Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Setiap wanita, tidak kira samada gadis muda, wanita berkejaya mahupun suri rumah tangga pasti mengidamkan tubuh yang seksi dan menawan.
Lebih-lebih lagi mereka ini cuba untuk mendapatkan perut yang ramping atau flat tummy.
Bahagian perut atau abdominal adalah bahagian yang agak sukar untuk di tackle dan memerlukan usaha yang sangat keras untuk membentuk otot pada bahagian perut.
Macam mana pun, hari ni cikdewi akan berkogsi kepada anda semua, senaman apakah yang sesuai dilakukan untuk mendapatkan perut yang kempis dan seksi.
1. Hanging Hip Raises.
Senaman ini antara senaman yang paling berkesan untuk kempiskan dan membentuk otot perut anda.
Dimana, ia akan memberikan tekanan pada otot perut untuk berkontraksi semasa anda mengangkat kaki ke atas selari dengan pinggang.
Melalui senaman ini,anda akan menstabilkan core muscle dan menguatkannya pada masa yang sama dengan menggunakan body weight iaitu dengan mengangkatkan kaki anda selaras dengan pinggang, ia merupakan daya tekanan yang semulajadi.
Senaman ini juga boleh dilakukan sambil berbaring, di mana ianya adalah cara yang mudah yang anda boleh lakukan selain dengan menggantungkan diri.
2. Oblique Crunches.
Salah satu senaman yang bagus untuk otot perut khususnya bahagian oblique anda.
Lakukan senaman ini dengan variasi yang dicadangkan.
Baring di atas lantai, kemudian angkat kaki ke atas agar selari dengan badan dan lantai.
Angkat badan anda kearah kiri dan kanan semasa kaki anda berada di atas.
Berikan sedikit cabaran dengan memegang berat seperti weight plate dan letakkan di dada anda.
3. Bicycle Crunches.
Nak rasa perut lagi terbakar?
Lakukan ini.
Baring di atas lantai dengan kedua kaki di bengkokkan, kemudian lakukan secara serentak dengan menendangkan kaki kanan ke hadapan sementara kaki kiri dibawa ke dada, alternately. Lakukan crunching to each side.
4. The Plank Exercise and Side Plank Exercise.
Senaman Plank dan Side Plank adalah untuk menguatkan lagi otot perut anda di mana ia bukan untuk membesarkannya ya. Tapi untuk membentukkannya.
Senaman isometric ini sangat berbaloi dilakukan untuk mendapatkan perut yang menawan. Ia akan memaksa otot perut anda untuk kekal bertahan semasa senaman sedag dilakukan tetapi tanpa pergerakan. Hanya bertahan semasa anda meletakkan forearm anda di atas lantai dan badan tidak menjejaki lantai dan tahan badan dengan jari kaki.
Antara variasi plank adalah :
Forearm Plank Exercise with One Leg.
Insturction sama seperti di atas tetapi angkat satu kaki ke atas atau kebelakang.
Lakukan dengan bertahan dalam seminit dan tukarkan kaki.
Plank with Knee to Elbow
Posisi asal adalah sama, bengkokkan lutut dan bawanya ke arah siku yang bertentangan.
Forearm dan kaki hendaklah kekal menahan di lantai, lakukan secara bergilir.
Exercise ball Plank
Letakkan forearm di atas bola, dan jari kaki di lantai atau forearm di lantai kaki di atas bola.
Konsep yang sama, tahan selama beberapa saat atau seminit.
Ini adalah antara senaman yang cikdewi share untuk anda semua.
Mungkin tak banyak, tapi anda boleh review semula senaman yang cikdewi pernah share untuk anda dalam entri yang sebelumnya.
Biar sikit yang penting berkualiti kan?
Hope entri kali ini boleh membantu.


No comments:
Post a Comment