Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah bertemu lagi kita, dan salam Maal Hijrah for all of you..
Insha allah kali ini ceikdewi akan share lagi tips kesihatan yang berguna untuk awak semua !
TIPS KURANGKAN LEMAK :
Fokus pada diet dan juga pengurangan berat awak semua! Kebanyakan orang suka mengandaikan bahawa dengan melakukan banyak walau beratus crunches pada setiap hari mampu membakar lemak pada bahagian perut dan membuang lemak dengan cepat. INI SALAH !
Melakukan crunches hanya akan membentuk dan tone up bahagian perut, tapi ia tidak mampu untuk membantu untuk menghilangkan lemak pada lapisan lemak di bawahnya. Jadi, cara yang lebih baik untuk menghapuskan lemak adalah dengan menjaga pemakanan atau diet yang seimbang dan sihat tetapi haruslah bergerak bersama workout yang hebat !
Pastikan awak semua tidak sabotaj workout awak ye, dan pastikan mengambil pemakanan yang seimbang dan yang penting EAT CLEAN !
MAKANAN YANG TERBAIK UNTUK KURANGKAN LEMAK :
KIWI
Kiwi sememangnya sangat bagus untuk sistem penghadaman kita. Selain itu, ia juga amat bagus untuk boosting immunity serta tinggi dengan serat. Perlu diingatkan bahawa serat sangat bagus untuk sistem pencernaan kita serta membantu untuk mengelakkan masalah usus dari terjadi. Mencegah lebih baik dari merawat.
SENAMAN YANG BOLEH DILAKUKAN :
MOUNTAIN CLIMBERS
1. Letakkan tapak tangan awak ke lantai, bukaan tangan mestilah seluas bahu.
2. Tegakkan badan dan kaki mestilah lurus dan hanya ibu jari saja memijak ke lantai. Pastikan badan dalam keadaan tegak , dengan beban badan di sokong oleh tapak tangan dan kaki saja.
3. Bermula dengan mana-mana kaki,bengkokkan lutut dan pinggul pada masa yang sama bawa lutut ke bahagian bawah pinggul. Kaki yang sebelah lagi haruslah kekal di posisi permulaan tadi.
4. Kemudian, undurkan kaki yang naik ke atas tadi ke bawah semula dan berada pada posisi yang asal. Sambung semula pergerakan tadi dengan menggunakan kaki yang sebelah lagi.
Tips senaman :
Jangan lupa untuk bernafas dan kawal pernafasan awak semua ye.
Ingat, apabila kaki melawan graviti hembuskan nafas, bila kaki turun tarik nafas semula.
Cikdewi harap tips kali ni boleh membantu awak semua serta dapat menambah pengetahuan.
Terima kasih
No comments:
Post a Comment