Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini cikdewi akan share sikit pasal perubahan yang mampu membantu untuk membakar lemak kta-kita ni.
1. Morning : Start with Coffee:
Berita baik bagi mereka yang menggermari minuman kafein ini, kerana apa, kopi juga membantu untuk boost your metabolism, senang cerita tak perlu cut out your morning cup of joe. Malah, kopi dan juga green mempunyai ransagan semulajadi untuk sistem saraf kita. Sehari secawan kopi atau green tea boleh membakar dan meningkatkan metabolism sebanyak 5-8%.
2. Morning : Eat Whole-Grain breakfast :
Skipping your breakfast is not a smart choice !
Kerana apa, ia juga mampu meningkat metabolism pada badan kita. Isilah perut kita pada waktu pagi dengan sarapan bijirin atau kalau suka makan roti pada waktu pagi, tukarlah jenis roti - wholemeal bread. Jika pada waktu pagi kita makan makanan yang berserat tinggi, ia akan meningkatkan metabolism dan membantu untuk membakar tenaga untuk seharian. Satu lagi cadangan, buat penkek menggunakan pisang atau cracker guna oat, kreatif lah sikit kan.
3. Afternoon : Drink More Water :
Mungkin anda rasa dengan hanya duduk di kerusi pejabat adalah aktiviti yang sangat tidak sihat. Simple saja, ubahlah kesan negatif tu dengan sesuatu yang positif. Selagi anda tidak mengabaikan H2O di sebelah meja anda tu, ta ada lah negatif sangat kesannya. Air kan membantu juga dalam proses pembakaran kalori. Sebab tu cikdewi selalu cadangkan bawak sebotol air masak ke ofis.
4. Afternoon : Go for a HIIT workout :
Ok, apa itu HIIT (high-intensity interval training). Sebagai contoh adalah Tabata plan, ianya mampu membakar kalori sebanyak 13.5kcl dalam hanya seminit ! Hebat tak hebat plan Tabata ni kan. Malah ia juga mampu meningkatkan metabolism seseorang sebanyak dua kali ganda jika dilakukan sebanyak 30minit.

5. Afternoon : Option for High Protein Lunch :
Berdasarkan kajian yang dilakukan secara menyeluruh, ambil lebih protein dalam diet. Ini jika anda sedang lakukan latihan untuk otot. Ianya sangat digalakkan, kerana makanan otot adalah protein. Walaubagaimana pun, High-Protein diet memerlukan masa yang agak lambat untuk dihadam mungkin inilah faktor kenapa kita perlukan air yang banyak untuk neutralizekannya. Macam mana pun, hati-hati dengan pemilihan diet, diet yang salah boleh merosakkan badan kita ye.
6. Afternoon : Go for a walk :
Bangun dan berjalanlah, ianya mampu membantu melancarkan sistem penghadaman selepas makan, malah ia juga mampu boost your fat burn !
7. Evening : Spice your dinner !
Tambah sedikit rempah atau cili di dalam masakan. Ketahuilah makanan yang pedas juga membantu meningkatkan metabolism.
8. Evening : Take Your Time to Wind Down :
Kesibukka seharian, stressed-out mind tidak menyokong keperluan badan anda. Stress sebenarnya adalah punca metabolism badan kita rendah.
Apabila badan kita di dalam keadaan yang stress atau tertekan,"our adrenal glands pump out excessive amounts of the stress hormone cortisol, causing an imbalance in our bodies' natural hormonal rhythms" nampak tak kesannya di mana ia juga merendahkan kelebihan untuk membakar lemak dengan effective.

9. Evening : Get a Good Night's Sleep :
Cubalah untuk dapatkan sekurang-kurangnya 7-8 jam waktu tidur untuk setiap malam. Tidak cukup tidur boleh menjadi penyebab mengapa badan tidak dapat membakar kalori dengan sebaiknya.
So, cikdewi harap sangat anda semua berpuas hati dengan tips hari ni. Mungkin ianya nampak terlalu mudah, tapi kita mudah tak nak lakukannya ?
Mungkin tips ini tidak nampak gempak macam tips-tips seperti Atkin's diet. But, the basic is from us. Semua yang di atas ini adalah perkara yang paling lazim yang kita perlu ubah. At least, dua atau tiga darinya.
Hope entri kali ini membantu =)
No comments:
Post a Comment