a.navigation {background: #3333ff ;color: #ffffff;margin: 1px;padding: 2px;border-width: 0;text-transform: uppercase;text-decoration: none;font-weight: bold;}a.navigation:hover {background: #333333;color: #ffffff;text-decoration: none;}

encik iklan

Tuesday, 8 March 2016

Let's build fitness!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Its been so long that i haven't write my blog. Mungkin dah bersawang pun sekarang ni. So, hari ni kita bersihkan sikit dengan satu aktiviti yang cikdewi nak syorkan pada u all semua!

Sebelum ni, cikdewi ada suggest kat u all untuk lakukan senaman di gym, untuk workout dan aktif dalam studio class, ataupun di taman permainan untuk jogging ataupun melakukan aktiviti workout juga untuk slim down atau bakar kalori. Why not, kita tambah sikit kelainan pada rutin kita tu. Barulah badan tak merasa bosan.


Salah satu cara cikdewi, cikdewi suka join open running atau public running yang melibatkan orang awam untuk turut serta berlari. Biasanya ia dipanggil charity run atau nama komersial yang lain oleh penganjur. Baru-baru ni, cikdewi ada join satu nightrun di UTM, Skudai di Johor. Biasanya cikdewi join charity run ni di waktu pagi, ini kali pertama join nightrun. Pada pandangan cikdewi ianya agak mencabar juga. 


Sebabnya ia diadakan pada waktu malam yang memerlukan fokus dan untuk elakkan sebarang kecederaan. Jadi kita akan banyak menggunakan proprioception, balance dan coordination. Dan apa yang paling penting, tak panas so tak ada lah muka kita ni nanti burn dek terik matahari (sengih).


Jadi, lepas habis lari, balik ke rumah, mandi dan terus tidur. Waktu tu, badan kita akan rehat dan tidur kita lebih berkualiti dan tak akan terganggu (senyum).

Another option, u all boleh try hiking. Seronok sebenarnya tengok keindahan alam sambil kita tengah bernafas kuda kerana nak mendaki gunung.


So far, cikdewi boleh suggest untuk beginner macam cikdewi ni, kalau kat JB bole try Gunung Pulai. Yang dekat hutan rekreasi tu. Dekat situ, memang ada trek tersedia untuk kita daki. Jalan pun jalan tar. Memang seronok lah. Jauh perjalanan mendaki tu lebih kurang 4km lebih. 


Sepanjang perjalanan nak naik ke puncak tu, memang pokok saja lah. Lepas tu boleh dengar bunyi air terjun. Kat situ memang ada tempat mandi air terjun.

Selain dari tu, dengan hiking ni boleh train kita punya fitness dan senaman yang bagus untuk jantung kita.


Kalau ikut pengalaman cikdewi, masa kita nak naik ke atas tu, kita akan nampak uncle-uncle and auntie-auntie dah nak turun dah pun. Agak-agak? Mereka ni boleh dikatakan hampir setiap pagi akan mendaki Gunung Pulai tu. Memang rasa tercabar juga lah kan sebab mereka lagi tua dari kita tapi masih lagi fit untuk mendaki gunung. Terbaik.


Kalau ikutkan nak masuk Gunung Pulai ni free je, cuma parking je la berbayar. Dan ada kemudahan tandas awam dan juga berbayar (sengih).


So, the point is kalau nak seribu daya, tak nak macam-macam alasan boleh di bagi. Cabar badan kita supaya tidak berada di zon selesa yang mungkin akan menyebabkan plato (badan tak ada perubahan) yang disebabkan rutin yang sama. Badan kita perlu di cabar supaya ia mampu bekerja dan membakar kalori dengan lebih banyak. Sebab tu senaman perlu di selangi dengan proses recovery untuk badan berehat.


Agak-agak boleh faham apa yang cikdewi nak sampaikan? Kalau rasa ada  pertanyaan, boleh comment di bawah la ye (sengih). Semoga dapat membantu.

Keyword : fitness, hiking, running

No comments:

Post a Comment