Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebagai wanita, kita sering menjadi ancaman dan mangsa kepada si penjenayah. Macam mana pun, apa yang terjadi pada cikdewi beberapa hari lepas, which is cikdewi hampir saja jadi mangsa orang ambil gambar masa cikdewi tengah mandi, memberi idea kepada cikdewi untuk share sedikit langkah-langkah yang boleh dilakukan sekiranya anda di perhati, di ekori, di ancam dan sebagainya. Jadi, cikdewi nak berkongsikan kepada anda semua apa yang perlu dilakukan sekiranya anda di ekori atau sebagainya.
1. Elakkan berjalan di kawasan yang sunyi.
Sememangnya, perkara ini perlu dielakkan bagi tidak menggalakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku. Sebab, jika anda berada di kawasan yang sunyi dan berseorangan ia merupakan peluang bagi si penjenayah untuk melakukan tugasnya. Bunyi agak scary kan, tetapi macam mana pun mencegah lebih baik kan.
2. Tuju ke arah orang ramai.
Namun, sekiranya anda dapat merasakan bahawa ada seseorang sedang mengekori anda, tolong jangan gelabah. Jangan biar si pengikut itu tau yang anda tahu bahawa dia sedang mengekori anda. Hanya buat tak tahu dan berjalan ke arah orang ramai, sekiranya anda berada di shopping complex, masuk mana-mana kedai yang tertutup, dan jika boleh hubungi pihak berkuasa. Ambil gambar si pengikut itu kalau dapat untuk dijadikan bukti.
3. Pepper spray.
Salah satu senjata wanita yang sangat berkesan dan merbahaya. Cikdewi pernah try main-main dengan benda ni. Tak spray habis pun, sangat sikit dia dah keluarkan bau dan effect dia boleh buat orang sesak nafas. So, apa lagi kalau kita spray directly pada mata si pengikut yang tak diundang tu kan? Just imagine!
4. Jangan nervous!
Kalau dah namanya girls memang tak sah kalau tak nervous tu datang dulu baru akal yang waras yang sepatutnya datang dahulu. Well, this is what happen to me. I have scream first without taking the phone as a prove! Rasa menyesal pun ada. Tapi, nak buat macam mana benda pun dah jadi daaa. That's why i told u before, don't get nervous. Apa yang perlu di lakukan jika anda berada di dalam situasi seperti ini adalah bertenang, dan tarik nafas sedalam-dalamnya dan hembuskan. Berfikir dengan waras bagaimana untuk melarikan diri. Lari ya, bukannya berlawan.
5. Cakap atau lakukan sesuatu yang jijik!
Ya, jika pemangsa sudah semakin menghampiri anda, katakan apa saja yang boleh membuatkan dia geli atau jijik dan mungkin akan larikan diri. Contohnya, "Saya datang bulan, darah saya banyak" atau "Saya terbuang air di dalam seluar!" dan anda jangan terkejut anda yang memang sanggup lakukan itu untuk selamatkan diri. Apa-apa pun si pemangsa ni tetap manusia dan masih mempunyai 5 pancaindera dan pasti ada yang tidak tahan dengan bau busuk dan sebagainya.
6. Tackle the pressure point.
Kebiasaannya pressure point di gunakan untuk menyelamatkan diri. Jika anda adalah seorang yang mempunyai martial art self defense, pasti anda mengetahuinya. Namun, kepada yang tidak tahu, jangan risau anda masih mempunyai masa untuk mengetahui serta mempelajari ilmu berguna ni.
Sebenarnya setiap titik acupunture itu adalah pressure point kita, namun juka tersilap guna boleh mendatangkan maut, samada dengan niat atau sebaliknya. Jadi, sekiranya anda di serang tolong jangan nervous, gunakan akal yang waras dan seranglah titik tekanan ini dengan sebaiknya untuk menyelamatkan diri anda. Bagi mereka yang suka pakai high heel, ini adalah modal anda untuk memijak kaki mereka dengan heels mahal anda tu ๐
7. Lari.
Ya, tujuan anda mengetahui segala langkah-langkah di atas adalah untuk melarikan diri bukan untuk berlawan. Jangan gadaikan diri anda untuk ambil risiko dengan melawan si pemangsa kerana mungkin mereka lebih licik berbanding anda, tetapi sekurang-kurangnya anda lebih bijak melarikan diri dari mereka dan at least dapat melumpuhkan sedikit titik kelemahan mereka.
Ini hanya perkongsian yang cikdewi dapat share bersama anda, serba sedikit yang cikdewi belajar semasa class tae kwon do dulu. Harap ianya masih berguna untuk cikdewi dan juga anda ๐





No comments:
Post a Comment