Assalamualaikum dan salam sejahtera.
TIPS OF THE DAY !
Persediaan untuk recovery !
Sememangnya kita lakukan senaman dengan tujuan untuk membakar lemak dan juga megurangkan berat badan, tetapi apa yang perlu dilakukan selepas workout ? Jangan abaikan untuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk membaik pulihkan semula otot-otot yang soreness.
Treat diri anda dengan mandian air panas selepas lakukan senaman, serta ambil satu sudu kecil madu sebelum tido. Madu juga membantu untuk proses memulih. Selain itu, urutan badan juga membantu.
FOOD OF THE DAY !
JAGUNG
Percaya atau tidak, jagung adalah makanan low-fat complex carb untuk menurunkan berat badan. Ia kaya dengan serat tetapi agak sukar untuk dihadam. Bagaimana pun, ia adalah serat tidak larut ia membantu dalam mengendalikan masalah penghadaman seperti sembelit dengan cara menyerap air dan melembutkan najis untuk keluar dengan lancar.
Jika anda bercadang untuk membersihkan perut, boleh makan jagung untuk gantikan carb dengan nasi.
WORKOUT OF THE DAY !
SIDE PLANK
1. Baring mengiring dan tangan dan kaki anda menyentuh lantai.
2. Tegakkan badan, mengikut garisan badan.
3. Bawa pinggul sedikit ke bawah mendekati lantai.
4. Kemudian, bawa semula ke atas pada posisi asal.
5. Ulang 8-12 kali.
6. Tukar pada sebelah badan dan ulang pergerakan.
Penting !
Jangan lupa untuk bernafas, lakukan dengan perlahan dan relax.
Harap tips kali ni dapat membantu.
No comments:
Post a Comment