Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semua wanita idamkan badan yang kurus dan cantik. Kalau cikdewi tanya seorang demi seorang, semestinya mereka mesti nak kurus, kerana pada pandangan mata kita orang perempuan bahawa kurus itu cantik.
Akan tetapi ye akak-akak sekalian, tak guna juga kalau kita lakukan senaman tapi senaman yang dilakukan itu akan memudaratkan diri kita semula, semua orang sedia maklum bahawa lakukan senama adalah untuk sihat dan cantik. Tapi, kalau dah sakit, macam mana nak cantik kan ?
Ok, kat sini cikdewi akan kongsikan dan nak beritahu anda semua apakah kesalahan yang dilakukan semasa melakukan senaman.
PUSH UP EXERCISE
Cara ni sememangnya salah ! Sebab apa? Sebab, push sepatutnya dilakukan dengan badan berada di dalam keadaan yang lurus, dan apabila turun ke bawah, posture badan yang lurus tadi haruslah turun serentak bukan punggung ditinggal di atas.
Posture sebegini kerap juga dilakukan untuk orang yang tak nak rasa penat lakukan push up kaki lurus. Cara ini silap ye, sebab apa, push up untuk target otot di bahagian dada dan juga lengan. So, target tak tercapai.
Posture sebegini pula,boleh menyebabkan sakit belakang. Sebab apa, anda memberi tension pada tulang belakang, which is berat badan tertumpu sepenuhnya pada tulang belakang anda. Posture ini agak bahaya, sebab silap-silap tulang belakang kita boleh lari dari landasan yang sepatutnya.
Jadi, posture yang betul adalah seperti gambar ini, dan turun serentak ke bawah.
SQUAT
Apa yang tak kena dengan gambar ini adalah posisi lutut. Sebaiknya buka sedikit kaki semasa punggung diturunkan dan bukan kepitkan ye.

Gambar ini juga menunjukkan posisi lutut juga. Dimana, lutut sepatutnya tidak boleh melebihi ibu jari kaki anda. Sebab apa, kalau anda lakukan demikian, ia akan memberi tekanan pada lutut dan boleh menyebabkan kesakitan pada lutut akibat tension dan juga tercedera.
Gambar yang ini pula, bukan sekadar lutut yang salah tetapi juga posture badan yang membongkok. Sepatutnya kena tegak ye.

PLANK
Senaman plank ni kalau cikdewi buat, macam-macam versi cikdewi akan jumpa. Antaranya adalah yang di atas, haa.. posture yang sebaiknya adalah yang di bawah. Badan tegak dan seeloknya kepala tidak perlu mendongak untuk elakkan tekanan pada bahagian leher.
LUNGES
Perhatikan posture lunges yang salah tu, anda rasa macam pernah buat tak?
Haa, itu cara yang salah ye, bukan apa, ianya sepatutnya dilakukan dengan posisi badan yang tegak, baru dapat feel target muscle dia. Kalau kita terus lakukan dengan cara yang salah tu sebenarnya akan mengakibatkan kerosakkan pada sendi lutut ye, sama seperti squat tadi, sebab kita bagi tension pada lutut.
Cara yang betul adalah bawa kaki kehadapan dengan posture badan yang tegak dan kaki belakang di bendkan sedikit ke bawah.
CRUNCHES
Posisi crunches ni, sepatutnya kita kena crunch bahagian perut tu saja, dan tidak perlu menarik badan kita sampai ke lutut. Sebab target muscle untuk senaman ini adalah pada bahagian perut.
Jadi tak perlu pun nak angkat badan sampai ke lutut tu, angkat sikit tahan sekejap je pun ta sampai sesaat pun then turun semula, dah rasa otot kat perut bergetar.
Haa, senang je kan nak buat senaman ni.
Macam mana pun, selalulah update dan search setiap jenis senaman yang kita lakukan ye. Kalau silap buat, lain pula jadinya.
Hope entri kali ni membantu.
No comments:
Post a Comment