a.navigation {background: #3333ff ;color: #ffffff;margin: 1px;padding: 2px;border-width: 0;text-transform: uppercase;text-decoration: none;font-weight: bold;}a.navigation:hover {background: #333333;color: #ffffff;text-decoration: none;}

encik iklan

Friday, 4 December 2015

Kekal aktif walaupun ketika datang bulan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua ..
Hujung minggu macam ni seronok sebenarnya melakukan aktiviti yang sihat bersam kawan-kawan mahupun orang tersayang ..
Cehh, dah macam dalam iklan lah pulak ceritanya kan.

Oklah, kita cakap straight forward je lah kan.
Ada lah kan beberapa orang kawan cikdewi ni, kalau ajak pergi bersukan, atau aerobi ke, berjoging ke, dia orang ni ok je, cuma apabila sampai je time datang bulan atau period, semua tak nak join.
Alasannya, aku takut bocor lah, aku takut tak selesa lah. 
Ish, takutlah kalau time period ni bersukan. Cikdewi akan tanya balik, apa pasal pulak? Bukannya benda tu menganggu pun.

So, terlalu banyak alasan yang you all guna untuk tidak berpeluh sewaktu datang bulan.
Sebenarnya, sewaktu kita datang bulan, for sure ada certain perempuan akan mengalami senggugut atau dikenali sebagai dysmenorrhea, sakit pinggang ataupun rasa sengal-sengal otot. Ini adalah normal kerana perubahan hormon berlaku sewaktu kita datag bulan. Kerana tidak semua perempuan mempunyai hormon relaxin yang mampu menahan kesakitan pada bahagian rahim, dan ada juga yang sampai tergolek-golek di buatnya. Jadi, apakah penyelesaian yang sesuai ?


Kalau masa study dulu, cara yang cikdewi lakukan adalah dengan berjoging pada petang hari selepas waktu kelas lah biasanya. Cikdewi memang akan mengalami senggugut apabila datang bulan tetapi tidaklah kronik, tetapi cikdewi mengambil inisiatif untuk kekal aktif dengan berjoging atau apa-apa saja aktiviti yang boleh membuatkan kita berpeluh dan sakit itu akan hilang. Sebab apa, apabila kita melakukan aktivti seperti bersenam, endorphins akan dirembeskan dan kesannya adalah untuk mengurangkan rasa sakit. Selain itu, senaman regangan juga membantu untuk mengurangkan segal-sengal pada otot.


Lagi satu caranya adalah dengan mandi air suam/panas. Cikdewi pernah terbaca satu page di Facebook yang berkongsi tentang bagaimana sesuatu produk dan artikel itu juga menceritakan bagaimana dan berkongsi cara yang dilakukan semasa datang bulan. Antaranya adalah dengan mandi air panas semasa hari pertama hingga ketiga semasa datang bulan. Tujuannya adalah untuk merelakskan urat di bahagian rahim kita dan mengelakkan berlakunya kekejangan. Kekejangan itulah yang menyebabkan senggugut. Cikdewi dah buat rutin mandi air panas semasa period ni pun baru berapa lama je, tapi kesannya Alhamdulillah, senggugut berkurang sikit-sikit, dan kalau ada sakit pun, tidaklah teruk sangat. Ha, selain itu, boleh gunakan botol yang diisi air panas dan kemudiannya balut dengan tuala dan tuamkan ke perut anda.


Selain itu, amalkan minum air halia untuk membuang angin dalam badan selain untuk memanaskan badan. Sangat efektif jika kita amalkan semasa datang bulan ni. Kalau rasa tak tahan dengan rasa halia tu, campurkanlah dengan gula melaka atau perahkan lemon, sedap juga rasanya tau.


So, buang semua negative mind yang dok sibuk ada kat dalam kepala tu. Jangan takut dan yakin pada diri anda. Sememangnya tidak ada halangan untuk sentiasa kekal aktif dan lakukan perkra yang menjadi kegemaran walaupun hari itu adalah hari yang buat anda tidak selesa, cari alternatif yang lebih selamat, so tak perlu nak risau sangat kalau apa-apa yang tidak inginkan terjadi kan.


Lepas ni, macam mana? Boleh je kan nak join aerobic atau berjoging pada petang hari walaupun ketika datang bulan kan.
Cikdewi harap entry kali ni membantu sedikit sebanyak untuk anda.

No comments:

Post a Comment