanya untuk orang-orang yang hendak menunjukkan badan dengan memakai baju ketat. Sila fikir ka semula.


Walaupun ramai yang berfikir bahawa weight lifting ni hanya untuk mereka yang nak menambah saiz otot, tetapi ianya bukan saja membantu dalam senaman kardiovaskular malah latihan rintangan merupakan antara cara yang paling utama untuk membakar kalori.
Selain itu, ianya juga mampu membakar lemak-lemak awak-awak semua semasa dan selepas lakukan senaman.

2. LEBIH BANYAK OTOT, LEBIH BANYAK KALORI DIBAKAR.
Selain, meningkat kekuatan dan membentuk otot, badan kita menggunakan kalori yang ada dengan sebaiknya. Kontraksi otot seharian bermula dengan semudah mengelip mata sehinggalah sepayah squating merangkumi sebanyak mana kalori di bakar seharian. Semasa duduk, kita membakar kurang kalori berbanding berdiri, berdiri pula membakar sedikit kalori berbanding berjalan manakala berjalan membakar kurang lebih berbanding latihan kekuatan.


3. CURVES.
Siapa yang tidak mahu mempunyai badan yang mempunyai lenggok dan curves yang menawan. Hey, cikdewi pun nak tau. Lakukan senaman kekuatan awak-awak mampu membentuk body shape seperti bentuk 'hourglass' yang cantik dengan curve gitu. Sememangnya senaman endurance membantu awak-awak untuk mengurangkan berat badan harus diingat berat tersebut datangnya dari lemak dan juga tisu otot dari dalam badan. Jika kehilangan lemak dan juga tisu otot maka impian untuk mendapat bentuk badan secantik 'hourglass' boleh dilupakan. Senaman kekuatan mampu untuk maintainkan shape anda,sayangi lah bentuk badan awak ye.

4. TIDUR YANG BERKUALITI.
Secara tidak langsung senaman kekuatan yang kita lakukan pada siang hari dapat membantu kualiti tidur, meningkatkan lagi rasa untuk kita tidur lebih awal, tidur yang lena dan kurang terjaga dari tidur pada waktu tengah malam.


5. MENINGKATKAN KESIHATAN JANTUNG.
Senaman kekuatan seperti beban, mampu mengurangkan kadar penyakit jantung dan ianya terbukti berkesan sebagai senaman penjagaan kesihatan untuk penyakit yang merbahaya, dari American Heart Association.

6. KEKUATAN TULANG.
Pada usia muda,awak-awak berisiko untuk kehilangan samada jisim tulang ataupun otot atau keduanya. Semasa postmenopausal ataupun menopause, wanita berisiko tinggi untuk menghidap penyakit osteoporosis kerana badan tidak lagi menghasilka hormon oestrogen. Senaman rintangan atau kekuatan ini dapat membantu untuk mengurangkan kadar kehilangan jisim tulang malah mengurangkan risiko osteoporosis.


7. PENAWAR STRESS.
Senaman sebegini sangat lah berkesan dalam mengawal stress. Kepada yang biasa lakukan senaman seperti ini mampu untuk mengawal keadaan yang tertekan.

Jadi, awak-awak semua tunggu apa lagi ? Jangan lah bersangka negatif terhadap weight lifting ni. Tak rugi apa-apa pun. Selamat mencuba !

No comments:

Post a Comment