Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Pertamanya, cikdewi as a Johorian ingin menyembah takziah atas kematian Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim yang telah menghadap Illahi pada 5 Disember lepas, satu Johor berkabung bagi menghormati pemergian putera raja yang sangat disenangi rakyat Johor. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan tempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin.
Walaupun aktiviti cikdewi terpaksa ditangguhkan, bukan bermakna kita-kita ni tidak memantau aktiviti dan pemakanan anda ye. hihi
Mesti ada yang terfikir dan masih lagi keliru macam mana lah nak bakar kalori yang banyak dalam masa sehari.
Mudah saja, hari ni cikdewi akan berkongsi sedikit tips-tips yang boleh diguna pakai untuk anda semua.
Cara yang paling utama untuk menurunkan berat badan adalah menyingkirkan kalori, macam yang cikdewi bagitahu tadi lah. Tetapi berapa banyak kalori yang anda perlu buang dan bakar untuk nampak result yang memuaskan? Mudah saja caranya : Anda boleh menurunkan 1 pound dalam seminggu dengan membuang 500 kalori sehari. (Kalori yang dibakar adalah dalam lingkungan berat 150 pound bagi wanita)
Hentakkan kaki anda.

Kawan-kawan anda yang kurus melidi tu berkemungkinan tidak aktif dan mereka mampu membakar kalori sebanyak 350 kalori dengan hanya menghentakkan kaki atau dengan tidak berbuat apa-apa,
Cuba lakukan untuk beberapa hari. Berjalan-jalan di kawasan semasa anda sedang menjawab panggilan dari seseorang, atau lakukan rentak lagu dengan menggunakan hentakan kaki anda ataupun menari. Mungkin aktiviti sebegini sesuai dilakukan di kawasan yang agak privasi sikit. hee
Jauhkan diri dari kekacang.
Kekacang mempunyai lemak yang bagus untuk jantung kita, namun mereka juga tinggi kalori : 1 genggam kekacang ( lebih kurang 1 ounce,) yang digoreng = 175 kalori, 3 genggam = 525 kalori. Lebih baik cut pengambilan kekacang dan anda mampu kurangkan 500 kalori sehari.
Jika anda masih tidak mampu mengelakkan diri dari mengunyah kekacang, boleh ambil pistachoius, 2 genggam = 159 kalori sahaja, dan kulit mereka yang keras tu, mampu melambatkan anda untuk mengunyah.
Elakkan makan di hadapan televisyen.
Berdasarkan kajian yang pernah dilakukan dari Universiti Massachusetts, anda akan makan lebih dari 288 kalori di hadapa televisyen. Jadi, makanlah di meja makan, dan gantikan 1 jam menonton tv dengan lakukan aktiviti berjalan biasa, dah dapat bakar 527 kalori.
Kurangkan topping untuk salad.
Anda mampu selamatkan 500 kalori dengan hanya pengambilan 1 jenis topping, tambahkan sayur-sayur yang rendah kalori. Jangan tambahkan hirisan keju, kekacang, dan avocado kerana mereka mampu menambah jumlah kalori yang diambil di dalam salad yang pada fikiran kita adalah makanan yang sihat, ia boleh menjadi penyebab penambahan kalori.
Pinggan.

Tukarkan pinggan anda!
Gantikan pinggan 12 inch kepada 10 inch, dan anda akan makan 20-25% kurang dan juga boleh mengurangkan pengambilan 500 kalori.
Anda juga tidak akan rasa tidak kenyang langsung.
Skip the whip.
Atau dalam erti kata lain, tak perlulah dessert selepas makan, tahukah anda, makanan pencuci mulut ada 670 kalori yang mengandungi whipped cream, susu dan juga sirap.
Jika anda rasa teringin cukuplah hanya satu cawan kecil espresso yang mengandungi 30 kalori saja, jadi anda da boleh kurangkan 640 kalori.
Koktails.
Minuman campuran buah, sirap dan juga susu dicampurkan pula dengan susu pekat anda boleh menambah lebih kurang 800 kalori !! Cara yang lebih baik, kurangkan pengambilan susu dan sirap campuran. Kurangkan juga pengambilan gula. Lagi pula, tak elok sangat sebenarnya campurkan susu dengan buah-buahan..kan..
Kurangkan pengambilan pasta.
Satu cawan pasta hanya 220 kalori. Tetapi, kalau berada di restoran, kebiasaanya portion untuk makan malam adalah lebih dari satu cawan atau lebih kurang meningkat sebanyak 48% menjadi 1,056 kalori. Cukup anda hanya ambil 2 cawan pasta saja, at least boleh kurangkan 616 kalori sehari.
Kalau tengok berdasarkan apa yang cikdewi share hari ini lebih kepada habit pengambilan makanan seharian kita. Sebenarnya banyak cara yang kita mampu lakukan untuk kurangkan at least 500 kalori sehari. kalau kita biasa makan kesemua yang di atas, buang salah satu darinya pun dah boleh membantu untuk menurunkan berat badan dan juga membakar kalori.
Diharapkan entri kali ini dapat membantu.
No comments:
Post a Comment