a.navigation {background: #3333ff ;color: #ffffff;margin: 1px;padding: 2px;border-width: 0;text-transform: uppercase;text-decoration: none;font-weight: bold;}a.navigation:hover {background: #333333;color: #ffffff;text-decoration: none;}

encik iklan

Saturday, 13 February 2016

Kesihatan Wanita : 9 Jenis Vitamin Yang Wanita Mesti Ambil

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini, cikdewi nak ceritakan sedikit mengenai jenis-jenis vitamin yang patut di ambil oleh wanita. Hal ini, kerana wanita mengalami haid, hamil malah berisiko untuk menghidap osteoporosis di sebabkan pengurangan hormon apabila lanjut usia.

So,kita straight to the point saja lah ye.



1. Vitamin A
Vitamin , lebih cenderung kepada kesihatan untuk mata yang boleh di dapati secara natural dengan hanya memakan lobak merah. Jika diambil dalam kuantiti yang terkawal ia mampu membantu dari segi penjagaan diet supaya tidak kekurangan zat di dalam badan. Selain membantu penjagaan mata, ia juga mampu memberi kebaikan dari segi kesihatan jantung malah baik untuk kesihatan kulit dan mengekalkan keremajaan.



2. Omega 3
Minyak ikan lebih cenderung jika dikaitkan dengan Omega 3 ni. Fatty acid yang terkandung di dalamnya dipercayai dapat megelakkan dari risiko kanser, mengurangkan risiko sakit jantung, da membantu mengurangkan depression.



3. Vitamin C
Kebanyakkan kita mengetahui kesedapan vitamin ini dengan rasa manisnya sedari tadika lagi. Ibu-ibu kita dulu menggalakkan kita minum jus oren disebabkan adanya vitamin C, Kebaikkan vitamin C adalah ianya bagus untuk antioksida dan termasuk untuk memulihkan luka, menghasilkan sel darah merah, meningkatkan sistem imun, dan mengelakkan dari serangan jantung.



4. Kalsium
Wanita adalah lenih cenderung untuk mendapat osteoporosis iaitu sakit tulang,maka kalsium adalah bahan mineral yang sangat penting untuk di ambil oleh kaum wanita. Disebabkan perkara ini, doktor aka mengesyorkan anda untuk mengambil supplement kalsium untuk menjaga tulang anda.
Bagi wanita post-menopose digalakkan mengambil kalsium 1200 miligram manakala pre-monopose digalakkan ambil 1000 miligram kalsium.



5. Vitamin B
Keluarga B ni memang sangat besar. Anda boleh mengambil supplement B complex untuk kesihatan anda. Vitamin B, membantu untuk mengekalkan kesihatan otak malah membantu untuk mengekalkan tone otot, dan menghasilkan sel baru.



6. Probiotic
Probiotic membantu untuk mengawal masalah pencernaan. Malah ia juga membantu meningkatkan sistem imun. Selain itu, prebiotic mampu mengelakkan anda mendapat masalah pada bahagian bowel.



7. Iron
Satu lagi mineral yang boleh di ambil untuk kaum wanita mahupun lelaki, tetapi lebih baik untuk wanita. Kerana, wanita yang melahirka anak perlu ambil lebih iron untuk proses pemulihan, begitu juga sekiranya lanjut usia, untuk megelakkan sebarang komplikasi. Kekurangan iron dikhuatiri anda berpeluang mendapat anemia dimana sel darah merah berada di paras yang rendah.



8. Vitamin E
Satu lagi antioksida yang bagus, membantu menghasilkan sel darah merah, dan melambatkan proses penuaan sel.



9. Vitamin D.
Kebaikkan vitamin ini, adalah meningkatkan sistem imun. Disamping tu,ia mampu melawan sel kanser dan ada yang berpendapat ia mampu mengelakkan risiko barah payudara sebanyak 50%. Vitamin D juga membantu badan kita menyerap kalsium, di mana menjadi gabungan Vitamin D dan kalsium sebagai perisai untuk melawan risiko penyakit. Membantu kesihatan tulang dan sistem badan pada masa yang sama.

Kebanyak jenis vitamin di atas sangat berkait antara satu dengan yang lain. Oleh itu, jom kita pakat ambil makanan yang sihat untuk menjaga kesihatan yang optimum untuk masa akan datang.


keyword : kesihatan wanita, antioksida, mengelakkan penyakit, sistem imun, masalah pencernaan, Omega 3, Vitamin A, Vitamin C, Vitami D, Prebiotic, Iron, Vitamin B.

No comments:

Post a Comment