a.navigation {background: #3333ff ;color: #ffffff;margin: 1px;padding: 2px;border-width: 0;text-transform: uppercase;text-decoration: none;font-weight: bold;}a.navigation:hover {background: #333333;color: #ffffff;text-decoration: none;}

encik iklan

Friday, 1 January 2016

Senaman Regangan Dan Kepentingannya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Senaman regangan adalah antara satu part yang paling basic dilakukan sebelum kita lakukan aktiviti senaman bagi mengelakkan masalah kekejangan otot pada ketika kita melakukan aktiviti atau selepas itu.



Disebabkan ini adalah permintaan salah seorang kawan cikdewi, jadi cikdewi nak berkongsi sedikit tentang senaman regangan ni, atau lebih mudah kita sebut sebagai stretching.

Bagus untuk tubuh badan.

Kelebihan stertching yang paling utama sekali adalah membantu meningkatkan fleksibiliti dan juga mengurangkan masalah pada julat pergerakan sendi. Apabila umur semakin meningkat, peratusan untuk otot menjadi ketat sedikit demi sedikit dan juga kurang jumlah julat pergerakan sendi, jika kurangnya fleksibiliti pada otot akan menyebabkan kurangnya cecair yang menyokong otot, malah akan mudah seseorang individu itu mendapat kecederaan pada tisu lembut yang terdapat di dalam otot yang menyebabkan kesakitan pada sendi dan juga otot kita.



Kebiasaannya, tekanan dan keketatan pada otot adalah disebabkan posture yang tidak betul. Stretching dapat membantu untuk membetulkan semula posture badan dengan memanjangkan otot dan menarik semula otot yang pada posture yang betul. 

Di samping itu, ianya mampu untuk melancarkan peredaran darah dengan melonggarkan tisu-tisu yang ketat. Stretching untuk otot pada tulang belakang, leher atau tengkuk, dan juga dada dan bahu perlu kerap dilakukan untuk membetulkan semula posture badan kita.



Masih lagi ada pendapat yang bercanggah dan kurang bersetuju bahawa stretching mampu mengelakkan anda mengalami kecederaan sewaktu bersukan atau melakukan senaman ringan. Saya ulang walaupun senaman ringan ye.

Ianya terbukti kerana, stretching mampu membantu dalam melancarkan peredaran darah dan memberikan nutrient yang cukup untuk otot bagi mengelakkan otot kekejangan dan mempercepatkan proses recovery jika terdapat kecederaan kecil semasa anda melakukan senaman. Dan tidak lupa juga, ianya akan kurangkan rasa soreness selepas melakukan senaman jika anda sangat komited dengan stretching.


Mampu merehatkan minda.

Setiap dari kalangan manusia mesti akan ada rasa stress, even cikdewi sendiri ok. Hang ingat tak serabut kepala dok pikiak benda apa nak buat untuk patient? Hihi gurau ja.



Ok, apabila kita stress, badan akan mengeluarkan hormone stress di mana akan memberi kesan kepada otot kita, otot juga turut stress atau tertekan. Perkara ini lah yang akan memburukkan lagi keadaan, jika anda pergi ke gym dengan kepala yang penuh berserabut lepas tu terus je warm up then, terus ambil weight tanpa lakukan stretching. Apakah kesannya selepas itu? 

Kebanyakkan pesakit sport injuries yang datang dengan masalah tisu koyak atau masalah lain semasa bersukan yang berjumpa fisioterapi akan bagitahu yang mereka tidak melakukan stretching sebelum atau selepas lakukan senaman. 



So, dapat tak point dia kat situ? Tak lama pun, korbankan sekejap masa lebih kurang 5-10 minit untuk lakukan stretching. Cikdewi sendiri lakukan stretching walaupun hanya jogging 5 round je. Macam mana pun, stretching sangat penting, kalau tak mesti akan rasa sakit semasa nak solat nanti.

Mudah saja lakukan stretching ni, hanya fokus pada otot yang anda gunakan, mulakan dari kepala hinggalah ke kaki. Jangan lupa untuk tahan selama 15 saat. Kerana pada jangka masa 15 saat ia sama kesannya seperti melakukan 60 saat stretching. Ianya mampu meregangkan dan melancarkan peredaran darah kita. Macam mana pun, fleksibiliti adalah main point nya. Kerana fleksibiliti lah, kurang berlakunya kecederaan pada otot. So, banyakkan stretching and build up fleksibiliti.



Jadi, cikdewi harap entri kali ni dapat membantu anda ya. Sememangnya senaman itu bagus untuk kesihatan, akan tetapi stretching sangat bagus untuk mengelakkan kecederaan. Sampai jumpa lagi. 😊


No comments:

Post a Comment