Assalamualaikum w.b.t
Apabila penat bekerja, kadang-kadang kita tak ada masa untuk lakukan senaman apabila sibuk dengan kerja yang bertimbun di pejabat. Tidak ditambah lagi dengan tugasan yg dibawa ke rumah untuk disiapkan lagi.
Pasti ada di antara awak-awak yang pernah atau sedang mengalami situasi sebegini kan ?
Baiklah hari ini cikdewi nak share sikit antara senaman yang boleh dilakukan di rumah mahupun semasa sedang bekerja. Ha ?
Jangan lah rasa pelik dulu, sebabnya itu apa yang cikdewi amalkan sampai lah hari ini. Haaa.
Senaman regangan.
Senaman regangan adalah yang paling mudah dan di mana-mana saja boleh lakukan. Jangan tak tahu senaman regangan ni boleh merelakskan anggota badan kita yang letih ataupun jika kita rasa mengantuk semasa sedang bekerja, lakukanlah senaman regangan.
Senaman weight dengan menggunakan berat badan sendiri.
Sebagai contoh, dips. Macam mana nak lakukan dips ini ? Awak-awak bole lakukan di sisi katil atau pun kerusi. Pastikan level katil atau kerusi itu sesuai dengan ketinggian awak-awak ye.
Target muscle bagi senaman dips ini adalah otot triceps. Selain untuk kekuatan, ia juga mampu menjadikan lengan anda terbentuk. Bagi perempuan mesti takut nak buat, jangan risau perempuan tak akan build muscle besar-besar macam lelaki. Tetapi lebih kepada membentukkan lengan dengan cantik serta membakat lemak di bahagian tersebut jika dilakukan secara teratur.
Push up.
Target muscle bagi senaman ini adalah chest dan upper body. Kelebihan push up bukan saja untuk menguatkan otot semata-mata, malah dapat membetulkan posture badan jika dilakukan dengan cara yang betul.

Plank
Target muscle untuk senaman jenis ini ialah, otot perut(abs), dan juga peha(quads). Namun, ada beberapa feedback yang cikdewi dapat, ada yang mengadu sakit belakang di bahagian pinggang. Hal ini terjadi adalah disebabkan kelemahan otot abs yang menyebabkan otot belakang banyak digunakan yang menyebabkan kita rasa lenguh.
Static abdominal exercise.
Target muscle senaman ini adalah untuk otot dibahagian perut. Sebenarnya cikdewi paling suka senaman ini kerana ianya paling mudah dan paling fleksibil sebabnya boleh dilakukan di mana sahaja.
Untuk permulaan boleh dilakukan semasa baring dengan kaki di bengkokkan. Tarik nafas dalam dengan mengembungkan perut, dan hembuskannya dengan mengempiskan perut, semasa perut anda sedang kempis, tahan perut itu, tetapi bukan pernafasan. Maksud disini ialah anda hanya perlu kempiskan perut saja tetapi bernafas seperti biasa. Apabila perut dikempiskan secara tak langsung otot kita sedang berkontraksi tanpa kita sedar pun. Yang paling penting badan harus tegak. Senaman ini awak-awak boleh lakukan semasa berdiri, berjalan, mahupun duduk.

Squat.
Target muscle untuk senaman ini adalah otot peha(quads), hamstring dan juga glutes. Ada mitos yang menyatakan bahawa kalau buat squat nanti peha makin besar. Ok, disini cikdewi nak cakap mitos awak tu kurang tepat. Awak pernah tengok atlet taekwondo tak? Besar sangat ta peha mereka ? Jawapan cikdewi, tidak tetapi kuat dan mempunyai bentuk otot itu. Atlet taekwondo atau martial art yang lainnya yang menggunakan kaki sebagai teknik pertahanan sudah semestinya lakukan rutin ini sebagai rutin harian, begitu juga bola sepak,rugby dan sebagainya. Jangan pernah bersangka negatif dengan senaman ini sebabnya cikdewi lakukan setiap hari di ..bilik mandi. Ok, cikdewi kongsikan sikit. Semasa awak tengah gosok gigi, sandar pada dinding dan kemudian duduk. Bukan duduk di atas kerusi, tetapi kerusi bayangan awak sendiri. Tahan selama beberapa saat, berdiri semula kemudian ulang lagi. Heee
Sebenarnya banyak lagi senaman yang boleh dilakukan di rumah, cuma ikut atas kemahuan kita. Kenapa cikdewi cakap kemahuan tapi bukan kemampuan. Kerana kita tahu apa yang kita nak. Jadi, kitalah yang harus lakukan dan teruskan sampai kita mendapat keputusan yang positif.
Paksa diri anda sekarang, atau akan datang anda sendiri yang akan menyesal dan bertanya pada diri kenapa tidak dimulakan dari dahulu. Fikiran positif sangat penting dan jangan pernah mengalah atau berhenti selagi anda tidak mendapat hasil yang dimahukan.
No comments:
Post a Comment