Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..
Bila seharian bekerja, adakalanya kita tak sedar atau mungkin ta perasan pun bila masanya anggota badan kita boleh terasa sakit. Tu yang ada kes datang jumpa kami, bila tanya punca jawapannya adalah tak tahu, dan tiba-tiba.
Contoh kesakitan yang cikdewi maksudkan adalah, sakit bahu, sakit siku, dan paling berat adalah sakit pinggang atau belakang.
Sakit bahu
Kategori untuk sakit bahu ada banyak jenis, sebagai contoh,
1. Supraspinatus tendinitis
2. Bicipital tendinitis
3. Rotator cuff tear
4. Frozen shoulder
3 kondisi iaitu supraspinatus tendinitis, bicipital tendinitis dan rotator cuff tear adalah keadaan di mana kelemahan otot terjadi dan menyebabkan kecederaan pada otot atau tendon otot yang berkaitan. Manakala, untuk kondisi frozen shoulder pula adalah disebabkan keketatan pada sendi bahu yang menyebabkan bahu terasa ketat dan sukar untuk bergerak.
Baiklah cikdewi akan berkongsi sikit cara-cara untuk mengurangkan sakit yang anda alami itu.
Tuam dengan tuala panas.
Fungsi menggunakan tuala panas adalah bertujuan untuk melegakan kesakitan yang ada disamping untuk melancarkan peredaran darah pada bahagian bahu.
Jadi, anda boleh mengambil tuala direndamkan dengan air suam panas, atau menggunakan hot pack jika ada, dan letakkan pada bahagian bahu anda yang sakit. Biarkan selama 20 minit dan alihkan tuala atau hot pack tersebut.
Senaman regangan.
Masalah pada bahagian bahu adalah sangat complex dan kadangkala kita boleh keliru dengan masalah yang pesakit alami.
Jadi senaman berupa regangan adalah salah satu cara untuk mengurangkan sakit. Namun jika anda rasa sangat sakit ketika mengangkat tangan, gunakan dinding untuk mengangkat tangan anda dan tahankan pada dinding itu. Lakukan selama 15 saat dan ulangkan sebanyak 3 kali.
Senaman isometric.
Senaman isometric ni apa ye? Ok senaman isometric ni adalah senaman tanpa pergerakan. Sebagai contoh, plank, ia adalah senaman tp tiada pergerakan, setuju? Jadi, senaman untuk kesakitan bahu ni pun boleh dilakukan senaman isometric dengan cara melekapkan siku ke dinding, dan tolakkan badan ke dinding. Tahan selama 10 saat, dan relax. Senaman cara ini, boleh dilakukan dari tepi dan belakang.
Berjumpa dengan fisioterapi.
Jika kesakitan yang di alami masih lagi terasa atau semakin teruk, sila rujuk kepda doktor dan fisioterapi yang berdekatan. Mereka akan memberikan rawatan modaliti elektroterapi untuk mengurangkan rasa sakit atau rawatan manual yang sesuai mengikut kondisi anda.
Macam mana pun, senaman yang boleh dilakukan di rumah boleh di ikuti oleh anda untuk rawatan di rumah. Semoga entri kali ini dapat membantu.
No comments:
Post a Comment