Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Harap anda semua dalam keadaan yang sihat sentiasa.
Memandangkan cikdewi baru saja baik demam dan baru dapat suara sendiri, so rasanya cikdewi rasa semangat sikit nak bercerita dalam blog ni memandangkan agak lama juga cikdewi tak menulis atau membebel kat dalam ni kan.
Oklah, dua hari lepas, cikdewi dan kawan cikdewi iaitu misaleya keluar bersama, memandangkan esok harinya cikdewi cuti so, kami plan nak berjimba. Lepas ambil kawan kami lagi seorang kami meneruskan perjalanan ke Pusat Karaoke Diva, di bandar Seri Alam, Pasir Gudang.
Topik dalam kereta pada hari itu agak menarik. Memandangkan misaleya ni baru saja balik dari Alor Setar menghantar pesakit ke sana, kes Neuro (otak) ASDH - Acute Subdural Haemorrage, ataupun pendarahan di dalam otak tahap acute. Perkara ini, membuatkan kawan kami Faiz tertanya-tanya.
Antara soalan-soalannya adalah ..
1. Macam mana boleh berlakunya kes macam tu? (ASDH)
Jadi, jawapannya kami berdua pun share. kejadian macam ni boleh terjadi, sekiranya pesakit yang menghidap penyakit hypertension, tapi tidak mengambil ubat. Tiba-tiba, darah naik dan akan direct ke otak. Maka, pendarahan pada otak boleh terjadi. Selain daripada itu, strok atau angin ahmar juga kemungkinan besar boleh terjadi. Macam manapun, kes ASDH ni bergantung kepada berapa besar pendarahan yang ada di dalam otak. Kalau tidak lebih dari 3-4cm insha Allah pesakit masih boleh survive.
2. Jadi, ubat-ubatan tu penting lah ye?
Ya. Sekirannya pesakit yang memang menghidap penyakit hypertension ataupun diabetic. Ubat yang dibekalkan haruslah di ambil mengikut masa dan dos yang telah ditetapkan. Jika pesakit rasa mereka sudah kurang menghidap tekanan darah yang terlalu tinggi, maka dinasihatkan untuk berjumpa doktor sama ada untuk pengurangan dos atau rawatan lain akan diberikan. Jangan berhenti makan ubat sesuka hati ya tanpa pemantauan dari doktor. Kerana, menurut lia, ada pesakit mereka yang defaulted tak makan ubat selama 7 tahun lamanya kerana merasakan tekanan darah sudah stabil. Jadi, pesakit mengambil keputusan untuk berhenti makan ubat tanpa berjumpa doktor. Namun, tiba-tiba serangan darah tinggi menyerang, dengan tidak mengambil apa-apa ubat, pesakit tersebut meninggal serta merta.
3. Memang beza ya, pesakit diabetic dan darah tinggi ni ?
Keduanya perlu mengambil ubat-ubatan yang diberi. Bagi pesakit hypertension, tekanan darah mereka tidak boleh terlalu rendah dan tidak boleh terlalu tinggi, mereka ada range yang sesuai untuk mereka. Manakala, bagi pesakit diabetic tiada beza, kadar gula di dalam darah juga tidak boleh terlalu rendah dan tinggi. Sebab itu, dinasihatkan pesakit diabetic perlu sentiasa sediakan gula-gula di dalam poket untuk elakkan hypo, atau kadar gula rendah. Kerana keadaan itu, akan menjadi tidak normal pada mereka.
4. Macam tu, senaman dan diet memang penting lah kan?
Kali ni, cikdewi jawab. Sememangnya sangat penting. Sebelum kita develop jenis penyakit macam yang di atas, lebh baik kita jaga diri kita, dengan cara menjaga pemakanan dan juga amalkan gaya hidup sihat dengan bersukan. Yang penting kita lakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 3kali seminggu. Dari dua penjagaan ini, sekurang-kurangnya kita dapat melambatkan lagi proses penyakit masuk ke dalam tubuh kita.

5. Sakit hypertension ni, boleh hilang tak ?
Kita perlu mengawal, akan tetapi macam mana pun ubat-ubatan perlu di ambil. Sekiranya pesakit mendapati mereka sudah juga ada tekanan darah tinggi, pergilah dapatkan nasihat dari doktot untuk tindakan seterusnya. Kerana, ubat-ubatan ini sudah menjadi kebergantungan kepada pesakit, bmbang jika berhenti mendadak ia akan jadi sakit lain pula. Begitu juga dengan diabetic.
6. Nak diet tu, jangan makan malam ye?
Bukan tak boleh makan malam, tapi makan berat sebelum jam 9 malam. lepas dari jam itu, kalau terasa lapar carilah snek seperti buah-buahan atau susu dan milo, ataupun boleh ambil oat dan juga whoemeal bread sekeping.
Nabi pun galakkan kita makan sedikit sebelum tidur kan. Tapi bukanlah makan berat ye.
Selepas itu, kami pun sampai ke destinasi yang dituju.
Cikdewi harap dapat membantu sedikit sebanyak mengenai kemusykilan anda semua.
Harap entri kali ini, memberi input yang bagus untuk anda.
No comments:
Post a Comment